omniture

SUS ENVIRONMENT Sertai United Nations Global Compact (UNGC) Secara Rasmi

Shanghai SUS ENVIRONMENT Co.,Ltd.
2025-08-28 22:17 9

SHANGHAI, 28 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, SUS ENVIRONMENT menyertai United Nations Global Compact (UNGC) secara rasmi dan komited untuk menyokong sepuluh prinsip UNGC dalam empat bidang: hak asasi manusia, buruh, alam sekitar dan antirasuah. Sebagai perusahaan yang mengkhusus terhadap kelestarian global, SUS ENVIRONMENT tekal mendukung pandangan jangka panjang dan penciptaan nilai sosial, melaksanakan strategi kelestarian secara aktif, memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan tekun dan menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ditubuhkan pada tahun 2000 di bawah Sekretariat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UN Global Compact berfungsi sebagai organisasi antarabangsa terbesar di dunia yang memajukan tanggungjawab sosial korporat serta kelestarian. Ia menghimpunkan lebih 40,000 ahli korporat dan ahli bukan perniagaan dari lebih 170 negara yang bermatlamat untuk menggalakkan kelestarian global dengan menyokong perniagaan-perniagaan untuk mematuhi sepuluh prinsip sejagat dalam pelbagai bidang.

Sebagai sebuah perusahaan persekitaran dan sisa pepejal yang terkemuka di peringkat global, SUS ENVIRONMENT melaksanakan secara aktif konsep kelestarian dalam segenap aspek pembangunan korporat. Memacu transformasi ekologi dengan Taman Eko-industri rendah karbon; Meningkatkan pengurusan penunuan buangan dan emisi karbon dengan teknologi canggih, mencapai pengurangan GHG tahunan kira-kira sebanyak 5.84 juta tan setahun; Menubuhkan "SUS ENVIRONMENT Fund" yang dikhususkan untuk pendidikan ekologi, pembangunan kolaboratif, infrastruktur persekitaran dan pemulihan ekologi; Menyokong pembangunan komuniti di lokasi-lokasi projek dengan mewujudkan peluang pekerjaan serta menggalakkan kesedaran terhadap alam sekitar; Membina ekosistem rantaian bekalan yang adil dan telus, mencipta 2 juta peluang pekerjaan secara langsung atau tidak langsung untuk masyarakat; Memupuk budaya korporat global DEI, memajukan kesihatan, keselamatan dan pembangunan kerjaya pekerja.

Penyertaan dalam UNGC menyaksikan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan kelestarian SUS. Syarikat ini akan mengukuhkan lagi strategi kelestarian, memanfaatkan inovasi teknologi dan kolaborasi antarabangsa bagi membantu lebih banyak negara dan wilayah menambah baik lingkungan kehidupan, seterusnya menyumbang kekuatan bagi membina dunia yang lebih baik.

Latar Belakang SUS 

SUS ENVIRONMENT ialah penyedia persekitaran komprehensif global yang terkemuka.* Setakat Jun 2025, SUS ENVIRONMENT sudahpun menubuhkan 11 pusat pengurusan di seluruh dunia, menyediakan perkhidmatan persekitaran dan tenaga kepada lebih 100 juta orang. Ia melabur dan juga membina 90 projek sisa-kepada-tenaga (taman Eko-industri rendah karbon) dengan kapasiti pemprosesan harian mencapai hampir 120,000 tan sisa pepejal perbandaran dan penjanaan kuasa hijau tahunan kira-kira 18,000 GWj. Peralatan dan teknologinya diaplikasikan dalam 300 loji sisa-kepada-tenaga di seluruh dunia, dengan kapasiti harian mencapai lebih 300,000 tan sisa pepejal perbandaran.*

* Data diperoleh daripada Environmental Sanitation Net Of China dan data awam yang meliputi skala reka bentuk keseluruhan dengan data setakat 30 Jun 2025.

 

Source: Shanghai SUS ENVIRONMENT Co.,Ltd.
Keywords: Environmental Products & Services