![]() |
SINGAPURA, 26 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- LRQA memberikan impak yang kuat pada 19 dan 20 Ogos di CISO Singapura 2025, apabila lebih 400 pemimpin keselamatan siber berkumpul untuk membentuk masa depan pertahanan digital. Acara selama dua hari itu diadakan di Marina Bay Sands yang ikonik, merupakan wadah tumpuan inovasi, strategi dan kerjasama — dan LRQA menjadi tonggak utama acara itu.
Reruai LRQA ialah pusat cerapan yang meriah, apabila pasukan pakar berkongsi strategi yang praktikal dan terkini mengenai kebingkasan siber, keselamatan penyesuaian dan kesediaan pelanggaran, menarik minat yang kuat daripada para peserta di seluruh industri.
Tema utama acara tersebut cukup sejajar dengan misi LRQA untuk memperkasa organisasi dengan rangka kerja keselamatan yang lebih pintar dan lebih kukuh:
"CISO Singapura lebih daripada sekadar acara, ini ialah pemangkin untuk perbualan dan pandangan jauh bagi masa depan yang bermakna," kata Fotis Kampouris, Naib Presiden Eksekutif – Asia Pasifik, LRQA. "Sungguh menginspirasikan apabila melihat pasukan kami berhubung dengan begitu ramai ahli profesional yang bersemangat bertujuan memacu perubahan yang bermakna dalam keselamatan siber."
Kehadiran LRQA menegaskan komitmen acara tersebut untuk membantu organisasi menavigasi kerumitan landskap ancaman pada hari ini dengan kejelasan dan keyakinan. Memandangkan dunia keselamatan siber terus berkembang, LRQA kekal menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam membina ekosistem keselamatan yang bingkas, sesuai dan dipacu oleh tadbir urus.
Maklumat tentang LRQA
LRQA, ialah penyedia jaminan global terkemuka yang menyatukan kepakaran dalam jaminan jenama, pensijilan, keselamatan siber, pemeriksaan dan latihan – bertujuan membantu pelanggan melepasi dunia yang pesat berubah. Beroperasi di lebih 120 negara dan diiktiraf oleh lebih 30 badan akreditasi di seluruh dunia, LRQA merangkumi hampir setiap sektor, membantu pelanggan di seluruh dunia menguruskan risiko.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.lrqa.com/
Hubungan Media: |
|
Pengurus Pemasaran Serantau - APAC, LRQA |
|
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2756965/LRQA.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1994890/5391521/LRQA_Logo.jpg?p=medium600