omniture

Hollyland Lancar VenusLiv Air, Takrifkan Semula Kamera Strim Langsung Aras Permulaan dengan Prestasi Gred-Profesional

Hollyland Technology
2025-09-03 21:00 15

SHENZHEN, China, 3 September 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 3 September menyaksikan pelancaran rasmi VenusLiv Air, iaitu kamera strim langsung yang terkini daripada penyedia penyelesaian audio-visual profesional, Hollyland. Membawa slogan "Pro Live on Air," produk ini dibina khusus untuk penjual strim langsung perniagaan kecil-kecilan, penstrim YouTube dan Twitch serta pengaudio siar yang menginginkan visual berkualiti tinggi dan bergred profesional yang biasanya terhalang oleh kos yang sangat tinggi dan kerumitan operasi peralatan profesional tradisional. Menggabungkan kualiti imej tahap hampir tanpa cermin, ciri-ciri penalaan AI mesra pemula dan kesederhanaan pasang-dan-pakai, VenusLiv Air mentakrifkan semula jangkaan untuk peralatan penstriman aras permulaan.

Hollyland Launches VenusLiv Air, Redefining Entry-Level Live Streaming Cameras with Pro-Grade Performance
Hollyland Launches VenusLiv Air, Redefining Entry-Level Live Streaming Cameras with Pro-Grade Performance

Prestasi Berkualiti Profesional

Aspek teras prestasi VenusLiv Air terletak pada kualiti imejnya yang mengagumkan. Kanta apertur-besar F1.05 dan penderia CMOS berprestasi tinggi 1/1.3-inci membawa masuk lebih banyak cahaya, memberikan perincian yang jelas dan kabur latar belakang yang lancar dan menambahkan kedalaman pada setiap bingkai. Latar bercahaya malap mengekalkan kejelasan, manakala reproduksi warna yang tepat memastikan tona solekan, kemasan produk dan butiran halus yang lain kelihatan benar-benar seperti yang dihasratkan. Dibina khusus untuk penstriman, kanta memastikan hos dibingkai dengan jelas, sama ada mempersembahkan produk, mengajar tutorial atau berhubung dalam interaksi masa nyata. Bagi penstrim perniagaan kecil-kecilan, fabrik, aksesori dan item paparan lain menonjol dengan ketepatan gred studio.

Direka untuk mentransformasikan penampilan dan suasana dalam mana-mana siaran, VenusLiv Air mengintegrasikan algoritma peningkatan imej proprietari Hollyland. Melalui perisian HollyStudio, pengguna boleh mengaplikasikan kesan skrin hijau yang lancar, manakala koleksi kandungan terbina dalam menyediakan pelbagai aset latar belakang bagi memperkaya penceritaan visual dalam sebarang rancangan. Perisian ini juga menyediakan ciri Skin Beauty (Kecantikan Kulit) dan Color Correction Magic (Magis Pembetulan Warna) yang dikuasakan AI, bagi mengupayakan pelarasan latar penuh dan setempat, lalu menjadikan ton kulit kelihatan semula jadi, tekstur produk terlihat lebih terang dan pencahayaan menjadi lebih padu, kesemuanya tanpa pascasuntingan.

Operasi Dipermudah

Biarpun dengan output visual yang dipertingkat, operasi tetap menjadi sangat mudah. Enjin penalaan dikuasakan AI melaraskan tetapan imej secara automatik berdasarkan cahaya ambien dan komposisi subjek, lalu menghapuskan keluk pembelajaran yang secara tradisinya dikaitkan dengan alat pengimejan profesional.

Bagi pencipta yang melaksanakan tugas dalam format yang berbeza, mod latar pratetap kamera ini menjadikan penukaran begitu mudah, yang boleh beralih dengan lancar daripada tangkapan lebar hos memasak di dapur kepada tangkapan jarak amat dekat kepada bahan-bahan yang digaul. Kawalan diperkemas lagi melalui perisian mudah alih dan atas meja, yang mengupayakan pelarasan pantas semasa sedang bersiaran. Skrin TFT flip-out menambah satu lagi lapisan ketepatan, lantas memberikan penstrim langsung dengan paparan masa nyata untuk memperhalusi komposisi dan kekal dalam bingkai dengan sempurna, walaupun semasa saat yang bergerak pantas atau sangat interaktif.

Keserbabolehan Penstriman

VenusLiv Air direkayasa agar benar-benar sepadan dengan pelbagai aliran kerja penstriman. Menyokong penstriman 4K30 UVC (Kelas Video USB), ia bersambung terus ke komputer tanpa memerlukan kad tangkapan luaran, lalu menjadikannya amat sesuai untuk penstrim langsung yang bersiaran pada berbilang platform secara serentak. Tambahan pula, pengguna boleh bersiaran langsung dengan mengimbas kod QR untuk berhubung terus dengan Facebook, YouTube atau Twitch, dengan sokongan penuh untuk platform SRT/RTMP(S) tersuai. Tetapan strim disegerakkan melalui awan dan disimpan dalam kamera, lalu mengupayakan penstriman langsung tanpa wayar 4K profesional pada bila-bila masa, walaupun tanpa komputer. Bagi penerbitan yang lebih maju, port HDMI bersambung dengan mudah kepada penukar untuk persediaan berbilang kamera atau boleh digunakan untuk pemantauan masa nyata.

Selain prestasi teras, VenusLiv Air menggabungkan butiran yang disesuaikan dengan cabaran harian pencipta, menawarkan penstriman berbilang platform dan rakaman video 4K30 pada peranti (dengan sokongan kad SD). Selain itu, port audio digital Type-C membolehkan sambungan yang lancar ke mikrofon siri-HL, lalu menyampaikan bunyi tahap siaran yang jelas. Selain itu, reka bentuk boleh putarnya mengupayakan rakaman secara mendatar dan juga menegak, bagi memenuhi pelbagai platform video.

VenusLiv Air menembusi pasaran sebagai pilihan serba boleh dan mampu milik yang mengurangkan halangan kepada penstriman gred profesional. Dengan keseimbangan kualiti, kefungsian dan kemudahan penggunaan yang teliti, kamera ini menawarkan penyelesaian yang menarik untuk pencipta yang bersedia untuk meningkatkan kandungan mereka merentas format dan platform.

VenusLiv Air kini boleh didapati dengan harga hanya $549; untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.hollyland.com/product/venusliv-air.

Latar Belakang Hollyland

Hollyland ialah penyedia yang terkemuka bagi produk tanpa wayar, mengkhusus dalam sistem interkom tanpa wayar, sistem penghantaran video, monitor, mikrofon tanpa wayar dan kamera strim langsung. Sejak tahun 2013, Hollyland menawarkan perkhidmatan kepada berjuta-juta pengguna di serata dunia dalam pelbagai sektor, termasuk pembikinan filem, penyiaran, penerbitan video, acara langsung, pameran, teater, rumah ibadat dan pencipta kandungan individu. Ia membina rangkaian jualan yang meliputi kira-kira 180 negara dan wilayah dengan sokongan daripada berpuluh-puluh pejabat operasi setempat di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.hollyland.com/Facebook Hollyland atau Instagram Hollyland.

Source: Hollyland Technology
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications Artificial Intelligence