Peminat Halloween berasa amat teruja apabila ikon filem seram lama dan baharu kembali untuk mendapatkan perisa Edisi Terhad baharu!
ATLANTA, 8 September 2025 /PRNewswire/ -- Bersiap sedia untuk menjerit...demi Fanta®! Menjelang musim Halloween ini, Fanta®, Universal Pictures dan Blumhouse membawa pengalaman menakutkan dan menyeronokkan yang belum pernah terjadi sebelum ini dengan perkongsian global yang menyaksikan empat ikon seram disatukan buat kali pertama dalam barisan watak terunggul Halloween.
Perkongsian ini menyaksikan ikon seram seperti Chucky ( francais Chucky), Freddy Fazbear (Five Nights at Freddy's 2), The Grabber (Black Phone 2) dan M3gan (M3GAN 2.0) bersatu atas keghairahan yang tidak pernah puas: Fanta®! Di seluruh dunia, peminat boleh menjangka dapat melihat watak-watak kultus dan moden Halloween secara aktif dan agresif berusaha mencari sesuatu, dengan beberapa siri pengalaman menjelang Halloween. Mereka mungkin datang dari dunia yang amat berbeza, tetapi kali ini, mereka berkongsi keinginan yang sama – Mereka Mahukan Fanta® (They Wanta Fanta®).
Universal akan melancarkan dua babak baharu yang menakutkan untuk ikon seram ini, termasuk Black Phone 2 (di pawagam pada 17 Oktober) dan Five Nights at Freddy's 2 (di pawagam pada 5 Disember). Kedua-dua penerbitan filem ialah daripada Blumhouse, peneraju dalam filem seram.
Bukan sahaja ikon filem seram ini mewujudkan keseronokan dan menghiasi pembungkusan Koleksi Halloween edisi terhad bagi perisa Fanta® klasik, tetapi untuk masa yang terhad ini, peminat juga mengejar perisa tersuai Chucky: Punch Chucky. Perisa beri Fanta® ini boleh didapati di seluruh dunia mulai pada hari ini bersama-sama empat ikon pada tin di seluruh rangkaian penuh perisa Fanta®. Potret termasuk Chucky dengan perisa Punch Chucky; The Grabber dengan perisa Strawberi; Freddy Fazbear dengan perisa Oren dan M3gan dengan perisa Anggur. Peminat boleh mendapatkan lebih banyak daripada watak-watak tersebut dengan mengimbas kod QR di bahagian tepi tin untuk mengakses kandungan dan pengalaman eksklusif.
Ibrahim Salim Khan, Naib Presiden Global, Fanta® di The Coca-Cola Company, berkata: "Fanta menjanjikan kelazatan dan hanya kelazatan. Apakah peluang yang lebih baik untuk berseronok dengan itu, selain Halloween? Perayaan muslihat dan belanja. Satu-satunya masa dalam setahun apabila keinginan anda yang mendalam, muncul semula. Sambutan Halloween ini, dalam perkongsian yang menyedapkan, serta mendebarkan dengan Universal Pictures dan Blumhouse, kami akan membawa kembali ikon seram yang menjadi paling legenda buat kali pertama. Mereka kembali. Tetapi mereka berada di sini bukan untuk menghantui anda. Mereka hanya... Mahukan Fanta! (Wanta Fanta!)"
Dari bulan September hingga Oktober dan seterusnya, peminat digalakkan berhati-hati atau berwaspada kerana ikon seram akan muncul di mana-mana sahaja yang Fanta® berada, daripada pembungkusan edisi terhad, sehingga peruncitan, mesin layan diri, kilang dan pengalaman kehidupan sebenar, semuanya untuk mendapatkan Fanta® yang cukup lazat ini, oleh itu anda perlu merebut milik anda sebelum mereka!
