HONG KONG, 19 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- SiegPath, peneraju bertaraf global bagi perkhidmatan penilaian teknologi kewangan (fintech) dan perdagangan proprietari, melancarkan dua inisiatif utama yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian dan prestasi dalam pasaran kewangan. Pelancaran platform Progressive Web App (PWA) yang canggih ini, di samping penampilan sulung "10K Flash Challenge" yang inovatif dapat melengkapkan pedagang di seluruh dunia dengan penyelesaian perdagangan boleh skala, berprestasi tinggi dan sedia mendepani masa depan. Inisiatif ini menandakan fasa pertama bagi pengembangan strategik SiegPath susulan penjenamaan semulanya baru-baru ini, lantas membuka jalan untuk pengembangan global.
Kebolehcapaian Generasi Akan Datang dengan PWA SiegPath
PWA SiegPath yang baru dilancarkan menghapuskan halangan lazim dalam perdagangan proprietari dengan menawarkan platform tanpa muat turun dan berciri penuh yang boleh diakses melalui sebarang peranti atau sistem pengendalian. Dioptimumkan untuk kelajuan dan kemudahan, PWA menyampaikan pengalaman perdagangan yang lancar dan berprestasi tinggi kepada pedagang di seluruh dunia.
Ciri-ciri utama termasuk:
"PWA SiegPath membawakan pengalaman seperti aplikasi tanpa muat turun, seterusnya menawarkan antara muka yang pantas, intuitif dan mesra pengguna," kata Antti Zhang, Pengarah Pengalaman Pelanggan SiegPath. "Platform ini direka untuk menyokong pedagang dari semua peringkat bagi membantu mereka memberi tumpuan untuk menguasai strategi mereka."
Perdagangan Proprietari 3.0: 10K Flash Challenge
SiegPath turut memperkenalkan "10K Flash Challenge", iaitu program pensijilan laluan pantas yang menilai dan memberi ganjaran kepada pedagang dalam satu sesi intensiti tinggi.
Inisiatif ini membolehkan pedagang memperoleh pensijilan dan menerima bayaran hanya dalam satu hari, menawarkan laluan yang diperkemas kepada pengiktirafan profesional dan juga kejayaan kewangan. Dengan mengurangkan halangan kemasukan, program ini dapat mempercepat peralihan daripada pedagang yang bebas kepada pedagang profesional peringkat institusi.
"10K Flash Challenge memenuhi keperluan pasaran yang kritikal," jelas Timothy Tsang, Pengarah Pembangunan Produk SiegPath. "Dana lindung nilai sedang mencari pedagang yang dapat menunjukkan prestasi yang bagus di bawah tekanan dan program ini menawarkan cara yang adil dan cekap untuk mengenal pasti bakat yang luar biasa."
Memacu Masa Depan Perdagangan Proprietari
Menerusi lebih 65,000 pengguna di seluruh dunia, SiegPath terus membentuk evolusi perdagangan proprietari melalui analitis dikuasakan AI termaju dan rangka kerja penilaian ketat yang dapat mengenal pasti dan memupuk bakat perdagangan yang terkemuka.
Pencapaian utama termasuk:
Perkembangan Masa Depan: Meluaskan Peluang
Memandang ke hadapan, SiegPath merancang untuk melancarkan perkhidmatan, insentif dan produk tambahan bagi memperkukuh kepimpinannya dalam sektor fintech. PWA akan memainkan peranan yang sangat penting dalam pengembangan ini, menawarkan pelanggan dengan capaian yang lebih besar kepada teknologi termaju dan program ganjaran yang inovatif.
"Dengan memfokuskan pada keperluan yang semakin berkembang daripada kumpulan pelanggan global kami, SiegPath akan terus melancarkan penyelesaian dan program yang sejajar dengan visi kami iaitu inovasi kewangan yang bertanggungjawab, boleh skala dan boleh diakses," tambah seorang jurucakap syarikat.
Latar Belakang SiegPath
Dengan kepakaran selama bertahun-tahun dalam perkhidmatan IT kewangan, SiegPath memerhatikan terdapatnya jurang yang kritikal dalam industri perdagangan proprietari. Firma-firma terkemuka—seperti Jane Street, Citadel Securities dan IMC Trading—terus meletakkan pergantungan yang tinggi pada kaedah-kaedah perekrutan tradisional seperti rujukan akademik dan proses pengambilan secara luar talian. Pendekatan ini selalunya lambat, tidak cekap dan dilanda oleh kadar susutan yang tinggi. Namun begitu, ramai pedagang terbukti sudahpun menunjukkan prestasi yang luar biasa dan konsisten melalui platform dalam talian.
Bagi merapatkan jurang ini, SiegPath membangunkan sistem SiegEvaluation™—penyelesaian dipacu data, berciri digital sepenuhnya yang direka untuk mengenal pasti dan menilai bakat perdagangan yang berpotensi tinggi dengan tepat. Seperti firma-firma proprietari yang sudahpun bertapak kukuh, kami memanfaatkan strategi pedagang untuk mengeksploitasi peluang pasaran dan menjana pulangan berlebihan. Apa yang membezakan kami ialah keupayaan kami untuk mentakrifkan semula penemuan bakat—membawanya ke era digital dan mewujudkan penanda aras industri yang baharu.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.siegpath.com.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: kelly@SiegPath.com