Syarikat mengetengahkan kemajuan industri dan memperoleh pengiktirafan antarabangsa dengan teknologi bangunan pintar sedia mendepani masa depan
KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Shandong Inspur Intelligent Building Technology Co., Ltd., penginovasi yang terkemuka bagi penyelesaian bangunan pintar, menjadi tumpuan utama di Sidang Kemuncak AI ASEAN 2025 sulung, mendedahkan kemajuannya yang terkini dalam teknologi pembinaan didayakan AI. Anjuran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan Malaysia di bawah Kementerian Digital, sidang kemuncak yang utama ini dimulakan pada 12 Ogos di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Acara ini menghimpunkan pemimpin global, usahawan dan penggubal dasar yang turut membawakan lebih daripada 150 reruai pameran dengan penyertaan yang mantap daripada peneraju industri.
Di sidang kemuncak ini, Inspur Intelligent Building mempamerkan aplikasi bersepadu kecerdasan buatannya dalam kitaran hayat pembinaan:
- Pembinaan Modular: Menggabungkan pemasangsiapan berkecekapan tinggi, pemasangan fleksibel dan penyesuaian pintar bagi memberikan ruang kediaman dan komersial yang berkesan kos, memperkukuh daya saing dalam pasaran global dan komitmennya terhadap amalan bangunan lestari;
- Reka Bentuk Automatik AI+: Mengintegrasikan kolaborasi manusia-mesin bagi menyeragamkan dan memperkemas pembangunan cetakan biru pembinaan;
- Platform Pengurusan Tapak Pintar: Menggabungkan pengecaman imej dikuasakan AI, alatan pertanyaan pintar, pemodelan maklumat bangunan (BIM) dan pengimejan titik-awan bagi mengupayakan pemantauan masa nyata dan pengurusan sumber projek yang jitu;
- Penyelesaian Rumah Pintar: Menyampaikan platform IoT seluruh rumah untuk kesalinghubungan peranti dan automasi pintar, ditingkatkan oleh model AI besar bagi mencipta pengalaman hidup diperibadikan;
- Sistem Pengecasan-Storan-PV: Menyatukan penjanaan kuasa solar, storan tenaga, pengecasan pantas dan diagnostik kenderaan ke dalam platform pemantauan disatukan bagi untuk mengurangkan kos operasi, meningkatkan penerimagunaan tenaga boleh baharu serta mempercepat transformasi digital dalam seluruh industri.
Sepanjang berlangsungnya pameran ini, pelawat dari Malaysia, Singapura, Eropah, Afrika dan pasaran-pasaran global lain berinteraksi dengan pasukan teknikal Inspur Intelligent Building bagi meneroka penyelesaian komprehensifnya untuk platform pengurusan tenaga dan karbon berasaskan AI, sistem taman industri pintar serta teknologi rumah dan hospitaliti pintar generasi akan datang. Demonstrasi langsung dan kajian kes menggambarkan kepakaran kejuruteraan syarikat ini serta aplikasi dunia sebenar, seterusnya mendapat pujian tinggi daripada rakan industri.
Penampilan sulung di Sidang Kemuncak AI ASEAN ini meningkatkan profil antarabangsa Inspur Intelligent Building dan turut membuka peluang pertumbuhan baharu di Asia Tenggara. Memandang ke hadapan, syarikat ini merancang untuk terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk teknologi pembinaan dipacu AI, memperkukuh ekosistem produknya dan mempercepat strategi pengembangan globalnya—lalu menyumbang kepada transformasi digital, pintar dan mampan dalam industri pembinaan seluruh dunia.