omniture

Hisense Ungguli Pasaran TV Skrin-Besar Global, Pelopori RGB-MiniLED Generasi Akan Datang Menjelang IFA 2025

Hisense
2025-08-29 17:00 55

QINGDAO, China, 29 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah global, terus memantapkan kepimpinannya dalam teknologi paparan premium. Menurut data setengah tahun yang terkini daripada Omdia, Hisense menduduki kedudukan No.1 di seluruh dunia bagi penghantaran TV 100-inci dan ke atas dalam separuh pertama tahun 2025, menguasai 58.0% bahagian volum global yang mengagumkan. Pencapaian ini menonjolkan pelaburan jangka panjang Hisense dalam inovasi skrin besar dan peranan pentingnya dalam membentuk masa depan hiburan rumah.


Sebagai penginovasi di barisan hadapan teknologi paparan, Hisense bersiap sedia untuk memperkenalkan bab yang seterusnya – RGB-MiniLED. Dibina berdasarkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama bertahun-tahun, kemajuan ini memberikan warna yang lebih tulen, kecerahan yang amat tinggi dan kontras yang tepat, mencapai liputan gamut warna 100% BT.2020 untuk imej yang benar-benar tampak hidup. Diiktiraf sebagai asal-usul RGB-MiniLED, Hisense terus menetapkan penanda aras industri menerusi pencapaian yang pertama di dunia seperti TV RGB-MiniLED terbesar di dunia berukuran 116-inci yang menawarkan penonton dengan tahap skala dan imersi sinematik yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Selain prestasi teknikal, RGB-MiniLED direka untuk mendekatkan pengguna kepada realiti, mengubah setiap detik tontonan menjadi pengalaman yang menarik dari segi emosi.

Inovasi ini akan menjadi tumpuan utama di IFA 2025 di Berlin. Hisense akan menganjurkan sebuah acara media di IFA Innovation Stage, City Cube Berlin (Tingkat Bawah) pada 5 September 2025 mulai jam 11 pagi hingga 12 tengah hari, di bawah tema "Kuasai Detik Ini". Di acara ini, Hisense akan memperkenalkan kemajuannya yang terkini dalam teknologi paparan serta peralatan rumah dikuasakan AI, selain berkongsi visi holistik untuk masa depan kehidupan yang terhubung dan pintar.

Pengunjung juga dapat merasai pengalaman portfolio penuh penyelesaian visual dan rumah pintar premium Hisense di Dewan 23a, Messe Berlin mulai 5–9 September (9:30 pagi – 6 petang).

Dengan komitmennya yang berterusan terhadap inovasi dan pengalaman pengguna, Hisense bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada khalayak global bagi menerima kemungkinan baharu dan Menguasai Detik Ini dengan yakin.

Latar Belakang Hisense 

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023- H1 2025). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Trade show news