![]() |
KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Blitz Electric Mobility (Blitz), pendaya logistik EV yang terkemuka di Indonesia menutup pusingan pendanaan Pra-Siri A yang diketuai oleh Vynn Capital dan berpangkalan di Malaysia.
Pelaburan ini menunjukkan komitmen Vynn Capital yang berterusan melalui mobiliti dan dana rantaian bekalannya menerusi penyertaan daripada pelabur Blitz yang sedia ada, Iterative Capital. Pusingan ini turut membawa masuk penyokong baharu yang penting, termasuk bekas rakan kongsi am Andreessen Horowitz iaitu Balaji Srinivasan, bekas eksekutif PayPal Rajesh Venkatesh dan juga Vinner Ventures. Ini memberi penambahan kepada senarai pelabur institusi yang dipacu impak oleh Blitz seperti Asian Development Bank (ADB) Ventures, FiveFortyAlpha, BonBillo Fund dan Peak XV.
Model Perniagaan Dibina untuk Skala dan Kemampanan
Pendekatan yang mengutamakan teknologi dengan pegangan aset yang kecil oleh Blitz meletakkannya di barisan hadapan bagi logistik mampan dalam pasaran penghantaran peringkat akhir Indonesia. Syarikat ini menangani tiga cabaran yang kritikal: memenuhi permintaan penghantaran segera, mengatasi kerumitan penskalaan logistik dalaman dan mendayakan infrastruktur elektrik yang lebih bersih. Blitz memperkasakan perniagaan dengan penghantaran boleh skala, pada hari yang sama dan segera tanpa perlu memiliki atau mengurus aset pengangkutan mereka sendiri.
Blitz mengendalikan himpunan ribuan kurier gig yang semakin bertambah dengan menyediakan penyelesaian logistik B2B yang disesuaikan termasuk:
Tidak seperti penggiat industri yang lain, Blitz membina model unik yang direka untuk margin yang mampan, perkongsian pelanggan dalam tempoh jangka panjang serta pembiayaan EV sematan untuk pekerja gig.
Pada tahun 2024, Blitz meningkatkan hasilnya sebanyak tiga kali ganda dan dalam masa yang sama mengurangkan nilai hangusnya sebanyak lebih 70%, lalu mengoptimumkan kos operasinya dengan ketara. Menerusi strategi yang berdisiplin, syarikat ini dapat mencapai peningkatan keberuntungan yang cukup besar.
Kini memasuki babak pertumbuhan berdisiplin dan mampan yang baharu, Blitz merancang untuk menggunakan dana bercagarnya bagi mempercepat pengembangan di seluruh Indonesia. Dengan fokus yang lebih tertumpu pada kecekapan, pelanggan berkualiti dan operasi boleh skala, syarikat ini menjajarkan sumbernya untuk memacu ekonomi unit yang lebih kukuh serta nilai jangka panjang. Strategi yang diperbaharui ini memberi kedudukan kepada Blitz untuk mara dengan yakin ke arah keberuntungan sekali gus terus memberikan impak meluas.
"Fasa pertumbuhan awal sudahpun dicapai. Kini, tumpuan kami ialah penskalaan yang berdisiplin. Ini bererti memaksimumkan apa yang berkesan dan menghentikan apa yang tidak berkesan," kata Saivya Chauhan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Blitz. "Pendanaan ini mencerminkan keyakinan terhadap model kami yang terbukti dan memberi tempat kepada kami untuk memperoleh modal yang sejajar dengan objektif jangka panjang kami," tambah William So, Pengasas Bersama serta Ketua Pegawai Kewangan Blitz.
"Blitz mengatasi cabaran asas untuk perniagaan di Asia Tenggara: bagaimana untuk menskalakan logistik dengan pantas tanpa overhed pemilikan infrastruktur," kata Victor Chua, Rakan Kongsi Pengasas & Rakan Pengurusan Vynn Capital. "Model mereka memperkasakan jenama-jenama untuk memenuhi jangkaan penghantaran yang semakin meningkat dengan kelajuan, keandalan serta kemampanan. Tatkala kami memperkukuh tesis mobiliti dan rantaian bekalan kami, Blitz menonjol sebagai pengendali yang berdisiplin secara komersial yang bersedia untuk membentuk semula cara perniagaan membawa barangan ke seluruh rantau ini."
Pencapaian Utama Blitz pada tahun 2024 dan 2025: Perkongsian dan Inovasi
Saiz Pasaran
Saiz Pasaran Kurier, Ekspres dan Bungkusan di Indonesia dianggarkan bernilai AS$7.86 bilion pada tahun 2025, dengan unjuran kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 7.24%. Menjelang akhir dekad ini, pasaran ini dijangka mencapai nilai AS$11.15 bilion[1], lantas menunjukkan pertumbuhan ketara yang didorong oleh bilangan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) yang semakin meningkat serta pengembangan e-dagang yang pesat di negara berkenaan.
Latar Belakang Vynn Capital
Vynn Capital ialah firma modal teroka peringkat awal yang memfokuskan industri yang melabur dalam syarikat-syarikat transformatif merentas mobiliti, perjalanan serta rantaian bekalan. Menerusi rangkaian tempatan yang mendalam dan pendekatan dipacu perkongsian, Vynn Capital menyokong para pengasas melalui modal dan kolaborasi strategik. Ketahui lebih lanjut di vynncapital.com.
Latar Belakang Blitz
Blitz ialah pendaya logistik EV terbesar dan terkemuka di Indonesia yang menyediakan perkhidmatan penghantaran berlabel putih, segera dan pada hari yang sama yang dikuasakan oleh kenderaan elektrik serta teknologi proprietari. Kunjungi rideblitz.com.
Rujukan: