omniture

DXC dan Boomi Menjalin Perkongsian Strategik untuk Mempercepat Pemodenan dan Penerimagunaan AI Agentik

DXC Technology Services, LLC
2025-08-19 20:00 58

Pusat Kecemerlangan Boomi (COE) yang baharu dalam DXC akan bertindak sebagai hab inovasi untuk pelanggan merentasi industri

DXC dan Boomi membantu pelanggan menyatukan agen AI bagi bersedia untuk AI agentik secara besar-besaran

ASHBURN, Va., 19 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- DXC Technology (NYSE: DXC), penyedia perkhidmatan teknologi global Fortune 500 dan Boomi™, peneraju dalam automasi yang dipacu AI, pada hari ini mengumumkan perkongsian strategik baharu. Bersama-sama, DXC dan Boomi mentakrifkan semula cara perusahaan mengautomasikan dan mengintegrasikan operasi dengan AI, memperkemas pemodenan aplikasi dan membantu mempercepat penerimagunaan sistem agentik secara besar-besaran.

 
DXC and Boomi Forge Strategic Partnership to Fast-Track Modernization and Adoption of Agentic AI

"Banyak perusahaan pada hari ini berasa tidak berupaya mengatasi sistem terputus dan hutang teknikal, menghadapi tekanan besar untuk memodenkan sambil memastikan keselamatan, kesinambungan dan pematuhan," kata T.R. Newcomb, Ketua Pegawai Hasil di DXC Technology. "Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Boomi bagi membantu pelanggan kami mempercepat transformasi masing-masing, menyampaikan integrasi lancar dan pengurusan agen AI yang menempatkan pelanggan kami yang berkenaan untuk berjaya dengan AI agentik."

"Transformasi agentik bukan trend masa depan — ini menjadi satu kemestian kepada perusahaan," kata Steve Lucas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif di Boomi. "Bersama-sama dengan DXC, Boomi membantu pelanggan menggantikan seni bina yang lapuk dengan infrastruktur pintar, dipacu agen yang lebih cepat untuk dibina, lebih mudah untuk ditadbir urus dan bersedia untuk apa sahaja pada masa akan datang. Perkongsian ini memberikan perusahaan laluan langsung kepada pemodenan, automasi dan kesediaan AI jangka panjang."

Mempercepat Transformasi Perusahaan dengan Boomi dan DXC

Perkongsian DXC–Boomi menumpukan kepada penyampaian nilai pelanggan merentasi tiga bidang teras:

Pemodenan Aplikasi - DXC akan menyampaikan penyelesaian integrasi natif awan moden yang membantu perusahaan menggantikan perisian tengah yang lapuk dan mempercepat transformasi. Melalui inisiatif pergi ke pasaran bersama dengan platform perusahaan terkemuka, DXC dan rakan kongsi akan mencipta bersama penyelesaian dan aset yang boleh guna semula bagi memudahkan pelanggan bersama untuk memodenkan dan memperoleh hasil dengan lebih cepat.

Penghijrahan Dipacu AI dan Kesediaan Data - Dengan menggabungkan platform automasi dikuasakan AI Boomi bersama keupayaan kejuruteraan tindanan penuh DXC, pelanggan boleh menghubungkan sistem kritikal misi dengan lancar — daripada pengurusan pesanan dan inventori kepada logistik dan kewangan — memacu kecekapan operasi dan membuat keputusan lebih cepat.

Transformasi Agentik dengan Agentstudio Boomi - Bersama pengalaman mendalam menguruskan sistem IT yang rumit, DXC memastikan Agentstudio Boomi berfungsi dengan selamat dan bijak merentasi sistem kritikal untuk mengatur semua agen AI secara besar-besaran.

Pusat Kecemerlangan untuk Memacu Kenaikan dan Kecemerlangan Penyampaian

Untuk memberikan sokongan dan menyediakan amalan terbaik, syarikat akan melancarkan Pusat Kecemerlangan Boomi (COE) yang khusus dalam DXC. COE akan bertindak sebagai hab penyampaian dan inovasi, menyediakan aset yang boleh guna semula, pengaktifan lapangan dan corak pelaksanaan yang terbukti. Ini akan memastikan pelanggan mendapat manfaat daripada pengalaman pemodenan yang tekal dan berkualiti tinggi di seluruh rantau dan industri.

"Perkongsian strategik antara Boomi dan DXC bukan sekadar menghubungkan sistem — perkongsian ini membayangkan semula cara perniagaan berjalan dalam dunia yang mengutamakan AI," kata Dan McAllister, Timbalan Presiden Kanan Gabungan Global di Boomi. "Bersama-sama, kami meruntuhkan kerumitan dan mempercepat transformasi pada teras perusahaan."

Sumber Tambahan

Maklumat Tentang DXC Technology

DXC Technology (NYSE: DXC) ialah penyedia perkhidmatan teknologi maklumat terkemuka di dunia. Kami ialah rakan operasi yang dipercayai kepada banyak organisasi paling berinovatif di dunia, membina penyelesaian yang memajukan industri dan syarikat ke hadapan. Pakar kejuruteraan, perundingan dan teknologi kami membantu pelanggan memudahkan, mengoptimumkan dan memodenkan sistem serta proses masing-masing, menguruskan beban kerja paling kritikal, mengintegrasikan risikan dikuasakan AI ke dalam operasi, serta mengutamakan keselamatan dan kepercayaan. Ketahui lebih lanjut didxc.com.

Maklumat Tentang Boomi

Boomi, peneraju dalam automasi dipacu AI, membolehkan organisasi di seluruh dunia menghubungkan segalanya, mengautomasikan proses dan mempercepat hasil. Platform Perusahaan Boomi — termasuk Agentstudio Boomi — menyatukan integrasi dan automasi bersama dengan data, API dan pengurusan agen AI, dalam penyelesaian tunggal yang menyeluruh. Dipercayai oleh lebih 25,000 pelanggan dan disokong oleh rangkaian 800+ rakan kongsi, Boomi memacu transformasi agentik — membantu perusahaan pelbagai saiz mencapai ketangkasan, kecekapan dan inovasi secara besar-besaran. Temui lebih lanjut di boomi.com.

© 2025 Boomi, LP. Boomi, logo 'B' dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

HUBUNGAN MEDIA: Angelena Abate, Perhubungan Media; Kristen Walker, Komunikasi Korporat Boomi Global, kristen.walker@boomi.com

Video - https://mma.prnasia.com/media2/2752975/DXC_Technology_Services__LLC_DXC_and_Boomi_Forge_Strategic_Partn.mp4

Source: DXC Technology Services, LLC
Related Stocks:
NYSE:DXC
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Contracts Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things