omniture

Era Baharu Kehidupan Pintar: ECOVACS Perkenal DEEBOT X11 dengan Teknologi PowerBoost dan Perluas Portfolio Robot Perkhidmatan di IFA 2025

ECOVACS
2025-09-06 01:42 37

ECOVACS memperkenalkan pembersih vakum robotik rintis DEEBOT X11 di IFA 2025, membawa inovasi ke tahap yang lebih tinggi dan memulakan era baharu masa jalan yang berterusan. Jenama ini turut berkembang ke dalam senario robot perkhidmatan baharu menerusi pencuci kolam robotik revolusionernya, ULTRAMARINE, lantas memperkukuh kepimpinannya dalam sektor robotik perkhidmatan rumah berbilang kategori.

BERLIN, 6 September 2025 /PRNewswire/ -- ECOVACS, peneraju bertaraf global bagi robotik perkhidmatan memperkenalkan inovasinya yang terkini di IFA, lalu mewujudkan suasana untuk era baharu dalam kehidupan pintar. David Cheng Qian, Naib Pengerusi ECOVACS Group dan Ketua Pegawai Eksekutif ECOVACS ROBOTICS mempersembahkan kemajuan terbaru oleh syarikat ini dalam segmen pembersihan pelbagai senario. Menjadi tumpuan utama di pameran ini ialah DEEBOT X11 rintis — pembersih vakum robotik pertama di dunia yang dilengkapi dengan Teknologi PowerBoost untuk masa jalan yang berterusan — lantas menekankan langkah berani ECOVACS menuju masa depan pembersihan rumah pintar. Di samping pelancaran ulung ini, ECOVACS turut mencapai lonjakan strategik dalam senario isi rumah baharu dengan memperkenalkan kategori robot serba baharu – pencuci kolam robotik – ECOVACS ULTRAMARINE.

ECOVACS’ Booth at IFA 2025
ECOVACS’ Booth at IFA 2025

"Didorong oleh misi kami iaitu 'Robotik buat Semua', kami terus melancarkan teknologi dan produk yang benar-benar dapat meningkatkan kehidupan orang ramai," kata David Cheng Qian. "Bermula daripada DEEBOT hinggalah rangkaian senario rumah yang lebih luas, setiap inovasi bertunjangkan keperluan pengguna yang hakiki. Kami percaya bahawa rumah pintar masa depan harus menyediakan perkhidmatan yang proaktif, dengan teknologi 'halimunan'. Berdasarkan asas rantaian bekalan kami yang teguh, kami akan terus memajukan inovasi teknologi bagi memastikan 'Apa yang Hanya ECOVACS Boleh Lakukan' diterjemahkan kepada nilai sebenar yang berkekalan untuk pelanggan kami."

DEEBOT X11: Memulakan Era Baharu PowerBoost

Bertempat di IFA pada tahun ini, ECOVACS memperkenalkan DEEBOT X11, pembersih vakum robotik pertama dengan Teknologi PowerBoost bagi memberikan prestasi pembersihan yang paling berkuasa dalam sejarah syarikat ini.

DEEBOT X11 Family, The First Robotic Vacuum Cleaner with PowerBoost Technology
DEEBOT X11 Family, The First Robotic Vacuum Cleaner with PowerBoost Technology

Teknologi PowerBoost mentakrifkan semula pengecasan pintar untuk pembersih vakum robotik. Dengan memanfaatkan pengecasan semula yang berpecah-pecah dan penjadualan kuasa pintar, ia boleh mengembalikan 6% kuasa bateri hanya dalam tempoh tiga minit semasa jeda pembersihan mop rutin. Ini mengupayakan operasi yang fleksibel, berterusan dan konsisten menerusi liputan yang benar-benar tidak terganggu sehingga 1,000 m2 dalam satu sesi. Kemajuan dalam pengecasan segera ini bukan sahaja mencabar persamaan industri lazim iaitu "masa jalan bersamaan dengan kapasiti bateri", bahkan turut memulakan era baharu bagi masa jalan yang berterusan dalam pembersihan rumah pintar.

Teknologi OZMO ROLLER 2.0 yang dinaik taraf dengan TruEdge 3.0 meningkatkan lagi ketepatan dan kuasa pembersihan X11. Penggelek mop nilon berketumpatan tinggi yang dipertingkat, digabungkan dengan tekanan mengemop 3,800Pa pada 200 rpm, dapat menangani dengan mudah walaupun kotoran yang paling degil, menjadikan permukaan bebas coretan tanpa kesan air kotor berbaki atau kerosakan. Teknologi Pembersihan Tepi Ekstrem TruEdge 3.0 memberikan liputan tepi dan sudut penuh dengan jangkauan lanjutan 1.5cm. Sejak memperkenalkan X8 buat julung kalinya, teknologi OZMO ROLLER mentakrifkan semula pembersihan mendalam dan mendapat sanjungan global dengan hampir 1.5 juta unit terjual di seluruh dunia.

