omniture

HAIER TANDATANGANI PERKONGSIAN BAHARU DALAM DUNIA BOLA SEPAK BERSAMA LIVERPOOL FOOTBALL CLUB DAN PARIS SAINT-GERMAIN

Haier Group
2025-09-05 23:07 13

Dengan turut bekerjasama bersama LALIGA, La Liga Portugal, Royal Moroccan Football Federation dan menerusi pembaharuan perjanjian dengan Jelajah ATP, Haier memperkukuh strategi perkongsian sukan globalnya.

BERLIN, 5 September 2025 /PRNewswire/ -- Haier yang menduduki tempat pertama bagi volum runcit global jualan jenama peralatan rumah yang utama, mengumumkan pada hari ini perkongsian global berbilang tahun bersama Liverpool Football Club dan Paris Saint-Germain. Perjanjian ini menyatukan dua kelab bola sepak yang paling banyak pengikutnya di dunia dengan jenama yang terkenal dengan inovasi berpusatkan pengguna.

Haier Signs New Partnerships in the World of Football with Liverpool Football Club and Paris Saint-Germain
Haier Signs New Partnerships in the World of Football with Liverpool Football Club and Paris Saint-Germain

Hari ini, bertempat di IFA Berlin, eksekutif-eksekutif daripada kedua-dua kelab menyertai Haier untuk menyaksikan pengenalan strategi jenama baharu Haier dan mengumumkan perkongsian ini di peringkat global. Di bawah perkongsian ini, Haier akan mengaktifkan seluruh stadium, titik sentuh digital dan runcit; memberikan pengalaman peminat yang eksklusif; serta meneroka produk rumah pintar jenama bersama yang membawa tenaga hari perlawanan ke dalam kehidupan seharian.

"Kami berasa teruja untuk meningkatkan strategi pemasaran sukan kami dengan bekerjasama bersama Liverpool Football Club dan Paris Saint-Germain – dua kelab juara yang paling terkenal di dunia. Usaha tanpa henti dalam mengejar kecemerlangan serta semangat inovasi benar-benar seiring dengan DNA keusahawanan Haier dan komitmen kami untuk membina jenama yang benar-benar bersifat global. Melalui perkongsian ini, kami bermatlamat untuk memberi inspirasi, berhubung dan mencipta pengalaman yang lebih beraneka dan lebih pintar untuk peminat serta pengguna di seluruh dunia." kata Haishan Liang, Naib Pengerusi Lembaga Pengarah dan Presiden Haier Group. "Pasukan yang hebat meraih kemenangan melalui ketepatan, kerja berpasukan dan peningkatan secara berterusan. Kami membangunkan produk-produk dengan cara yang sama: direka dengan mengutamakan orang ramai, dikuasakan oleh teknologi dan terbukti dalam penggunaan harian."

Haier Signs New Partnerships in the World of Football with Liverpool Football Club
Haier Signs New Partnerships in the World of Football with Liverpool Football Club

 "Haier ialah jenama yang bercita-cita tinggi, inovatif dan terkemuka di dunia dan kami mengalu-alukan mereka untuk menyertai keluarga LFC," ulas Ben Latty, Ketua Pegawai Komersial di Liverpool Football Club. "Sebagai pembekal peralatan rumah yang terkemuka, Haier membina reputasi terhadap kualiti dan bertapak kukuh di pasaran-pasaran seluruh dunia. Jangkauan global ini sejajar dengan skala kumpulan peminat global Liverpool Football Club dan kami turut teruja untuk melihat perkongsian ini menjadi kenyataan dan tidak sabar untuk saling bekerjasama."

Haier Signs New Partnerships in the World of Football with Paris Saint-Germain
Haier Signs New Partnerships in the World of Football with Paris Saint-Germain

"Kami amat berbesar hati dapat mengalu-alukan Haier ke dalam keluarga Paris Saint-Germain," kata Richard Heaselgrave, Ketua Pegawai Hasil di Paris Saint-Germain. "Sebagai jenama peralatan rumah global yang terkemuka, Haier menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian orang ramai. Perkongsian ini merupakan satu peluang unik untuk lebih mendekatkan Kelab ini dengan peminat kami di seluruh dunia, baik di stadium mahupun di rumah."

