omniture

Midea bakal jadi Rakan Kongsi Utama FC Barcelona baharu

Midea Group
2025-09-03 14:11 155

Jenama peralatan rumah pintar No. 1 dunia menandatangani perjanjian 5-musim untuk muncul di lengan jersi FC Barcelona mulai 2026/2027

BARCELONA, Sepanyol, 3 September 2025 /PRNewswire/ -- Midea dan FC Barcelona dengan bangganya mengumumkan bahawa jenama peralatan rumah pintar No. 1 dunia akan menyertai juara La Liga dan Copa del Rey sebagai Rakan Kongsi Utama FC Barcelona mulai musim 2026/2027. Perjanjian 5 musim yang bersejarah ini akan menyaksikan Midea muncul pada lengan semua jersi perlawanan dan pakaian latihan FC Barcelona serta mendapat pendedahan jenama yang meluas semasa perlawanan di tempat sendiri La Liga.


Tanggal 2 September, pengurusan kanan Midea melawat Spotify Camp Nou, tempat perjanjian ini ditandatangani oleh Lewis Fu, Presiden Midea International Business dan Rafael Yuste i Abel, Naib Presiden Pertama FC Barcelona.

"FC Barcelona akan berasa amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Midea, bermula daripada musim 2026/27 ke dalam keluarga Barça yang cukup hebat," kata Rafael Yuste. "Kepimpinannya dalam bidang penyelesaian rumah pintar serta komitmennya terhadap penyelidikan dan inovasi benar-benar sejajar dengan semangat FC Barcelona yang memandang ke arah masa depan. Perikatan ini sekali lagi menunjukkan kuasa jenama Barça sebagai magnet untuk syarikat-syarikat dari seluruh dunia yang melihat FC Barcelona sebagai platform terbaik untuk projek-projek mereka."

"FC Barcelona ialah salah satu kelab yang paling berjaya sepanjang zaman dan juga salah satu pasukan sukan yang paling popular di dunia," kata Lewis Fu, "Kami mengharapkan perkongsian dalam tempoh yang panjang apabila Midea dan FC Barcelona menjadi pemain No. 1 dunia di dalam dan di luar padang."


FC Barcelona telahpun memenangi 28 gelaran La Liga dan 5 trofi Liga Juara-Juara bagi menjadi salah satu kelab yang paling berjaya sepanjang zaman. Kelab-kelab ini turut menikmati populariti global menerusi lebih daripada 430 juta pengikut dalam talian, penonton TV tahunan seramai 400 juta dan 2 juta jersi terjual setiap tahun.

FC Barcelona menyertai senarai penajaan kelab yang semakin bertambah untuk Midea yang dilengkapi dengan pertandingan-pertandingan kebangsaan seperti Piala Asia AFC 2027, Piala Negara-Negara CAF 2025 dan Piala Emas CONCAFAF 2025, selain pertandingan-pertandingan kelab termasuk Liga Juara-Juara AFC Elite dan CONMEBOL Copa Sudamericana.

Latar Belakang Midea dan Midea Group

Midea ialah jenama bagi peralatan rumah dalam Perniagaan Rumah Pintar Midea Group seiring bersama Teknologi Industri, Teknologi Bangunan, Robotik dan Automasi, Perubatan serta Logistik Pintar.

Midea Group, ditubuhkan pada tahun 1968, pekerja seramai lebih 190,000 di peringkat global, menjana hasil sebanyak $57.5 bilion pada tahun 2024 dan menduduki tempat ke-246 dalam Fortune Global 500 pada tahun 2025.

Latar Belakang FC Barcelona

FC Barcelona dianggap sebagai kelab pelbagai sukan yang paling hebat di dunia dan pada tahun 2024 ia meraikan ulang tahunnya yang ke-125. Ia ditubuhkan pada tahun 1899 dan dimiliki oleh ahli-ahlinya. Kelab ini bertapak kukuh di bandar dan negaranya, Catalonia dan ia mempunyai pandangan global, dengan pejabat-pejabat rasmi berada di tiga bandar yang berbeza: Barcelona, Hong Kong dan Miami.

 

Source: Midea Group
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements