PARIS, 21 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Huawei akan menganjurkan upacara pelancaran Produk Inovatif "Ride the Wind" pada 19 September di Paris, Perancis. Acara ini akan menyaksikan pelancaran siri HUAWEI WATCH GT 6 serba baharu yang menyediakan ciri-ciri kecergasan dan kesihatan termaju, serta produk-produk telefon pintar dan tablet yang amat dinanti-nantikan.
Sejak mula menembusi pasaran peranti boleh pakai pintar pada tahun 2015, Huawei memperkenalkan beraneka jenis produk yang disambut baik oleh pengguna di seluruh dunia. Setakat Jun 2025, syarikat ini telahpun menghantar lebih 200 juta peranti boleh pakai. Pada suku pertama tahun 2025, penghantaran peranti boleh pakai Huawei meningkat tahun ke tahun sebanyak 42.4%, lantas memberi kedudukan pertama kepada syarikat ini dalam pasaran peranti boleh pakai global[1].
Sepanjang dekad yang lalu, Huawei memacu inovasi dan mentakrifkan semula sempadan industri. HUAWEI WATCH GT 5 Series melengkapkan sistem TruSense rintis yang menjadikan pemantauan kesihatan lebih serba boleh dan lebih cerdas berbanding sebelum ini. HUAWEI WATCH 5 Series membawakan kefungsian dwibateri bagi mengimbangi prestasi tahap tinggi dengan hayat bateri yang mengagumkan. HUAWEI WATCH Ultimate Series menyediakan mod menyelam, golf dan ekskursi luar khusus buat para pengembara yang berani. Menerusi lebih daripada 100 mod senaman, reka bentuk bergaya dan ciri-ciri yang boleh disesuaikan, produk-produk Huawei meningkatkan standard prestasi bagi peranti boleh pakai.
Tablet Huawei turut menawan hati pengguna hasil daripada atribut seperti PaperMatte Display perintis dan alatan penggalak produktiviti yang lancar. HUAWEI PaperMatte Display dan M-Pencil menjadikan bacaan dan tulisan tangan digital lebih mudah berbanding sebelum ini, sementara aplikasi-aplikasi seperti GoPaint[2] dan HUAWEI Notes menjadikan ciptaan digital baru boleh dicapai. Acara pada bulan depan juga akan menyaksikan pelancaran aktiviti kreatif GoPaint[3] global bagi mendorong generasi pencipta baharu menggapai pencapaian yang lebih tinggi.
Tahun ini, falsafah jenama Huawei CBG juga mengambil langkah yang berani ke hadapan. Menerusi pelancaran produk yang akan datang, Huawei bermatlamat untuk mengeratkan hubungannya bersama pengguna muda dengan mempromosikan produk dan teknologi canggih, fesyen mutakhir dan dipacu teknologi yang merapatkan halangan digital dan geografi, serta memupuk komuniti kreatif yang baharu.
[1] Sumber data: IDC Worldwide Quarterly Wearables Tracker, 2025Q1 |
[2] GoPaint ialah aplikasi penciptaan digital yang tersedia secara eksklusif pada tablet Huawei. |
[3] HUAWEI GoPaint Worldwide Creating Activity ialah platform untuk sesiapa sahaja yang gemar mencipta, mengekspresikan diri mereka, memberi inspirasi kepada kreativiti dan memperkasakan lebih ramai orang untuk terlibat dalam penciptaan karya seni. |