omniture

Zoomlion Hantar Pelantar Kerja Udara Joran Lurus 82.3-Meter Tertinggi di Dunia ke UK, Cipta Rekod Baharu di Eropah

Zoomlion
2025-08-22 00:14 38

LONDON, 22 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") telahpun menghantar pelantar kerja udara joran lurus ZT82J yang memecahkan rekod ke Pelabuhan Bristol, United Kingdom. Dengan ketinggian kerja 82.3 meter, ZT82J menetapkan penanda aras baharu untuk pasaran Eropah, lantas menawarkan penyelesaian kerja udara termaju untuk projek-projek tenaga serta infrastruktur di seluruh rantau ini.

Zoomlion Delivers the World’s Tallest 82.3-Meter Straight Boom Aerial Work Platform to the UK, Setting a New Record in Europe
Zoomlion Delivers the World’s Tallest 82.3-Meter Straight Boom Aerial Work Platform to the UK, Setting a New Record in Europe

ZT82J dibeli oleh Hire Safe Solutions, salah sebuah syarikat sewa peralatan capaian yang terkemuka di UK. Terkenal dengan piawaian keselamatan yang ketat dan peralatan canggih, baru-baru ini syarikat ini menerima penghantaran model ZT72J Zoomlion, lalu menjadikan model ini sebagai pemerolehan kedua pelantar kerja udara ultra-tinggi Zoomlion dalam tempoh dua bulan. Keputusan ini menggambarkan kepercayaan yang diberikan oleh rakan kongsi global terhadap kualiti, komponen dan perkhidmatan Zoomlion, yang sejajar secara konsisten dengan jangkaan pelanggan di seluruh dunia.

Sebagai kejayaan terkini oleh Zoomlion selepas model-model 68-meter dan 72-meternya, ZT82J mentakrifkan semula rekod ketinggian global untuk pelantar kerja udara joran lurus. Ia memberikan jangkauan maksimum 34.1 meter dan dapat menangani cabaran industri ini di tapak pembinaan, termasuk rentang yang luas, keadaan kerja yang kompleks, kedudukan yang tepat dan ruang yang terhad. ZT82J menggabungkan reka bentuk joran poligon proprietari Zoomlion yang dapat mengurangkan berat sekali gus meningkatkan kekakuan, meminimumkan ubah bentuk sisi dan meningkatkan kestabilan. Ia menggabungkan kebolehsuaian luar jalan dengan kebolehgerakan dalam ruangan terkurung, manakala 21 teknologi keselamatan yang canggih menyediakan fungsi pemantauan pada masa nyata untuk memastikan operasi lebih selamat dan lebih cekap.

Dengan memperkenalkan peralatan yang mampu beroperasi melebihi 80 meter, Zoomlion mengisi jurang yang kritikal dalam pasaran pelantar kerja udara global. ZT82J menyediakan penyelesaian baharu untuk projek-projek yang mencabar di seluruh Eropah yang mana kecekapan dan keselamatan menjadi aspek yang paling utama. Portfolio peralatan capaian pintar Zoomlion kini berukuran antara 6 hingga 95 meter yang mewakili julat yang paling komprehensif dalam industri ini. Peralatannya digunakan di lebih 100 negara dan telahpun mencipta beberapa rekod ketinggian kebangsaan dan serantau, lantas menunjukkan sumbangan berterusan oleh syarikat ini untuk memajukan pembinaan global dan kecekapan industri.

ZT82J diiktiraf kerana menggabungkan teknologi termaju dengan reka bentuk yang mantap, seterusnya membawakan tahap keselamatan, prestasi dan keandalan yang baharu kepada pelanggan. Penghantaran model ini menunjukkan selanjutnya komitmen Zoomlion untuk meningkatkan standard industri dan menyokong pembangunan infrastruktur dan tenaga Eropah menerusi kecekapan dan keselamatan yang lebih tinggi.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Machinery Transportation