Dalam sukan bola sepak, Haier turut bekerjasama dengan LALIGA —salah satu liga bola sepak yang paling banyak ditonton di peringkat global—, Liga Portugal—salah satu liga kebangsaan yang paling pesat berkembang di Eropah— dan Royal Moroccan Football Federation—sebuah pasukan kebangsaan berkedudukan tertinggi di Afrika dengan kebolehlihatan global yang semakin meningkat. Perkongsian ini menonjolkan pemusatan strategik Sepanyol, Portugal dan Maghribi dalam pelan hala tuju sukan bola sepak Haier.

Sebagai sebahagian daripada strategi dwipenajaan serba baharu dalam dunia sukan yang melibatkan sukan tenis, Haier memperbaharui perkongsian strategiknya bersama Jelajah ATP sehingga tahun 2028. Portfolio kejohanan jenama ini akan merangkum: Terbuka Plava Laguna Croatia (Umag), Terbuka ABN Amro (Rotterdam), Terbuka BMW (Munich) dan Peringkat Akhir Nitto ATP di Turin yang berprestij pada akhir musim. Pelanjutan ini akan menyaksikan Haier terus mendapat kebolehlihatan jenama di gelanggang, pengalaman hospitaliti premium dan integrasi produk di lapangan di acara-acara Jelajah ATP terpilih, seterusnya menyediakan platform global untuk mempamerkan inovasi kehidupan pintar yang terkini. Jenama ini juga akan mendapat manfaat daripada pendedahan melalui saluran digital ATP, menjangkau audiens dalam talian yang seramai lebih daripada satu bilion. Dalam dunia tenis, Haier meneruskan perkongsiannya bersama Roland-Garros dan Rolex Paris Masters serta Terbuka Australia dan juga Terbuka Mutua Madrid yang memantapkan lagi kedudukan tenis sebagai platform premium dalam strategi globalnya.

Sebagai sebahagian daripada fasa baharu ini, Haier akan meluaskan peranannya sebagai Rakan Kongsi Emas ATP, bukan sahaja dalam kategori Peralatan Rumah tetapi kini juga dalam kategori Hiburan Rumah & TV, lantas memperkukuh kebolehlihatan silang kategori dan dialog berterusan bersama kumpulan peminat global.

"Pelanjutan perkongsian kami bersama Haier menunjukkan nilai dan impak daripada kolaborasi kami setakat ini." Menurut Rodolphe Tastet, Naib Presiden, Perkongsian, ATP. "Sejak berpadu tenaga pada tahun 2023, kami bekerjasama erat untuk mempamerkan teknologi premium Haier kepada audiens global ATP. Kami berasa bangga untuk tetap meneruskan momentum berkenaan, seterusnya memperkukuh inovasi dan kecemerlangan komitmen bersama kami."

Perkongsian antara jenama ini dan acara-acara sukan tenis antarabangsa yang utama berasal daripada perkongsian nilai yang mendalam, seperti keanggunan, ketepatan dan usaha untuk mencapai prestasi peringkat tertinggi. Kualiti yang membezakan kedua-dua juara hebat dan penyelesaian berkait Haier: kombinasi yang sempurna antara teknik, kecemerlangan dan ekspresi gaya.

Dengan berganding bahu bersama Liverpool Football Club dan Paris Saint-Germain, memperbaharui perkongsian jangka panjang dengan Jelajah ATP dan kejohanan antarabangsa yang utama serta memperkukuh kehadirannya dalam LALIGA, Liga Portugal dan sukan bola sepak Maghribi, Haier bukan sekadar meletakkan namanya sebaris dengan juara — ia membuktikan bagaimana jenama peralatan rumah nombor satu dunia ini beraksi pada paras yang sama dengan kelab nombor satu dunia. Kami bersama-sama menukar keghairahan di padang dan di gelanggang menjadi kehidupan yang lebih pintar dan lebih terhubung di rumah. Kecemerlangan boleh dikecapi di mana-mana sahaja — jalani kehidupan, bersorak dan menang bersama nombor satu di Rumah Juara. Sama sekali bukanlah satu inisiatif yang terpencil, perkongsian ini merupakan babak yang terkini dalam kisah yang sudah lama wujud antara Haier dan sukan, sebuah perjalanan yang dibina atas kepercayaan bahawa sukan ialah platform berkuasa untuk memberi inspirasi, berhubung dan mencipta nilai bersama. Ia memperkayakan portfolio penajaan berprestij yang sudahpun ada dalam sukan bola sepak, tenis, bola tampar dan disiplin-disiplin lain, lalu mengesahkan pendekatan Haier yang tersendiri terhadap perkongsian: memilih platform-platform yang mencerminkan nilai kecemerlangan, kerja berpasukan dan peningkatan secara berterusan oleh jenama ini.

