Prapendaftaran Kini Dibuka di Google Play dan App Store dan Peminat boleh Memasukkannya dalam Senarai Hajat di Epic Games Store
SEOUL, Korea Selatan, 27 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Netmarble, pembangun dan penerbit permainan berkualiti tinggi yang terkemuka, mengumumkan secara rasmi bahawa MMORPG fantasi gelap yang akan datang, Raven2, dijangka akan meluaskan jangkauannya ke pasaran global. Prapendaftaran global untuk Raven2 telahpun dibuka secara rasmi di Google Play dan App Store. Para pemain juga boleh memasukkan Raven2 ke dalam senarai hajat di Epic Games Store sebelum pelancarannya.
Raven2 ialah MMORPG yang dicipta dengan teliti yang telahpun menerima pujian kritis di wilayah-wilayah terpilih di Asia, termasuk Korea Selatan, Jepun, wilayah Taiwan, Hong Kong SAR dan Macau SAR. Berdasarkan kejayaan serantau ini, permainan ini kini bersiap sedia untuk dilancarkan di peringkat global di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia Tenggara dan selanjutnya.
Dikuasakan oleh Unreal Engine, Raven2 memaparkan grafik yang tiada tandingan dan alam semesta luas yang berlatarbelakangkan alam fantasi gelap yang melaluinya pemain menjadi ahli Kor Khas yang membawa "Stigma Sumpahan." Tatkala mereka menyiasat fenomena aneh dan amat berbahaya yang berlaku di seluruh dunia, mereka memulakan perjalanan untuk menumpaskan syaitan dan membongkar rahsia di sebalik nasib dunia. Pertempuran mengikut perseikatan berskala besar dalam Raven2 kesemuanya merupakan ciri pengalaman MMORPG yang benar-benar imersif dan berkualiti tinggi. Permainan ini akan tersedia pada kedua-dua platform mudah alih dan PC serta menyokong permainan silang platform.
Pemain boleh membuat prapendaftaran sekarang di Google Play serta App Store dan mereka juga boleh memasukkannya ke dalam senarai hajat di Epic Games Store. Semua prapendaftar akan menerima ganjaran eksklusif, termasuk Pakaian Suci gred wiraan dan pakej prapendaftaran khas semasa pelancaran rasmi permainan ini. Pakaian Suci gred wiraan meningkatkan dengan ketara kuasa tempur watak dan ini merupakan kali pertama Raven2 menawarkannya sebagai ganjaran prapendaftaran. Para pemain boleh mengunjungi laman web rasmi dan halaman Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prapendaftaran Raven2.
Bagi meraikan permulaan prapendaftaran global, treler sinematik khas telahpun dikeluarkan melalui saluran YouTube dan Facebook rasmi Raven2. Kunjungi laman web rasmi dan ikuti Raven2 di media sosial untuk mengetahui kandungan tambahan yang memperkenalkan alam semesta, kelas, ciri teras dan banyak lagi daripada permainan ini.
Latar Belakang Netmarble Corporation
Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble Corporation ialah pembangun dan penerbit permainan global yang terkemuka. Melalui francais yang terkenal dan perkongsian strategik dengan pemegang IP peringkat teratas, syarikat ini membawakan pengalaman permainan yang inovatif dan menarik kepada audiens di seluruh dunia. Sebagai syarikat induk Kabam, SpinX Games, Jam City dan pemegang saham utama HYBE dan NCSOFT, portfolio Netmarble yang pelbagai merangkum Solo Leveling:ARISE, Seven Knights Idle Adventure, Tower of God: New World, Lineage 2: Revolution, MARVEL Future Fight, Ni no Kuni: Cross Worlds dan The Seven Deadly Sins: Grand Cross. Maklumat lanjut boleh ditemui di http://company.netmarble.com.