Jangan biarkan ikon seram ini mencuri semua Fanta®! Rangkaian penuh perisa Koleksi Halloween Fanta® kini boleh didapati di seluruh negara. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai perkongsian dan Mereka Mahukan Fanta® ( They Wanta Fanta®), sila kunjungi https://www.fanta.com
Catatan kepada Editor
Maklumat Tentang The Coca-Cola Company
The Coca-Cola Company (NYSE: KO) ialah syarikat minuman dengan produk yang dijual di lebih daripada 200 negara dan wilayah. Tujuan syarikat kami ialah untuk menyegarkan dunia dan membuat perubahan. Kami menjual jenama yang bernilai berbilion dolar merentasi beberapa kategori minuman di seluruh dunia. Portfolio jenama minuman ringan bergas kami termasuk Coca-Cola, Sprite dan Fanta. Jenama air, sukan, kopi dan teh kami termasuk Dasani, smartwater, vitaminwater, Topo Chico, BODYARMOR, Powerade, Costa, Georgia, Fuze Tea, Gold Peak dan Ayataka. Jenama jus, tenusu yang mempunyai nilai tambah dan minuman berasaskan tumbuhan kami termasuk Minute Maid, Simply, innocent, Del Valle, fairlife dan AdeS. Kami sentiasa mengubah portfolio kami, daripada mengurangkan gula dalam minuman kami kepada membawa produk baharu yang berinovatif ke pasaran. Kami berusaha memberikan impak yang positif kepada kehidupan orang ramai, komuniti dan planet ini melalui penambahan semula air, pengitaran semula pembungkusan, amalan penyumberan mampan dan pengurangan pelepasan karbon di seluruh rantaian nilai kami. Bersama-sama dengan rakan kongsi pembotolan, kami mengambil lebih daripada 700,000 pekerja, membantu membawa peluang ekonomi kepada komuniti tempatan di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di www.coca-colacompany.com dan ikuti kami di Instagram, Facebook dan LinkedIn. Maklumat yang terkandung pada, atau yang boleh diakses melalui, laman web atau saluran media sosial kami tidak digabungkan dengan rujukan ke dalam, dan bukan sebahagian daripada, dokumen ini.
Maklumat Tentang Universal Pictures Home Entertainment
Universal Pictures Home Entertainment (UPHE – www.uphe.com) ialah unit Universal Filmed Entertainment Group (UFEG). UFEG menghasilkan, memperoleh, memasarkan dan mengedarkan hiburan yang difilemkan di seluruh dunia dalam pelbagai format media untuk teater, hiburan rumah, televisyen dan platform pengedaran lain, serta produk pengguna, permainan berinteraktif dan hiburan secara langsung. Bahagian global termasuk Universal Pictures, Focus Features, Universal Pictures Home Entertainment, Universal Brand Development, Fandango dan DreamWorks Animation Film and Television. UFEG ialah sebahagian daripada NBCUniversal, satu daripada syarikat media dan hiburan terkemuka di dunia dalam pembangunan, penerbitan dan pemasaran hiburan, berita dan maklumat kepada khalayak global. NBCUniversal memiliki dan mengendalikan portfolio bernilai seperti rangkaian berita dan hiburan, syarikat wayang gambar perdana, operasi penerbitan televisyen yang penting, kumpulan stesen televisyen terkemuka, taman tema terkenal di dunia dan rangkaian perniagaan terkemuka berasaskan Internet. NBCUniversal ialah anak syarikat Comcast Corporation.
Maklumat Tentang Blumhouse
Diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jason Blum pada tahun 2015, Blumhouse ialah syarikat penerbitan berunsur seram merentasi filem, televisyen dan permainan. Berikutan penggabungan syarikat berkenaan dengan Atomic Monster James Wan pada bulan Januari 2024, syarikat gabungan itu bertanggungjawab untuk hampir $9 Bilion dalam penerbitan terlaris di seluruh dunia dan telah mewakili hampir 50% daripada pasaran berunsur seram dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu. Syarikat ini telah menghasilkan hampir 250 filem dan siri televisyen, termasuk Halloween, The Purge, The Black Phone, Annabelle, Paranormal Activity, The Exorcist, Insidious, M3GAN dan Five Nights at Freddy's, dan francais seram paling berjaya dalam sejarah dengan Conjuring Universe. Bagi rancangan televisyen, Blumhouse menghasilkan siri berskrip dan tanpa skrip, termasuk Scarpetta yang akan datang untuk Prime Video; The Rainmaker untuk USA Network; serta Worst Roommate Ever dan Worst Ex Ever untuk Netflix. Baru-baru ini, syarikat itu juga melancarkan bahagian permainan dengan tajuk termasuk Fear The Spotlight, serta Eyes of Hellfire dan Sleep Awake yang akan datang.
Blumhouse diberikan penghormatan oleh Fast Company sebagai satu daripada Syarikat Paling Berinovatif pada tahun 2024 dan satu daripada Jenama Yang Penting pada tahun 2023. Syarikat itu juga melabur dalam pengalaman dunia nyata dan maya yang imersif termasuk buletin The Van; produk pengguna di Blumhouse Shop; kehadiran syarikat itu yang konsisten pada Malam Seram Halloween tahunan Universal Studios; Pesta Filem Halfway to Halloween dan BlumFest tahunan; Blumhouse HorrorVerse dalam Meta Horizon di Meta Quest; dan perubahan ruang pameran yang akan datang di Hotel Stanley yang ikonik daripada The Shining.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2758621/Fanta_Universal_Pictures_Blumhouse.jpg?p=medium600
Butiran Hubungan:
fantaeu@bursonglobal.com