Pada penghujung 1980-an dan awal 1990-an, Candy – kini merupakan sebahagian daripada Haier Europe – merupakan penaja utama Liverpool Football Club, era yang kekal menjadi salah satu babak yang paling ikonik dalam sejarah kelab ini. Menerusi pengumuman pada hari ini, kisah ini pulang ke titik asalnya, seterusnya mempererat hubungan Kumpulan ini yang sudah lama terjalin dengan sukan bola sepak serta komuniti peminat globalnya.

HAIER BERERTI SUKAN
Hubungan Haier dengan sukan bersifat luas, strategik dan global, lantas menggambarkan identiti berbilang sukan yang hakiki. Bermula daripada gelanggang bola tampar di China hinggalah gelanggang tanah liat Roland-Garros, daripada stadium kriket Asia Selatan hinggalah arena bola sepak Eropah dan Afrika, Haier membina model penajaan yang bersesuaian dengan keghairahan tempatan sekali gus memperkukuh visi globalnya. Falsafah ini ditunjukkan menerusi portfolio rujukan Haier yang luas, setiap satu direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang sebenar dan dalam masa yang sama menghormati prinsip kekhususan budaya dan kebiasaan warga tempatan.

Haier Signs New Partnerships in the World of Football with Liverpool Football Club
Haier Signs New Partnerships in the World of Football with Liverpool Football Club

Sama ada mesin basuh yang disesuaikan untuk penjagaan fabrik tradisional dan lembut, atau penyaman udara yang mampu beroperasi walaupun semasa pusuan kuasa, setiap penyelesaian dicipta bagi menjadikan kehidupan lebih baik untuk orang ramai di mana-mana sahaja.

Haier Signs New Partnerships in the World of Football with Paris Saint-Germain
Haier Signs New Partnerships in the World of Football with Paris Saint-Germain

Visi yang sama membimbing strategi penajaan sukan Haier: portfolio perkongsian yang menggambarkan keghairahan tempatan dan dalam masa yang sama memenuhi tujuan global. Bermula daripada padang bola sepak hinggalah gelanggang tenis, dari Eropah ke Asia dan Afrika, Haier melabur dalam platform-platform yang secara tradisinya memahami kehidupan orang ramai dan menjadikan sukan sebagai bahasa sejagat yang menyatukan teknologi, budaya dan emosi di bawah satu kisah yang dikongsi bersama: Bermain dengan Nombor Satu.

Latar Belakang Haier Group
Ditubuhkan pada tahun 1984, Haier Group ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian kehidupan lebih baik dan transformasi digital, dengan tujuannya iaitu "Lebih Banyak Penciptaan, Lebih Banyak Kemungkinan". Haier sentiasa mengutamakan pengguna dan membina landskap dengan tiga tonggak: Kehidupan Pintar, Industri Kesihatan Komprehensif dan Industri Ekonomi Digital. Syarikat ini menubuhkan 10 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), 35 taman industri dan 163 pusat pembuatan, seterusnya mencapai hasil global sebanyak USD 55.9 bilion pada tahun 2024. Haier berada dalam senarai 100 Teratas Jenama Global Paling Bernilai Kantar BrandZ selama 7 tahun berturut-turut. Di samping itu, Haier menduduki tempat No.1 dalam senarai Jenama Peralatan Utama Global Euromonitor selama 16 tahun berturut-turut. Haier mempunyai 8 syarikat tersenarai, dengan subsidiarinya Haier Smart Home dinamakan sebagai antara Fortune Global 500 dan Fortune World's Most Admired Companies.