Satu lagi kemajuan ialah OmniCyclone Station pertama daripada ECOVACS yang mengintegrasikan Teknologi Auto-Kosong PureCyclone 2.0 terus ke OMNI Station – yang pertama dalam industri ini. "Revolusi tanpa beg" ini menghapuskan keperluan terhadap beg habuk pakai buang, lalu menjimatkan beg habuk sehingga 2 juta setiap tahun[1]. Reka bentuk ini bukan sahaja mengurangkan kos untuk pengguna tetapi juga menjadikan pembersihan harian lebih cekap dan mampan.

DEEBOT X11 turut memperkenalkan AGENT YIKO buat julung kalinya, iaitu pengurus rumah berautonomi sepenuhnya dan integrasi mendalam yang pertama dalam industri ini bagi pembantu suara tradisional dengan model bahasa besar yang berfikiran mendalam. Melangkaui kawalan suara asas, AGENT YIKO berfikir dan merancang secara proaktif, menjalankan analisis berbilang langkah ke atas data ruang dan keutamaan pengguna untuk memberikan pembersihan yang benar-benar berautonomi dan pintar.

Pengembangan Senario Disokong oleh Inovasi Berkekalan

Di samping pelancaran rintis ini, DEEBOT terus menerajui pasaran dengan skala dan pengiktirafan yang tiada tandingan. Ia mendapat tempat No. 1 dalam bahagian pasaran di pasaran pembersih vakum robotik China selama 10 tahun berturut-turut. Selain inovasi teknologi, DEEBOT turut menyertai ekosistem Matter dan memperoleh Pengesahan Keselamatan loT Tahap "Berlian" daripada UL Solutions, lalu memberikan ketersambungan silang platform yang lebih lancar sekali gus memastikan perlindungan data yang mantap.

Berdasarkan asas ini, baru-baru ini, ECOVACS mengumumkan satu perkongsian strategik bersama BSH untuk melancarkan robot vakum dan mop terbina dalam pertama di dunia, dibangunkan secara bersama oleh BSH dan dikuasakan oleh teknologi ECOVACS. Dengan menggabungkan kepakaran daripada kedua-dua syarikat, perkongsian ini bertujuan untuk menyampaikan penyelesaian pembersihan lantai yang inovatif dan pintar serta mewujudkan kategori baharu perintis dalam industri robotik perkhidmatan.

Memperkukuh lagi kepimpinan teknologi dan pengembangannya ke dalam kategori-kategori robotik perkhidmatan baharu, ECOVACS memanfaatkan kepakaran pelbagai kategorinya bagi memperkenalkan pembersih kolam robotik pertamanya, ULTRAMARINE di IFA tahun ini.

Pencuci kolam robotik semakin menjadi keperluan untuk penyelenggaraan kolam pengguna. Sebagai peneraju global bagi robotik perkhidmatan pintar, ECOVACS menjalankan penyelidikan pengguna yang mendalam untuk mengenal pasti peluang penting bagi meningkatkan prestasi pembersihan, kemudahan penggunaan dan kecerdasan dalam produk-produk sedia ada untuk pengguna.

Dilengkapi dengan pelbagai berus beroda, sedutan yang kuat dan mod pembersihan yang berbagai-bagai, ULTRAMARINE mengintegrasikan penentu kedudukan, pengelakan halangan dan algoritma pengemudian yang paling canggih daripada ECOVACS. Pelancaran ini memperkukuh portfolio robotik luar ECOVACS dan menyaksikan satu pencapaian penting dalam perjalanannya menuju barisan robotik perkhidmatan kategori penuh, seterusnya memperkukuh komitmennya untuk menyampaikan penyelesaian pintar bagi setiap senario isi rumah.

ECOVACS semakin mendapat momentum di seluruh dunia dalam beberapa kategori. Sejak kemunculan sulungnya, WINBOT, iaitu pencuci tingkap robotik yang dipelopori oleh ECOVACS, bukan sahaja membuka kategori serba baharu bahkan turut membentuk semula jangkaan pengguna terhadap pencucian tingkap. Pada tahun 2024, jualan WINBOT mencapai lebih USD 100 juta yang didorong oleh permintaan yang kukuh di China dan juga Eropah. Di IFA, ECOVACS mempamerkan WINBOT W2S dan W2S OMNI. Kedua-duanya menawarkan Teknologi TruEdge dan perancangan laluan pintar WIN-SLAM 4.0 yang canggih demi prestasi pencucian yang ditingkatkan dengan ketara. Kedua-dua model ini juga akan dilancarkan secara rasmi selepas IFA. Turut dipamerkan ialah WINBOT MINI yang sudahpun tersedia yang menggabungkan reka bentuk ultra-nipis dengan prestasi pencucian berkuasa untuk pencucian tingkap yang lebih fleksibel dan cekap.

