omniture

ZKONG Bersaing dalam Pasaran ESL dengan Keselamatan dan Penyesuaian Dipertingkat tatkala Syarikat Gergasi Runcit Percepat Penerimagunaan

ZKONG
2025-08-27 00:02 7

HANGZHOU, China, 27 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Bilamana pemimpin-pemimpin runcit termasuk Carrefour, Aldi dan Kroger semakin mengguna pakai label rak elektronik (ESL) sebagai elemen teras dalam strategi runcit pintar mereka, pasaran ESL global diunjurkan berkembang sebanyak $1.64 bilion dari tahun 2024 hingga 2028, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun mencecah hampir 15.69%, menurut Technavio.

ZKONG ESLs in Sushi Sushi stores
ZKONG ESLs in Sushi Sushi stores

Dengan penggunaan yang semakin meluas merentas kedai dan juga sektor, fokus ditingkatkan ke atas keandalan, kepatuhan kawal selia dan keselamatan data dalam sistem ESL. Aspek-aspek ini menjadi pembeza yang kritikal antara pengilang-pengilang ESL.

ZKONG, penyedia ESL global yang utama, menangani penyelesaiannya yang direka untuk keselamatan dan kebolehsesuaian yang tinggi. Syarikat ini turut mencapai pensijilan ISO 27001 dan ISO 9001 yang mengesahkan selanjutnya keupayaannya dalam pengurusan keselamatan maklumat serta jaminan kualiti.

ZKONG mengendalikan kemudahan pengeluaran automatik berkeluasan 40,000㎡, mengekalkan kawalan penuh ke atas penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan demi memastikan integriti rantaian bekalan. Dari segi perkakasan, setiap ESL direkayasa dengan ciri-ciri antikecurian dan tahan hentakan. Penyingkiran memerlukan alat khusus dan peranti boleh mencetuskan amaran atau isyarat kelip sekiranya dialihkan melepasi kawasan tentuan yang menghalang pengendalian tanpa kebenaran.

Bagi penghantaran data, ZKONG menggunakan protokol Bluetooth 5.1 dibangunkan sendiri yang menyokong penggunaan tersuai yang disulitkan. Setiap label dilengkapi dengan kunci unik dan pelanggan boleh mengimport kekunci terus ke dalam sistem tag untuk mengelakkan pelanggaran dalaman dan mengukuhkan keselamatan komunikasi.

Platform awan syarikat ini menawarkan pengurusan ESL bersepadu yang memberi penekanan ke atas keselamatan, ketepatan dan pematuhan. Ia mengupayakan kemas kini harga pada masa nyata dan templat yang boleh disesuaikan untuk mematuhi peraturan runcit serantau.

Sebagai contoh, rangkaian farmasi Australia, Blooms The Chemist yang beroperasi di bawah syarat-syarat pematuhan yang ketat termasuk peraturan penjagaan kesihatan dan penentuan harga, menggunakan platform ESL dan awan ZKONG bagi tujuan transformasi digitalnya. Platform ini menggunakan penyulitan AES-128 untuk penghantaran dan penyimpanan data, pengurusan kelompok dan penyegerakan berbilang kedai bagi memenuhi piawaian kawal selia.

"ESL ialah pilihan yang jelas untuk masa depan," kata Stephane Bredenbac, Pengasas Bersama Blooms The Chemist. "Ia memodenkan kedai dan menjamin ketepatan—meningkatkan pengalaman pelanggan keseluruhan dan menggalakkan kunjungan berulang."

Begitu juga dengan Sushi Sushi, iaitu rangkaian sushi premium dengan lebih 170 lokasi di Australia, bergantung pada templat ZKONG yang boleh disesuaikan untuk memaparkan maklumat alergen dengan jelas selaras dengan undang-undang keselamatan makanan. Sistem awan mengurus penentuan harga dan promosi secara berpusat merentas lebih 10,000 ESL.

Penekanan ke atas penyelesaian tersuai ini menonjolkan keperluan yang semakin meningkat untuk penyedia ESL menawarkan sokongan dan integrasi pematuhan yang fleksibel. ZKONG membantu AreaPadel.com mengintegrasikan ESL dengan platform PrestaShop, lalu mengupayakan pengurusan penentuan harga dan inventori pada masa nyata. Dengan menggunakan teknologi NFC dengan pengesahsahihan dua hala dan penyulitan hujung-ke-hujung, sistem ini menghalang kebocoran data dan memastikan ketelusan penentuan harga di bawah peraturan Sepanyol.

Tatkala peruncitan pintar berkembang, persaingan dalam segmen ESL bukan lagi semata-mata tentang kecekapan—ia merupakan perlumbaan seimbang yang mengintegrasikan aspek keselamatan, perkhidmatan dan juga kebolehsesuaian. Pemilihan rakan kongsi teknologi yang tepat kini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini.

Latar Belakang ZKONG 

ZKONG ialah penyedia bertaraf global bagi penyelesaian runcit pintar dan IoT yang mengkhusus dalam Label Rak Elektronik (ESL), paparan pintar LCD serta sistem platform awan.

www.zkong.com

HUBUNGI: 
Pertanyaan Media: media@zkong.com
Pertanyaan Perniagaan: sales@zkong.com

Source: ZKONG
Keywords: Computer/Electronics Retail New products/services Cloud Computing / Internet of Things