HAIKOU, China, 31 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Laporan daripada Hainan International Media Center:
Dokumentari budaya Charming Hainan, Enchanted Malaysia yang diterbitkan secara bersama oleh Hainan International Media Center China dan BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, diperkenalkan buat julung kalinya di peringkat global pada 28 Ogos. Siri ini menyelami hubungan budaya yang sudah lama terjalin dan resonans emosi antara Hainan dan juga Malaysia.
Episode 3: Heritage Worn Close
Lima episod - Tea-Table Topics, Reunion Feast: Savored in Chicken Rice, Heritage Worn Close, Echoes of Living Qiong Opera dan Homesick Shores - memfokuskan pada simbol budaya yang dikongsi bersama - Ayam Wenchang dan Nasi Ayam Hainan, teh Ayah Tua (Laobacha), Broked Li dan pakaian Nyonya, Opera Qiong serta bangunan Qilou, menggambarkan sejauh mana budaya berakar umbi dan tumbuh tatkala ia berkelana merentas samudera.

The cultural documentary Charming Hainan, Enchanted Malaysia is co-produced by the Hainan International Media Center and BERNAMA, Malaysian National News Agency.
https://www.youtube.com/watch?v=cX4zr9wwSrU
Episod 1:Tea-Table Topics
https://www.youtube.com/watch?v=ImCeEUm_Ikk&pp=0gcJCbIJAYcqIYzv
Episod 2: Reunion Feast: Savored in Chicken Rice
https://www.youtube.com/watch?v=4a52T9yawvw
Episod 3: Heritage Worn Close
Penerbitan China-Malaysia bersama ini menjalani penggambaran di Hainan, Kuala Lumpur dan Melaka. Diceritakan melalui perspektif Zheng Ziwei daripada HIMC dan Ho Wen Yi daripada Bernama, dokumentari ini menelusuri jalan-jalan di Hainan dan Malaysia, menceritakan kisah sebenar serta meneliti hubungan budaya yang mendalam.
Charming Hainan, Enchanted Malaysia merupakan satu perbualan merentas geografi dan budaya, menemui persamaan melalui perkara-perkara kecil saban hari dan memupuk hubungan antara rakyat China dan Malaysia serta di seluruh ASEAN. Siri ini akan disiarkan secara serentak di laman web HIMC (www.hicn.cn), WeChat dan juga Facebook (@hiHainan), selain Bernama TV dan akaun Facebook Bernama, X (@Bernama), Instagram (@bernamatvofficial) dan TikTok (@Bernamatvofficial/@Bernamaofficial).