omniture

Lucid Bergabung dengan Calon Anugerah Akademi Timothée Chalamet dan Pengarah James Mangold dalam Kisah Jenama Baharu yang Mengujakan

Lucid Group
2025-09-09 02:01 36

Kempen baharu Lucid Gravity, yang merupakan kempen pertama daripada kerjasama beberapa tahun dengan Chalamet sebagai duta jenama global, dilancarkan hari ini.

NEWARK, Calif., 9 September 2025 /PRNewswire/ -- Lucid Group, Inc. (NASDAQ: LCID) pembuat kenderaan elektrik paling canggih di dunia, memulakan kempen kreatif terbaharunya, "Driven," dengan kisah jenama baharu mendebarkan yang menampilkan pelakon pemenang anugerah Timothée Chalamet. Diarahkan oleh pengarah terkenal James Mangold daripada Minted Content, serta menampilkan pasukan aksi berbahaya daripada filem blockbuster Ford v Ferrari 2019 arahan Mangold, cerita ini mempamerkan kemampuan elektrik sepenuhnya Lucid Gravity yang tiada tandingan.

Lucid Gravity undergoes testing at a remote government facility in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”
Lucid Gravity undergoes testing at a remote government facility in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”

Kempen baharu untuk Lucid Gravity menandakan permulaan kerjasama jenama ini selama beberapa tahun dengan Chalamet, dan boleh dinikmati dalam format 30 saat, 60 saat, serta format arahan pengarah lanjutan selama dua minit. Sebagai duta global pertama jenama ini, Chalamet akan ditampilkan dalam kempen akan datang, kandungan kreatif, dan lain-lain lagi.

Cerita jenama ini mengikuti perjalanan Chalamet sebagai pengantin lelaki, dan pasangannya, lakonan Larsen Thompson, ketika mereka memulakan misi untuk "menjelajah dunia." Apabila motosikal mereka rosak di jalan berdebu di padang pasir, pasangan ini menyusup ke sebuah fasiliti kerajaan terpencil, menawan sebuah kereta super yang dirahsiakan, dan meneruskan perjalanan ke arah ufuk. Kempen ini menjadikan Lucid Gravity lebih daripada sekadar kenderaan, ia penemuan ajaib – sebuah kereta dengan gabungan ruang, kelajuan, dan jarak pemanduan yang tiada tandingan, sehingga satu-satunya penjelasan adalah ia bukan daripada dunia ini.

Format lanjutan arahan pengarah selamat dua minit menyatukan visi bersama antara Mangold dan Lucid, ketika keduanya meneroka potensi baharu dalam kerjasama tradisional untuk menghasilkan pengalaman visual yang menginspirasi dan meraikan inovasi. Melengkapkan bakat pemenang anugerah di depan dan belakang kamera, cerita Lucid menggabungkan kenderaan pelbagai fungsi yang tiada tandingan bersama aksi pemanduan lagak ngeri daripada Tanner Foust, seorang pemandu profesional terkenal. Cerita ini juga menampilkan susunan unik "Burning" oleh Yeah Yeah Yeahs.

"Kempen ini menandakan langkah yang mengujakan ke arah gaya penceritaan baharu untuk Lucid," kata Akerho "AK" Oghoghomeh, Naib Presiden Kanan Pemasaran di Lucid Motors. "Menyatukan Timothée dan James memberi kami peluang yang luar biasa untuk meneroka bagaimana kraf sinematik dapat menghidupkan Lucid Gravity. Visi James menggambarkan kepelbagaian fungsi, prestasi, dan pengendalian kenderaan ini dengan cara yang mengajak khalayak ramai untuk mengalami jenama ini secara berbeza; melalui cerita, bukan sekadar spesifikasi."

