omniture

Coway Dedahkan Laporan Kelestarian ke-20 Utama bagi TK2024

Coway Co., Ltd.
2025-08-26 13:00 15

SEOUL, Korea Selatan, 26 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," telahpun mengeluarkan laporan kelestariannya yang terkini bagi TK2024, iaitu laporan ke-20 setakat ini. Laporan ini memberikan gambaran yang komprehensif tentang kemajuan syarikat ke arah matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), memberikan pandangan yang mendalam tentang bagaimana ia memenuhi tanggungjawab sosialnya sekali gus meningkatkan nilai jangka panjang untuk pihak berkepentingan.

"Coway mengembangkan pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan produk inovatif dan menjamin teknologi baharu, lalu menghasilkan jualan mencatat rekod tinggi dan pertumbuhan yang berterusan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Coway, Jangwon Seo. "Kami akan terus mengurus tugas-tugas ESG strategik kami secara sistematik dan memperkukuh pelaksanaannya bagi menyampaikan nilai alam sekitar dan sosial yang sejati."

Mula diterbitkan pada tahun 2006, lelaran Laporan Kelestarian 2024 mengetengahkan pencapaian utama Coway yang terkini sebagaimana yang dipandu oleh visinya untuk menjadi "Company Caring for Better Earth."

Dari segi Alam Sekitar, Coway mencapai kemajuan melalui pelaksanaan sistem peredaran sumber gelung tertutup dengan menggunakan bahan kitar semula – diperbuat daripada sisa plastik yang dikumpul daripada produk yang dikembalikan – menjadi produk yang dikeluarkan secara besar-besaran. Syarikat ini turut berusaha untuk terus-menerus mengurangkan impak terhadap alam sekitar melalui reka bentuk dan pembungkusan produk dengan memudahkan pembungkusannya serta menggunakan bahan mesra alam.

Berkenaan dengan daya usaha Sosialnya, Coway meneruskan aktiviti pemuliharaan biodiversitinya melalui kolaborasi bersama masyarakat setempat, menganjurkan kempen seperti mewujudkan hutan bilik darjah dan aktiviti 'plogging' sungai dan marin kolektif. Di samping itu, sejak tahun 2018, syarikat ini telahpun menyokong kumpulan yang terdedah kepada risiko persekitaran melalui penyediaan pembersih udara serta perkhidmatan penyelenggaraan berturut dan bagi mengiktiraf usaha ini, Coway menerima penghargaan daripada Kementerian Alam Sekitar Korea Selatan pada tahun 2024.

Tambahan pula, berkenaan dengan sektor Tadbir Urus, pada tahun ini Coway menyertai pemberitahuan sukarela berkenaan rancangan peningkatan nilai korporat bagi mengukuhkan komunikasi yang telus, menetapkan penunjuk prestasi jangka pertengahan hingga panjang serta sasaran untuk meningkatkan nilai pemegang saham.

Ditubuhkan pada tahun 2021, Jawatankuasa ESG Coway mempertimbangkan dan membuat keputusan mengenai hal-hal ESG yang penting berdasarkan kepakaran serta kebebasan Lembaga Pengarahnya. Coway turut mengendalikan Majlis ESG peringkat kerja untuk sentiasa berkongsi hala tuju ESGnya bersama pekerja dan memantau pelaksanaan tugas-tugas utama dalam seluruh bidang perniagaan.

Teks penuh bagi Laporan Kelestarian Coway 2024 boleh didapati di sini.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. BEREX, jenama syarikat bagi tidur dan kesejahteraan, bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan perkhidmatan pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Pada tahun 2025, syarikat melancarkan Coway Life Solution, platform penjagaan warga tua premium yang menawarkan penyelesaian penjagaan diperibadikan yang disesuaikan untuk peringkat hidup yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://au.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Environmental Products & Services Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research