Latar Belakang Liverpool Football Club
Ditubuhkan pada tahun 1892, Liverpool Football Club ialah salah satu kelab bola sepak yang paling bersejarah dan terkenal di dunia yang telahpun memenangi 20 Gelaran Liga, termasuk Liga Perdana, lapan Piala FA, 10 Piala Liga, enam Piala Eropah, tiga Piala UEFA, empat Piala Super Eropah, 16 Perisai Amal, dua gelaran Liga Super Wanita dan satu Kejohanan Wanita. Sebagai Kelab yang bertanggungjawab dari segi sosial, Liverpool Football Club berbangga dengan tugas yang dilakukannya melalui The Red Way yang memenangi anugerah, komitmennya yang berterusan untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk orang ramai, planetnya dan komunitinya. Ini termasuk usaha untuk meningkatkan kemampanan dalam seluruh kelab, meningkatkan Kesamarataan, Kepelbagaian & Keterangkuman dalam semua bidang serta mencipta peluang yang dapat mengubah kehidupan untuk kanak-kanak serta anak muda di Merseyside dan selanjutnya dengan adanya badan amal rasminya, LFC Foundation.

Latar Belakang Paris Saint-Germain
Ditubuhkan pada tahun 1970 dan dinobatkan sebagai pemenang bagi Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama pada tahun 2025, Paris Saint-Germain (PSG) ialah Kelab sukan yang paling berjaya di Perancis dan kuasa utama di pentas Eropah. Di bawah pemilikan Qatar Sports Investments (QSI) sejak tahun 2011, PSG berkembang menjadi sebuah institusi berbilang sukan, mencapai kecemerlangan dalam sukan bola sepak lelaki dan wanita, bola baling, judo dan E-sukan. Pada tahun 2022, Arctos Partners yang berpangkalan di A.S. melabur dalam Kelab ini bagi menyokong strategi pertumbuhan jangka panjangnya. Dengan kumpulan peminat global yang melebihi 500 juta dan pengikut media sosial tergabung yang mencapai lebih 230 juta di seluruh media sosial, PSG menjadi ikon budaya yang berada di persimpangan antara sukan, fesyen dan hiburan. Kolaborasi bersama jenama-jenama global seperti Jordan memperkukuh statusnya sebagai jenama gaya hidup yang diiktiraf di peringkat global. Pada tahun 2024, Kelab ini merasmikan Paris Saint-Germain Campus, sebuah kemudahan canggih yang menetapkan standard baharu untuk pembangunan dan prestasi atlet. Sebagai Kelab Generasi Baharu (The Club of the New Generation), Paris Saint-Germain menggabungkan kecemerlangan olahraga, pengaruh budaya dan impak sosial bagi membentuk masa depan sukan serta masyarakat.

Latar Belakang The ATP 
Misi ATP adalah untuk memenuhi kewajipan terhadap sukan tenis. Sebagai badan pentadbiran Jelajah ATP dan Jelajah Pencabar ATP, kami menghiburkan satu bilion peminat global, mempersembahkan para pemain yang paling hebat di dunia di kejohanan berprestij dan memberi inspirasi kepada generasi permainan yang akan datang. Bermula daripada United Cup di Australia, hinggalah Eropah, benua Amerika dan Asia, bintang-bintang dalam permainan bersaing merebut gelaran dan mata PIF ATP Rankings di acara-acara ATP Masters 1000, 500 dan 250, serta Grand Slam. Semua laluan menjurus ke Peringkat Akhir Nitto ATP, iaitu perlawanan akhir musim berprestij kami yang diadakan di Turin, Itali. Menampilkan hanya 8 pemain perseorangan dan pasukan beregu terbaik musim ini, kejohanan ini menyaksikan penganugerahan gelaran ATP World No. 1 akhir tahun yang disampaikan oleh PIF yang merupakan pencapaian ulung dalam sukan tenis. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ATPTour.com.

 

Source: Haier Group
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Sporting Events Sports Contracts Licensing/marketing agreements