![]() |
NAIROBI, Kenya, 23 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Peneraju tenaga bersih bertaraf global BLUETTI memperkukuh perkongsiannya bersama Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi mempercepat capaian kepada tenaga bersih yang lestari di seluruh Afrika. Berasaskan inisiatif 'Lighting An African Family' (LAAF) yang sedang berjalan di Kenya yang kini memasuki tahun keempatnya, program ini terus memberi manfaat kepada 500 buah keluarga dan lebih 2,000 orang penduduk dalam komuniti bandar dan persisiran bandar terabai yang sebahagian besarnya terdiri daripada isi rumah yang diketuai oleh wanita.

BLUETTI and UN-Habitat carry out the LAAF program in Muhoroni, Kenya, providing renewable energy aid and clean energy training to support local communities.
Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, BLUETTI menghadiri Persidangan Devolusi 2025 (12–15 Ogos), forum dasar utama Kenya bagi menunjukkan sejauh mana penyelesaian tenaga yang bersih dan mampu milik dapat menyokong perumahan, kebingkasan bandar dan penyelesaian bandar pintar. Persidangan ini turut memperkukuh komitmen bersama antara pihak, institusi serta Kerajaan Kenya bahawa tenaga bersih merupakan sesuatu yang kritikal demi memupuk masa depan yang lestari buat semua.
Berdasarkan momentum ini, perkongsian ini melibatkan komuniti di dua kawasan bandar: Muhoroni, kawasan persisiran bandar yang berkembang pesat di Daerah Kisumu serta EX-Grogon dan Mathare, iaitu penempatan tak formal di bahagian tengah Nairobi. Melalui latihan dan pemindahan teknologi, BLUETTI menyumbangkan 500 kit Pencahayaan dan Storan Solar E60 bagi memberi manfaat kepada lebih 2,000 orang penduduk. Dalam tempoh lima tahun, inisiatif ini dijangka akan dapat mengurangkan emisi karbon sebanyak 337.5 tan, sekali gus meningkatkan kebingkasan bandar dan kesedaran alam sekitar dalam komuniti.
"Perkongsian bersama BLUETTI dapat memberikan tenaga boleh baharu kepada keluarga rentan di Afrika Sub-Sahara, terutamanya untuk isi rumah yang diketuai oleh wanita, seterusnya memaparkan model perkongsian sektor swasta-PBB," kata En. Oumar Sylla, Pengarah Pejabat Serantau untuk Afrika di UN-Habitat semasa bertemu dengan wakil-wakil BLUETTI di pejabat PBB di Nairobi.
"Kami berbangga dapat memperkukuh usaha bersama kami dengan UN-Habitat, selain menggalas misi dan tanggungjawab untuk memajukan Matlamat Pembangunan Mampan," kata James Ray, jurucakap BLUETTI.
Susulan pelancaran Kenya, BLUETTI dan UN-Habitat merancang untuk meluaskan program-program yang berkaitan ke negara-negara Afrika yang lain, lantas mengesahkan sekali lagi komitmen mereka terhadap kelestarian dan kesaksamaan tenaga.
Latar Belakang BLUETTI
Sebagai perintis teknologi bagi tenaga bersih, BLUETTI memberikan penyelesaian yang andal bermula daripada sistem sandaran bateri rumah hinggalah stesen janakuasa mudah alih bagi tujuan pengembaraan luar. Dipercayai oleh lebih 3.5 bilion pengguna merentas lebih 110 negara dan wilayah, BLUETTI tetap komited terhadap kelestarian jangka panjang dan inovasi yang bertanggungjawab.
Latar Belakang UN-Habitat
Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) ialah tumpuan utama PBB bagi urbanisasi yang mempromosikan bandar serta komuniti yang mampan dari segi sosial dan alam sekitar, selain bekerjasama di peringkat global bersama rakan kongsi untuk memupuk pembangunan yang inklusif dan bingkas, sekali gus mengurangkan ketaksamaan, diskriminasi dan juga kemiskinan.
Ellen Lee
Pakar PR
ellenlee@bluetti.com