![]() |
SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 September 2025 /PRNewswire/ -- BDx Data Centers ("BDx"), salah satu pengendali pusat data yang terkemuka di Asia, mengumumkan pada hari ini satu perkongsian strategik bersama HEXA Renewables, iaitu peneraju serantau bagi tenaga boleh baharu. Kedua-dua syarikat ini akan bersama-sama mempelopori model tenaga boleh baharu rentas sempadan dan inovatif yang akan menyumbang sekurang-kurangnya 50MW kuasa bersih kepada grid tenaga Singapura-Malaysia. Kolaborasi ini secara langsung dapat menangani cabaran penyumberan tenaga boleh baharu di Singapura dengan mengupayakan dan membiayai pembangunan projek tenaga hijau yang baharu di Malaysia. Sokongan daripada BDx memberi penambahan kritikal yang membolehkan HEXA Renewables mempercepat projek-projek ini, seterusnya menyuntik kuasa boleh baharu ke dalam grid serantau yang mungkin tidak dapat dilaksanakan.
Dengan Singapura yang diunjurkan akan menambah sekurang-kurangnya 300 MW kapasiti pusat data baharu, kolaborasi rentas sempadan ini memperkenalkan model penyahkarbonan yang inovatif untuk rantau ini dan memperkukuh komitmen kedua-dua syarikat bagi memacu kemampanan serta impak jangka panjang secara meluas.
BDx mengendalikan CGK4, iaitu kampus pusat data Sovereign AI yang pertama di Indonesia yang ketika ini dikuasakan oleh tenaga boleh baharu dan diperakui oleh NVIDIA di bawah program DGX-Ready Data Center. Ini memberi kedudukan kepada BDx di barisan hadapan dalam menyediakan infrastruktur AI termaju dan dalam masa yang sama mengekalkan kemampanan sebagai terasnya.
"Prestasi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar tidak saling menyisihkan," kata Mayank Srivastava, Ketua Pegawai Eksekutif, BDx Data Centers. "Perkongsian kami bersama HEXA Renewables menyelaraskan pertumbuhan pusat data hiperskala dengan tenaga boleh baharu, seterusnya menetapkan standard baharu untuk kolaborasi rentas sempadan dalam bidang infrastruktur digital.
"AI mencetuskan ledakan keperluan digital dan seiring bersamanya, keperluan daripada infrastruktur digital. Dengan Singapura yang dijangka menambah kapasiti sebanyak lebih 300 MW dalam jangka masa terdekat, langkah ini menjadikan kemampanan sebagai tumpuan utama dalam pengembangan berkenaan. Ini merupakan satu pencapaian penting dalam menyokong cita-cita iklim Singapura dan lebih luas lagi, cita-cita iklim rantau ini," tambah Srivastava.
"Tatkala Singapura memajukan Pelan Hijau 2030, sektor swasta haruslah memimpin melalui teladan," kata Vince Choi, Ketua Pegawai Eksekutif, HEXA Renewables. "Perkongsian kami bersama BDx menunjukkan langkah yang bermakna dalam kerjasama tenaga rentas sempadan. Ia menyokong matlamat kemampanan negara sekali gus menunjukkan kuasa kolaborasi serantau dalam mempercepat usaha peralihan tenaga."
BDx bermatlamat untuk menggunakan kapasiti sebanyak 1 gigawatt (GW) di seluruh rantau ini. Perkongsiannya bersama HEXA Renewables membentuk sebahagian daripada strategi kemampanannya yang lebih luas untuk membina rangkaian infrastruktur digital berkuasa hijau sepenuhnya. Syarikat ini giat meneliti inisiatif tenaga boleh baharu yang serupa di setiap pasaran tempat ia beroperasi, lantas memperkukuh komitmennya untuk memacu pertumbuhan pusat data yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar di seluruh Asia dan selanjutnya.
Sementara itu, HEXA Renewables yang merupakan pengeluar tenaga bebas yang beroperasi dalam bidang kuasa angin, solar dan bateri bermatlamat untuk membangunkan, memiliki dan mengendalikan sehingga 5 GW projek penjanaan kuasa tenaga boleh baharu dan projek storan bateri di rantau Asia Pasifik. Syarikat ini menyasarkan pelaburan agregat sebanyak AS$5 bilion pada tahun-tahun mendatang.
Latar Belakang BDx Data Centers
BDx Data Centers ialah pusat data neutral-awan dan pembawa yang terkemuka, penyedia bagi penyelesaian kolokasi dan saling sambung yang menawarkan perkhidmatan kepada perusahaan serta penyedia perkhidmatan hiperskala di pasaran-pasaran yang berkembang pesat di Asia. Jejak BDx Data Centers menjangkau ke seluruh Indonesia, Hong Kong SAR, Singapura, wilayah Taiwan dan Tanah Besar China, mencapai potensi penggunaan keseluruhan sebanyak 750MW kapasiti pusat data. Dipimpin oleh sebuah pasukan yang diiktiraf di peringkat global, BDx Data Centers mengendalikan kemudahan kolokasi dan pinggir ultra-moden di seluruh rantau ini untuk pelanggan menggiatkan inisiatif pendigitalan mereka. BDx Data Centers melangkaui sekadar menyediakan ruang dan kuasa yang amat cekap, serta turut menyediakan perkhidmatan termaju buatan khas, direka dengan sumber boleh baharu. Tatkala Asia melonjak ke hadapan dalam perjalanan digitalnya, BDx Data Centers tetap menjadi rakan kongsi yang setia, menerangi jalan dengan penyelesaian data yang terjamin, boleh skala dan mampan. BDx Data Centers ialah sebuah syarikat portfolio I Squared Capital, pengurus pelaburan infrastruktur global bebas yang memfokuskan pada pelaburan infrastruktur digital, tenaga, utiliti dan pengangkutan di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.bdxworld.com.
Latar Belakang HEXA Renewables
HEXA Renewables ialah Pengeluar Kuasa Bebas (IPP) yang berpangkalan di Asia dan berkembang pesat sebagai nama tersohor dalam landskap tenaga bersih. Dilancarkan oleh pengurus pelaburan infrastruktur global, I Squared Capital, kami tampil sebagai pemangkin dalam peralihan tenaga dengan membangunkan, membina dan mengendalikan projek-projek tenaga boleh baharu termaju. HEXA Renewables melabur di seluruh wilayah Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Filipina dan India. HEXA Renewables bermatlamat untuk membangunkan, memiliki dan mengendalikan sehingga 5 GW projek penjanaan kuasa tenaga boleh baharu dan projek storan bateri di rantau Asia Pasifik dan menyasarkan pelaburan agregat sebanyak $5 bilion pada tahun-tahun mendatang.