Lucid Gravity juga tampil menonjol dalam iklan ini, menampilkan sebuah SUV elektrik sepenuhnya yang menawarkan gabungan pelbagai fungsi, prestasi, reka bentuk, dan kemampuan menyeluruh yang tiada tandingan. Dengan kepelbagaian fungsi sebuah SUV tiga baris yang canggih, prestasi Lucid Gravity menyamai kereta sport, serta kapasiti yang membolehkannya membawa sehingga tujuh penumpang beserta bagasi mereka ke mana-mana sahaja. 1 Ini menjadikannya teman perjalanan ideal bagi mereka yang ingin menjelajah dunia..

Chalamet telah dicalonkan untuk dua Anugerah Akademi dan baru-baru ini memenangi Anugerah Screen Actors Guild Award pertamanya atas lakonannya sebagai Bob Dylan dalam filem A Complete Unknown 2024, arahan Mangold. Pada penghujung tahun ini beliau akan membintangi Marty Supreme, arahan Josh Safdie dan pada tahun depan beliau akan berlakon dalam Dune: Bahagian Ketiga, arahan Denis Villeneuve.

Maklumat Tentang Lucid Group
Lucid (NASDAQ: LCID) ialah sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Silicon Valley dan memberi tumpuan kepada penghasilan EV yang paling canggih di dunia. Lucid Air yang memenangi anugerah dan Lucid Gravity baharu menawarkan prestasi terbaik dalam kelasnya, reka bentuk sofistikated, ruang dalaman yang luas, serta kecekapan tenaga yang tiada tandingan. Lucid memasang kedua-dua kenderaan ini di kilangnya yang berteknologi terkini dan bersepadu secara menegak di Arizona. Melalui teknologi dan inovasi terkemuka dalam industrinya, Lucid sedang memajukan teknologi EV terkini demi manfaat semua. 

1Penarafan jarak pemanduan EPA untuk Lucid Gravity Grand Touring, apabila dilengkapi dengan roda 20"F/21"R serta dikonfigurasikan sebagai kenderaan tiga baris, tujuh tempat duduk, ialah 437 batu. Jarak pemanduan dan kuasa bateri boleh berbeza mengikut suhu, tabiat pemanduan, pengecasan, dan keadaan bateri, dan keputusan sebenar mungkin berbeza.

Untuk Hubungan Pelabur, Hubungi
investor@lucidmotors.com

Hubungan Media
media@lucidmotors.com

lucid@smallgirlspr.com

Tanda Dagangan
Komunikasi ini mengandungi tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama dagangan dan hak cipta Lucid Group, Inc. dan anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat lain, yang merupakan harta pemilik masing-masing.

Lucid Gravity awakens as it is discovered at a remote government facility in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”
Lucid Gravity awakens as it is discovered at a remote government facility in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”

 

The Groom and his bride, portrayed by Timothée Chalamet and Larsen Thompson, respectively, hijack a Lucid Gravity, and rides on towards the horizon in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”
The Groom and his bride, portrayed by Timothée Chalamet and Larsen Thompson, respectively, hijack a Lucid Gravity, and rides on towards the horizon in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”

 

The Groom and his bride, portrayed by Timothée Chalamet and Larsen Thompson, respectively, stumble upon a Lucid Gravity at a remote government facility in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”
The Groom and his bride, portrayed by Timothée Chalamet and Larsen Thompson, respectively, stumble upon a Lucid Gravity at a remote government facility in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”

 

The Groom, portrayed by Timothée Chalamet, attempts to fix his motorcycle in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”
The Groom, portrayed by Timothée Chalamet, attempts to fix his motorcycle in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”

 

The Groom, portrayed by Timothée Chalamet, sits inside the cockpit of Lucid Gravity in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”
The Groom, portrayed by Timothée Chalamet, sits inside the cockpit of Lucid Gravity in Lucid’s latest creative campaign, “Driven.”

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2763897/Driven_Gravity.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2763898/Driven_Gravity_Lightbar.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2763899/Driven_Gravity_Chase.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2763900/Driven_Film_Stil.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2764042/Driven_Film_Fixing.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2764253/Driven_Film_Still_Cockpit.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1080273/5488522/LucidMotors_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Lucid Group
Related Stocks:
NASDAQ:LCID
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services