omniture

Village Grocer Mengumumkan Perkembangan Terbaharunya di Johor melalui Pembukaan Cawangan Baharu di IOI Mall, Bandar Putra Kulai.

The Food Purveyor
2025-08-28 19:46 10

Perkembangan positif Village Grocer pada tahun ini ditambah lagi dengan pembukaan pasar raya baharunya yang ke-34 di IOI Mall, Kulai Johor. Destinasi sehenti yang ikonik ini menawarkan pelbagai pilihan sajian F&B, butik fesyen, telefon bimbit dan aksesori, barangan runcit dan keperluan penjagaan diri dan kesihatan.

JOHOR BAHRU, Malaysia, 28 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Village Grocer secara rasmi membuka pasar rayanya yang ke-34, terletak di IOI Mall, Bandar Putra Kulai, Johor. Ini merupakan cawangan ketiga Village Grocer di Johor.

Village Grocer Mengumumkan Perkembangan Terbaharunya di Johor melalui Pembukaan Cawangan Baharu di IOI Mall, Bandar Putra Kulai.
Village Grocer Mengumumkan Perkembangan Terbaharunya di Johor melalui Pembukaan Cawangan Baharu di IOI Mall, Bandar Putra Kulai.

Kulai menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Village Grocer, selaras dengan usaha jenama ini untuk terus mengembangkan cawangannya serta menawarkan barangan runcit yang premium kepada komuniti di Johor. Village Grocer yang baharu ini akan turut dijadikan destinasi sehenti untuk para pembeli yang mementingkan kualiti, produk-produk yang segar, daging yang berkualiti tinggi, roti dan pastri artisan, serta pelbagai pilihan barangan istimewa dan hidangan gourmet.

"Kami amat mengalu-alukan pembukaan Village Grocer ke IOI Mall Kulai kerana atas kerjasama ini, sebuah pasar raya premium pertama dalam lingkungan 10 kilometer untuk lebih 70,000 populasi penduduk di sekitar Bandar Putra Kulai serta masyarakat di sekitar Kulai dan Senai. Kolaborasi ini adalah bukti komitmen kami selama 30 tahun untuk membina komuniti yang lebih ceria di samping meningkatkan gaya hidup penduduk di sini. Kami yakin peluang tawaran yang premium ini bukan sahaja dapat menaikkan taraf hidup, malah memberi lebih daya tarikan kepada IOI Mall Kulai sebagai pusat hab utama untuk gaya hidup, tempat menjamu selera dan pusat membeli-belah. Kami ingin memupuk hubungan jangka panjang yang mampu memberi manfaat bernilai kepada rakan niaga, para pengunjung serta komuniti di kawasan kami." – Ketua Pegawai Operasi Kumpulan IOI Properties – Wilayah Selatan, Encik Lim Beng Yeang.

Pengarah Eksekutif Kumpulan TFP Retail, Encik Ivan Tan, berkongsi kegembiraannya semasa merasmikan pasar raya terbaharu mereka di IOI Mall, Bandar Putra Kulai. Beliau menzahirkan rasa bangga kerana syarikat telah diiktiraf dan diterima oleh IOI Mall. "Walaupun penyertaan kami agak lewat, namun kami menyediakan pengalaman baharu membeli-belah barangan runcit kepada komuniti di sini dengan menawarkan perkhidmatan Village Grocer yang di luar jangkaan serta pilihan produk-produk yang tiada tandingan."

Ketua Pegawai Eksekutif TFP Retail, Encik Kok Kian Kee, berkata bahawa Kulai merupakan lokasi yang strategik untuk penambahan cawangan Village Grocer dan sentiasa menerima permintaan agar Village Grocer dibuka bagi memenuhi keperluan komuniti di Kulai. "Kami berpegang teguh kepada kepercayaan dalam memberikan pengalaman membeli-belah barangan runcit yang luar biasa, berdekatan dengan rumah, mudah diakses dan berada di dalam jangkauan. Kami turut mempertimbangkan untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit supaya anda tidak perlu lagi melalui perjalanan yang jauh bagi mendapatkan barangan runcit yang segar dan berkualiti untuk keluarga anda."

Sebagai sebuah jenama kelahiran tempatan, Village Grocer komited untuk menyumbang kepada masyarakat tempatan. Ia secara aktif menyokong dan mendapatkan sumber daripada pekebun tempatan, peniaga-peniaga kecil, dan jenama tempatan. Village Grocer turut menyokong kelestarian alam sekitar dan tekad untuk mencapai matlamat membeli-belah tanpa penggunaan plastik. Malah, usaha Village Grocer dalam penjagaan alam sekitar, sosial dan pengurusannya telah berjaya memenangi beberapa anugerah.

  • Sempena pembukaan besar-besarannya, Village Grocer akan memberikan pelbagai hadiah percuma dan promosi istimewa di sepanjang bulan ini, sehingga 28 September 2025.
    • Pembeli boleh mendapatkan 30 biji Telur Savoir Classic Gred C secara PERCUMA dengan setiap pembelian minimum sebanyak RM150 bagi setiap transaksi bermula dari 28 Ogos – 1 September 2025. Tertakluk pada terma dan syarat. Selagi stok masih ada.
    • Bumper Bonanza – berlangsung selama sehari sahaja dengan tawaran harga terbaik!
    • 100 pelanggan pertama yang berbelanja minimum RM150 boleh menebus pek hadiah eksklusif secara percuma di kaunter khidmat pelanggan dan jika anda berbelanja sebanyak RM300, anda akan menerima kedua-dua pek hadiah serta buah & sayuran percuma segar yang terpilih dari hasil tuaian kami sendiri. Terhad kepada 50 penebusan pertama sahaja. Selagi stok masih ada, jadi jangan ketinggalan!
  • Daftar menjadi ahli Bites untuk mengumpul mata ganjaran, dan nikmati tawaran harga untuk ahli sahaja. Belanja RM2 untuk dapatkan 1 mata Bites.

Tentang Village Grocer:

Village Grocer adalah rangkaian pasar raya terkemuka, yang terkenal dengan komitmennya menyediakan produk berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan keunikan pengalaman membeli-belah. Dengan 32 buah lokasi di seluruh negara, Village Grocer berdedikasi untuk memberikan pilihan gourmet terbaik keluaran lokal dan antarabangsa untuk pelanggan-pelanggannya yang bijak menilai, di samping mengekalkan standard kelestarian dan tanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar.

Village Grocer IOI Mall dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan bersedia untuk berkhidmat kepada komuniti Kulai serta bersama-sama mencipta pengalaman beli-belah yang tidak dapat dilupakan untuk suatu jangka masa yang panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari villagegrocer.com.my.

Source: The Food Purveyor
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Supermarkets New products/services