Selain itu, mesin rumput robotik GOAT mendapat tarikan yang kuat di luar negara. Pada tahun 2024, hasil luar negara dan volum jualan GOAT masing-masing melonjak sebanyak 186.7% dan 271.7% tahun ke tahun. Dipamerkan di IFA, GOAT A3000 LiDAR — dikuasakan oleh 32V Energetic Platform dengan Dwi Cakera Bilah dan sistem Dual LiDAR — memberikan kecekapan pemotongan yang luar biasa, pengemudian berautonomi dan pengelakan halangan pintar.

Berdasarkan kepimpinan teknologinya, ECOVACS turut mendapat pengiktirafan atas prestasi dan keselamatan yang utama dalam industri ini. DEEBOT X11 dan juga GOAT A3000 LiDAR dianugerahkan pensijilan TÜV Rheinland EN 18031 RED-DA (Akta Wakilan Arahan Peralatan Radio), iaitu piawaian Suruhanjaya Eropah yang menjamin keselamatan dan prestasi yang lebih tinggi dalam peralatan tanpa wayar. Pensijilan ini menonjolkan komitmen ECOVACS terhadap keselamatan siber dan perlindungan data pengguna yang teguh, seterusnya memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna untuk pengalaman pembersihan pintar tanpa bimbang.

Selain inovasi produk, ECOVACS terus memperkukuh rantaian bekalan hujung-ke-hujungnya sebagai asas untuk kepimpinan robotik rentas senario. Pada tahun 2024, syarikat ini melabur sekitar USD 123 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), peningkatan 7.3% berbanding tahun sebelumnya. Pada Julai 2025, ia mengumumkan bahawa ia melabur sekitar USD 27.8 juta untuk menubuhkan sebuah kemudahan pembuatan tempatan bagi komponen robot teras dan badan robot yang menyaksikan langkah yang tegas dalam kecerdasan terkandung. Tindanan teknologi dalaman sepenuhnya daripada ECOVACS — mencakupi bateri, motor, sistem pembersihan dan AI — terus memperkasakan DEEBOT, WINBOT, GOAT yang utama dalam industri ini serta dan portfolio berbilang senarionya yang semakin berkembang.

ECOVACS ROBOTICS Product Portfolio
ECOVACS ROBOTICS Product Portfolio

 

ECOVACS mempamerkan DEEBOT X11, di samping siri DEEBOT yang terkini, ULTRAMARINE, WINBOT dan GOAT, di IFA 2025, Berlin mulai 5 hingga 9 September. Kunjungi ECOVACS di Dewan 9-114.

[1] Berdasarkan unjuran jualan DEEBOT X11.

Latar Belakang ECOVACS ROBOTICS 

ECOVACS menerajui bidang robotik perkhidmatan sejak tahun 2006 dengan memperkenalkan pembersih vakum robotik, pencuci tingkap robotik dan robot penulenan udara kepada industri ini. Pada tahun 2023, ia berkembang ke dalam kategori mesin rumput robotik dan juga robot pembersihan komersial demi memenuhi pelbagai keperluan aplikasi.

Sejajar dengan misi "Robotik buat Semua", ECOVACS berusaha untuk mewujudkan gaya hidup yang bergaya dan moden buat pengguna global melalui kemajuan teknologi yang tidak henti-henti dan pengalaman pengguna yang lebih baik dalam penawaran robotiknya.

Selain China, ECOVACS ROBOTICS menubuhkan subsidiari-subsidiari jualan di Jerman, Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura, dengan produk-produk yang merangkum hampir 180 pasaran utama di peringkat global dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 38 juta isi rumah di seluruh dunia.

Sejak tahun 2015 hingga 2024, ECOVACS ROBOTICS menduduki tempat pertama selama 10 tahun berturut-turut dalam pasaran pembersih vakum robotik China dari segi bahagian pasaran.

Maklumat lanjut 

Laman Web: https://www.ecovacs.com/global
Facebook: https://www.facebook.com/ecovacs.global
X: https://x.com/ecovacsrobotics
Instagram: https://www.instagram.com/ecovacs_global/
YouTube: https://www.youtube.com/c/ecovacsrobotics
TikTok: https://www.tiktok.com/@ecovacs_global

 

Source: ECOVACS
Keywords: Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news