omniture

CATL Lancar Shenxing Pro, Penyelesaian Optimum Eropah untuk E-Mobiliti di IAA Mobility 2025

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2025-09-08 14:32 60

MUNICH, 8 September 2025 /PRNewswire/ -- Bersempena Hari Terbuka CATL, syarikat ini memperkenalkan Shenxing Pro, bateri litium besi fosfat (LFP) yang pertama di dunia yang boleh mencapai bekalan voltan tinggi berterusan, kuasa dikekalkan, tiada kebakaran dan tiada asap selepas larian terma. Direka untuk memenuhi keperluan e-mobiliti Eropah, Shenxing Pro menetapkan penanda aras baharu dalam aspek keselamatan, jangka hayat, jarak dan pengecasan super pantas, memberi kedudukan kepadanya sebagai penyelesaian optimum untuk pasaran kenderaan elektrik (EV) yang kian berkembang pesat di Eropah.


Menangani Cabaran Pasaran EV Eropah

Kadar penerimagunaan EV di Eropah menjadi semakin pantas. Menurut SNE dan MarkLines, kadar penembusan EV Eropah meningkat daripada 23% kepada 26% dalam separuh pertama tahun 2025, dengan unjuran mencadangkan ia akan mencecah 29% menjelang akhir tahun. International Energy Agency (IEA) menjangkakan jualan EV di seluruh Eropah akan mencapai 4 juta unit tahun ini, meningkat daripada 3.2 juta pada tahun 2024.

Walau bagaimanapun, kebimbangan pengguna yang berterusan masih lagi kekal. Tinjauan Nadi Mobiliti Pengguna 2025 McKinsey mengetengahkan halangan utama: kos tinggi, jangka hayat bateri, had jarak, jurang infrastruktur pengecasan dan keselamatan bateri. Shenxing Pro menangani halangan ini secara langsung, bagi memberikan prestasi dan keselamatan yang disesuaikan dengan keperluan pemanduan Eropah yang berbagai-bagai.

Merevolusikan E-Mobiliti dengan Teknologi Bateri Rintis

Shenxing Pro, dilengkapi dengan Teknologi NP 3.0 proprietari daripada CATL, mewakili lonjakan ke hadapan dalam inovasi bateri. Menerusi kemajuan yang komprehensif bagi tahap kimia, struktur mekanikal, sistem dan kawalan, ia menawarkan dua varian:

Bateri Hayat Super Panjang & Jarak Jauh Shenxing Pro: Bateri LFP pertama di dunia yang menyampaikan jarak WLTP sejauh 758 km dan jangka hayat 12-tahun / 1,000,000 km yang memecahkan rekod, memacu kemajuan dalam jangka hayat bateri serta prestasi jarak. Menerusi degradasi 9% selepas jarak sejauh 200,000 km yang pertama, ia disesuaikan dengan sempurna untuk menyokong pasaran pajakan Eropah.

Bateri Pengecasan Super-Pantas Shenxing Pro: Ia mengecas 478 km jarak WLTP dalam tempoh 10 minit sahaja—bersamaan dengan 0.8 km sesaat—lalu memantapkan kedudukannya sebagai bateri LFP pengecasan super pantas yang terkemuka di Eropah. Menyampaikan 830 kW dengan 0-100 km/j dalam masa hanya 2.5 saat walaupun dengan keadaan pengecasan (SOC) 20%, ia dapat mencapai prestasi yang mengujakan dan keandalan yang lama bertahan dalam pelbagai keadaan. Ia mengekalkan prestasi luar biasa dalam keadaan sejuk melampau, mencapai jarak 410 km dalam masa 20 minit pada suhu –20°C. Disokong oleh jaminan sehingga 10-tahun / 240,000 km, ia mentakrifkan semula standard kebingkasan pengecasan super pantas.

Kedua-dua varian memanfaatkan teknologi NP 3.0 proprietari CATL, kemuncak evolusi CATL selama tujuh tahun bagi inovasi keselamatan Tiada Perambatan (NP). Diiktiraf sebagai prestasi keselamatan terbaik dalam kelas di dunia, NP 3.0 mengupayakan bekalan voltan tinggi yang berterusan selama lebih sejam selepas larian terma, mengekalkan kelajuan kenderaan, lalu membolehkan pemandu mengawal kenderaan mereka dengan tenang daripada zon bahaya dan seterusnya memastikan tiada nyala dan asap. Memandangkan pemanduan autonomi L3 dan L4 mengalihkan lebih banyak tanggungjawab kemalangan kepada sistem kenderaan, Shenxing Pro memastikan kuasa dan kesinambungan sistem tanpa gangguan semasa kecemasan, lalu memenuhi tuntutan keselamatan dan tindak balas risiko yang tinggi dalam era ini.

