![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 8 September 2025 /PRNewswire/ -- Vantage dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Race to Win: Live Trading Contest 2025 (Pertandingan Lumba untuk Menang: Perdagangan Langsung 2025), iaitu satu pertandingan yang direka untuk memberi ganjaran kepada prestasi pedagang sepanjang tempoh pertandingan. Penyertaan pertandingan ini terhad kepada pelanggan di negara/wilayah yang layak. Berlangsung dari 15 September hingga 14 November 2025, pertandingan ini menyediakan hadiah bernilai lebih $1 Juta dalam pelbagai kategori serta ganjaran tambahan melalui "Secret Missions".
Pertandingan ini memperkenalkan sistem dua peringkat bagi memastikan persaingan yang adil dalam kalangan peserta:
Peserta-peserta boleh bersaing dalam dua kategori – Peratusan Keuntungan (%) dan Jumlah Keuntungan (USD) – dengan membuka "akaun pertandingan" baharu untuk setiap kategori seperti mana yang diperincikan dalam Terma dan Syarat rasmi. Ini dapat memastikan adanya pelbagai peluang untuk mendapat pengiktirafan dalam kategori-kategori.
Selain pertandingan utama, pedagang boleh mendapatkan hadiah tambahan melalui Secret Missions yang didaftarkan secara automatik untuk pelanggan yang layak:
Misi ini mengiktiraf prestasi dan meraikan ketekalan, kreativiti dan dedikasi sepanjang tempoh pertandingan. Para peserta yang layak boleh menerima ganjaran wang tunai, kredit dagangan, V-Points serta pengalaman eksklusif. Juara-juara terbaik dalam setiap peringkat boleh dianugerahkan hadiah enam angka, manakala ratusan yang lain boleh berkongsi ganjaran dalam setiap kategori, tertakluk kepada Terma dan Syarat Pertandingan serta kelayakan akaun.
"Race to Win merupakan lebih daripada satu pertandingan – ia merupakan suatu perayaan kemahiran perdagangan dan kebingkasan. Kami memberi bukan sahaja peluang kepada pedagang untuk memenangi ganjaran tetapi juga untuk menjadi sebahagian daripada komuniti global yang didorong oleh kecemerlangan," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets.
Pendaftaran dibuka mulai 1 September hingga 7 November 2025. Pedagang yang mendaftar awal (sebelum 14 September) mendapat kelebihan dari segi persediaan untuk menghadapi cabaran perdagangan yang paling tinggi. Untuk butiran lanjut mengenai promosi, kunjungi Vantage Markets.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.