SINGAPURA, 20 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Bermula daripada barang kemas dan fesyen hinggalah seni, kesejahteraan, gastronomi dan gaya hidup, UltraLuxe kembali untuk tahun keempatnya, menyerlahkan semangat kreatif Singapura bagi meraikan SG60 semasa Grand Prix™ Season Singapore.
Berlangsung pada 2–12 Oktober di Tent@Ngee Ann City di Orchard Road, UltraLuxe mempersembahkan Race to Discover Iconic SG60 and Niche Luxury from Around the World — menyatukan individu-individu berwawasan di peringkat tempatan dengan bakat-bakat terkenal di dunia bagi meraikan 60 tahun kemerdekaan Singapura.
Upacara pembukaan mempersembahkan VerveArté, mulai 2–4 Oktober, sebuah perjalanan imersif menelusuri empat ruang yang dikurasi: Eternia mempamerkan kecantikan yang tidak dimamah usia dan kesejahteraan dengan diagnostik canggih serta program diperibadikan oleh pengamal-pengamal terkemuka; Style Inc. meraikan bidang fesyen dan barang kemas Singapura, bermula daripada gaya warisan Asia yang direka semula hinggalah reka bentuk avant-garde dan barang kemas transformatif, dihargai dengan wain yang bagus kualitinya; Spiritium mempersembahkan warisan wiski Scotland dengan pilihan edisi terhad yang jarang ditemui oleh Bitcask, pembekal wiski ulung Singapura; Haute menawarkan gastronomi bermutu yang menyajikan canapés daging lembu yang jarang ditemui digandingkan dengan permata, seni, minuman keras dan proposisi kehidupan yang sofistikated.
Mulai 6–12 Oktober, JeweLuxe mentransformasikan Tent menjadi eksploratorium yang membawakan: Syarikat-syarikat barang kemas yang terkenal di dunia GemCentric, pereka-pereka Star Power yang menggayakan selebriti seperti Rihanna dan Taylor Swift, Asia's Brilliant Edge dengan para pereka inovatif yang mentakrifkan semula kraf, hasil ciptaan terbaik Italian Edit yang dihargai oleh para pengumpul dan Whispers of the Past, kurasi permata vintaj boleh kumpul.
Selain Tent, UltraLuxe diperluas ke seluruh pulau: penggemar aspek kesejahteraan boleh menikmati perawatan eksklusif bersama para pengamal yang terkemuka; gourmand dapat memulakan perjalanan Surf and Turf Supreme yang menonjolkan wagyu yang jarang ditemui merentas destinasi-destinasi tempat menjamu selera yang terkenal; serta pencinta fesyen dan barang kemas dapat meneroka reka bentuk yang kaya budaya dan karya agung yang mempesonakan di butik-butik seluruh Singapura.
Disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura, UltraLuxe meningkatkan landskap mewah Singapura melalui pengalaman menarik yang menawan hati khalayak global.
"Kami mengalu-alukan kedatangan semula festival mewah peringkat tempatan, UltraLuxe. Menerusi program-programnya yang diperluas dan pengalaman gaya hidup yang dikurasi dengan rapi, festival ini menggambarkan komitmen Singapura untuk mencipta pengalaman tersendiri buat para pengunjung yang semakin arif. Dengan menyediakan sebuah platform untuk mempamerkan jenama-jenama bebas tempatan di samping jenama-jenama antarabangsa, UltraLuxe memperkayakan penawaran runcit dan gaya hidup yang pelbagai di Singapura, sekali gus memantapkan daya tarikan kami sebagai sebuah destinasi gaya hidup ulung," kata Cik Guo Teyi, Pengarah, Acara-acara Senggang, Lembaga Pelancongan Singapura.
Temui kemewahan khusus yang ikonik di Singapura dan selanjutnya. Kunjungi www.ultraluxeglobal.com untuk butiran, tempah pengalaman VerveArté dan pradaftar untuk ekspedisi membeli-belah JeweLuxe.