omniture

Hisense Perkenal Kemajuan Paparan RGB-MiniLED dan Inovasi Bunyi Imersif di IFA 2025

Hisense
2025-09-08 00:11 34

BERLIN, 8 September 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah bertaraf global, mencetuskan kekaguman di IFA 2025 menerusi tema "AI Your Life" ("AI Kehidupan Anda") dengan mempamerkan inovasi dalam hiburan visual dan audio premium.


Menjadi tumpuan utama di pameran ini, TV RGB-MiniLED 116" UX yang terbesar di dunia memberikan gambar yang benar-benar berciri sinematik—warna-warna tulen dan gradien ultra-licin. Sebagai asal-usul RGB-MiniLED, Hisense mempelopori pendekatan baharu bagi kawalan cahaya dan warna yang tepat. Penemuan ini memanfaatkan pemalapan setempat termaju, ketepatan bit tinggi dan kecerahan puncak sehingga 8,000 nit dan dalam masa yang sama menghasilkan semula 100% gamut warna BT.2020 bagi memastikan peralihan tampak hidup, warna terang dan kejelasan yang luar biasa.

Dikuasakan oleh pemproses paling canggih Hisense—Hi-View AI Engine X—pemalapan setempat berkembang daripada kawalan kecerahan kepada kawalan cahaya dan warna bersepadu. Ia menggabungkan warna merah, hijau dan biru secara dinamik, menyegerakkan cahaya belakang dan panel dengan warna dan kecerahan yang sangat tepat. Bingkai dioptimumkan pada masa nyata untuk imej, bunyi dan persekitaran. Sistem 6.2.2 CineStage X Surround, kejuruteraan bersama Opéra de Paris | Devialet, menambah audio sinematik 360-darjah. Buat pemain, 116UX menawarkan 165Hz Game Mode Ultra dengan VRR natif untuk tatamain yang amat lancar dan responsif.

Bertempat di IFA, Hisense bekerjasama dengan Dolby bagi memperkenalkan demonstrasi awam pertama di dunia Dolby Vision 2, teknologi generasi seterusnya yang menyampaikan pengalaman visual luar biasa melalui kecerdasan kandungan, perincian sinematik dan kesedaran persekitaran. Dolby Vision 2 dirancang untuk menjadi yang pertama pada TV RGB-MiniLED Hisense melalui kemas kini OTA, lantas menyaksikan pencapaian dalam kolaborasi mereka. TV ini akan dikuasakan oleh MediaTek Pentonic 800.

Bagi audio rumah, sistem bunyi HT SATURN yang ditala oleh Devialet dan dilengkapi dengan penyegerakan Hi-Concerto, dengan TV Hisense untuk menyampaikan bunyi keliling 4.1.2 berserta Dolby Atmos, DTS:X dan keliling maya.

Dalam zon Pawagam AI, Hisense memperluas Penyelesaian Pawagam Rumah Laser TriChroma dengan L9Q. Dengan 5,000 ANSI Lumen dan kontras 5,000:1, ia memberikan imej yang jelas dengan warna hitam pekat dan perincian yang tajam, walaupun dalam ruang yang terang. Saiz tayangan berjulat daripada 80" hingga 200", dengan sokongan IMAX Enhanced dan Dolby Vision demi keasyikan gred pawagam. Melalui kolaborasi bersama Opéra de Paris, Devialet mentransformasikan TV Hisense menjadi ciptaan hebat yang akustik.

Projektor Mini Laser C2 Ultra menayangkan sehingga jarak 300 inci, mengubah mana-mana bilik menjadi pawagam atau arena permainan. Direka untuk Xbox, ia memberikan kependaman ultra rendah dan penayangan warna-warna terang untuk pemain serta pencinta filem.

Inovasi laser daripada Hisense memperoleh penghormatan yang pertama dalam industri. PT1 dan M2 Pro merupakan projektor laser Diperakui Lesu Visual Rendah SGS yang pertama di dunia, dengan skor WVF 2.98 dan 2.86, kedua-duanya di bawah purata industri sebanyak 4. PT1 juga memegang Pensijilan Jejak Karbon SGS. Ini menggambarkan komitmen Hisense terhadap penjagaan kesihatan dan juga kelestarian.

Bermula daripada paparan pintar hinggalah bunyi dan permainan imersif, kehadiran Hisense di IFA 2025 menunjukkan langkahnya menuju era gaya hidup dikuasakan AI. Inovasi ini mentakrifkan semula bagaimana teknologi meningkatkan pengalaman sehari-hari, seterusnya membantu orang ramai menikmati setiap detik. Sebagai penaja rasmi bagi FIFA World Cup 2026™, Hisense mendekatkan peminat dengan minat mereka. Mendahului dengan kecerdasan dan empati, Hisense memperkasakan pengguna untuk Menguasai Detik Ini (Own the Moment).

Latar Belakang Hisense 

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023-H12025). Sebagai penaja rasmi bagi FIFA World Cup 2026™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.


 


 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news