omniture

Xtend Perkenal Penyelesaian E-dagang Mengutamakan Pasaran Tingkatkan Kebolehlihatan Jenama dan Penukaran di Asia Tenggara

Xtend
2025-08-26 22:49 9

Platform baharu memperkasakan jenama-jenama untuk mendekati pembeli-belah secara langsung dalam ekosistem Shopee, Lazada

SINGAPURA, 26 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Xtend, platform media perdagangan terkemuka yang merapatkan penemuan jenama dan prestasi yang boleh diukur merentas pasaran-pasaran utama Asia Tenggara, mengumumkan pada hari ini pelancaran penyelesaian e-dagang yang mengutamakan pasaran baharunya. Direka untuk platform-platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop, penyelesaian ini membolehkan jenama-jenama meningkatkan kebolehlihatan dalam platform, berhubung dengan pembeli-belah yang berhasrat tinggi dan mencapai pertumbuhan jualan yang boleh dikesan, seterusnya menangani cabaran utama dalam landskap pemasaran e-dagang serta prestasi di rantau ini.

Xtend at Shopee Super Summit 2025
Xtend at Shopee Super Summit 2025

Di Asia Tenggara, sebahagian besar pembelian dalam talian berlaku di dalam ekosistem pasaran dan bukannya di laman web terus-kepada-pengguna. Menurut Statista, pasaran E-dagang Asia Tenggara diunjurkan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 8.79% antara tahun 2025 dan 2029, mencapai anggaran volum pasaran sebanyak USD 187.16 bilion menjelang tahun 2029. Walaupun Meta dan Google mendominasi belanjawan iklan digital, peningkatan kos dan penepuan audiens mengehadkan pulangan. Banyak jenama turut bergelut untuk mendapatkan kebolehlihatan pertengahan-corong (mid-funnel) dan menjejaki pulangan perbelanjaan iklan dalam platform-platform ini. Pendekatan yang mengutamakan pasaran daripada Xtend dibina secara natif untuk persekitaran ini, sejajar dengan tingkah laku kategori, SKU produk dan corak hasrat pengguna yang unik untuk setiap platform.

Penyelesaian baharu ini menggabungkan pelbagai keupayaan untuk menghadapi cabaran ini. SHOPit Brand Discovery menawarkan katalog produk terkurasi yang mendorong trafik yang layak ke halaman jenama dalam pelbagai platform e-dagang, lalu merapatkan jurang antara kesedaran dan penukaran. Inventori yang disokong oleh perdagangan mengintegrasikan penyenaraian dinamik dalam-aplikasi, penempatan natif dan pameran jenama dengan pengembangan audiens programatik, seterusnya mencapai hasrat dan juga skala. Pengukuran pasaran menyediakan penyebaban hujung-ke-hujung bermula daripada tanggapan hinggalah ROAS tanpa memerlukan piksel tambahan atau SDK yang beroperasi sepenuhnya dalam keupayaan natif Shopee. Isyarat perdagangan yang boleh diambil tindakan memanfaatkan data pihak pertama untuk mendedahkan hasrat kategori, tingkah laku pembelian berulang, corak penggunaan aplikasi dan trend penukaran pasaran. Model berasaskan prestasi menjajarkan penentuan harga dengan hasil, menawarkan pilihan berisiko rendah untuk kempen utama seperti 9.9 dan 11.11. Proses suai tugas pasang-dan-pakai membolehkan jenama-jenama yang sudahpun mengadakan jualan di Shopee untuk mengaktifkan kempen dengan cepat tanpa membuat laman penambat atau memuat naik katalog. Keberkesanan penyelesaian ini telahpun ditunjukkan melalui sebuah kempen baru-baru ini dengan Unilever di Indonesia yang berakhir dengan Pulangan Perbelanjaan Iklan (ROAS) yang positif.

Dengan mengintegrasikan penceritaan jenama dengan prestasi bawah-corong (bottom-funnel) yang boleh diukur, penyelesaian ini membantu jenama-jenama menonjol lebih awal dalam perjalanan membeli-belah dan menjejaki jualan hingga selesai. Pendekatan ini mendayakan penyasaran pembeli-belah yang lebih cekap dalam set minda pembelian yang aktif, seterusnya meningkatkan kadar penukaran dan juga ekuiti jenama dalam tempoh jangka panjang.

Penyelesaian baharu ini dipamerkan di Sidang Kemuncak Super Shopee di Indonesia bulan ini yang melaluinya Xtend mengambil bahagian sebagai peserta pameran dan rakan kongsi pilihan Shopee. Acara ini yang merupakan perhimpunan tahunan terbesar antara penjual, pencipta dan rakan kongsi dalam ekosistem Shopee, mengetengahkan inovasi yang membantu jenama-jenama berkembang di dalam dan di luar pengiklanan pasaran dan Xtend pula mempersembahkan penyelesaiannya yang mengutamakan pasaran kepada hadirin industri.

"Dalam persekitaran e-dagang yang mengutamakan pasaran di Asia Tenggara, jenama-jenama memerlukan penyelesaian yang beroperasi secara natif di tempat keputusan pembelian dibuat," kata Muralidharan, Ketua Pegawai Komersial di Xtend. "Dengan memanfaatkan data tingkah laku membeli-belah sebenar, kami mereka bentuk penyelesaian ini untuk membantu jenama-jenama membina pengaruh yang lebih kuat dalam ekosistem platform dan menterjemahkannya kepada pertumbuhan perniagaan yang mampan."

Latar Belakang Xtend 
Xtend ialah agensi teknologi pemasaran digital yang terkemuka. Syarikat menawarkan algoritma dikuasakan AI dibina khas bagi meningkatkan keberkesanan kreatif, penyasaran jitu serta keterlibatan pengguna. Penyelesaiannya memperkasakan jenama-jenama e-dagang, teknologi kewangan (fintech) dan pelancongan untuk mengoptimumkan penukaran dalam pasaran-pasaran yang dinamik. Dengan jangkauan global mencakupi 127 negara dan jaringan dengan lebih 50 rakan kongsi berpengaruh, penyelesaian Xtend mendorong kira-kira 10 juta pembelian setiap bulan. Keupayaan serba bolehnya menyokong pelbagai objektif, termasuk pemerolehan pelanggan baharu, keterlibatan semula pengguna pasif dan strategi kenaikan penjualan bersasar.

 

Source: Xtend
Keywords: Computer/Electronics