Shenxing Pro menggabungkan sel Wave yang inovatif daripada CATL yang membawakan reka bentuk bahu timbul dan teknologi perkongsian ruang. Ini merupakan bateri pertama di dunia yang membolehkan sistem penyejukan dan penetapan diaplikasikan dari mana-mana arah, berbanding hanya mempunyai pilihan yang terhad sebelum ini. Ia mencapai penindasan getaran semua arah, meningkatkan kekukuhan pek bateri sebanyak 25% dan menggandakan ketahanan. Shenxing Pro memecahkan had Sel-ke-Badan (CTB) lazim melalui reka bentuk selnya, lalu mencapai kecekapan volum pek sebanyak 76% yang luar biasa. Dengan menggabungkan kemajuan ini, Shenxing Pro mentakrifkan semula mobiliti elektrik di Eropah, seterusnya memberikan keselamatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, jarak lanjutan, jangka hayat yang luar biasa dan prestasi pengecasan super pantas.

"Shenxing Pro menggabungkan dengan lancar standard keselamatan bertaraf dunia dengan keperluan mobiliti bagi memberikan pengalaman yang lebih selamat, lebih cekap dan riang untuk setiap perjalanan," kata Dr. Lingbo Zhu, Ketua Pegawai Teknologi Unit Perniagaan Antarabangsa CATL. "Dengan jarak, pengecasan dan ketahanan tanpa kompromi, Shenxing Pro merupakan penyelesaian yang ulung untuk mobiliti elektrik di Eropah."

Memperkukuh Ekosistem E-Mobiliti Eropah

CATL semakin memperkukuh jejak Eropahnya, berkembang daripada mengeksport bateri "ke Eropah" kepada membangun "di Eropah, untuk Eropah." Dengan pelaburan sebanyak lebih €11 bilion dalam operasi Eropah, CATL mencipta beribu-ribu peluang pekerjaan dan memupuk bakat tempatan melalui perkongsian dengan universiti-universiti serta dan institusi-institusi vokasional.

Berkolaborasi dengan lebih 200 pembuat kereta di seluruh dunia, termasuk rakan kongsi Eropah sejak dahulu lagi serta lebih 1,000 pembekal Eropah, CATL memajukan inovasi dengan mengintegrasikan teknologi bateri terkini secara kolaboratif ke dalam kenderaan elektrik.

"Menerusi teknologi canggih, operasi global yang pelbagai, kepakaran pembuatan terbukti dan set minda terhadap kolaborasi terbuka, CATL komited untuk menjadi rakan kongsi yang andal kepada industri automotif Eropah. Dengan menggabungkan keupayaan termaju kami dengan kepakaran automotif Eropah selama berdekad-dekad, kami bermatlamat untuk melangkaui 'di Eropah, untuk Eropah' dan akhirnya 'dari Eropah,' seterusnya membina ekosistem EV yang lebih hijau, lebih pintar dan lebih berkembang maju yang merangkum pengeluaran bahan, pembuatan bateri, pembuatan semula dan kitar semula bagi mempercepat peralihan tenaga global," kata Tan Libin, Ketua Pegawai Komersial dan Naib Presiden Kanan perniagaan global CATL.

Visi Bersama untuk Mobiliti Mampan

Menerusi pelancaran Shenxing Pro, CATL memperkukuh komitmen jangka panjang terhadap masa depan mobiliti mampan Eropah. Dengan memanfaatkan kepakaran global – membekalkan kuasa kepada lebih 20 juta kenderaan elektrik merentas sejauh lebih 300 bilion kilometer – CATL memacu inovasi dalam aspek keselamatan, prestasi dan kemampanan. Dengan memperkukuh kehadirannya di Eropah, CATL menyasarkan untuk mewujudkan ekosistem yang sedia mendepani masa depan, bekerjasama dengan rakan kongsi automotif rantau ini bagi menyampaikan elektrifikasi yang selamat, andal dan juga mampan.


 


 


 

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Related Stocks:
HongKong:3750 Shenzhen:300750
Keywords: Auto Computer/Electronics Electrical Utilities Oil/Energy Transportation Utilities New products/services Trade show news