omniture

AI untuk Hari Ini, Bukan Esok: SixSense dan Raytek Percepat Pembuatan Pintar di Taiwan

SixSense Pte Ltd
2025-09-09 16:00 10

SINGAPURA, 9 September 2025 /PRNewswire/ -- SixSense, perintis yang beribu pejabat di Singapura bagi Klasifikasi Kecacatan Automatik (AI-ADC) dikuasakan AI, mengumumkan pada hari ini bahawa ia telahpun dipilih oleh Raytek, salah sebuah syarikat pembungkusan termaju dan terkemuka di Taiwan bagi memasang atur platform AI yang sedia dilaksanakan. Kolaborasi ini menyaksikan satu lagi langkah penting dalam membawakan pembuatan pintar generasi akan datang kepada nadi industri semikonduktor global.

"SixSense mengatasi calon-calon lain dan menunjukkan dengan jelas kekuatan penyelesaian AI. Melalui jalinan kerjasama dengan SixSense, Raytek mempercepat visi pembuatan pintar kami dan memastikan kami kekal di hadapan dalam pasaran yang sangat kompetitif," kata Johnson Tai, Presiden Raytek.

Platform AI tanpa kod, hujung-ke-hujung daripada SixSense membolehkan kilang pembuatan semikonduktor (fab) dan OSAT melangkaui standard pengesanan kecacatan lazim. Ia memperkasakan pengilang untuk:

  • Mengurangkan tenaga manusia
  • Mengklasifikasikan dan menganalisis kecacatan secara pantas dengan ketepatan yang utama dalam industri
  • Membuat keputusan pelupusan wafer dan pembungkusan yang lebih cepat
  • Memendekkan tempoh penyiasatan punca utama dan mencapai gandaan hasil

"Kejayaan ini menonjolkan kepimpinan berani Raytek dan komitmen bersama kami untuk menerobos sempadan pembuatan semikonduktor di Taiwan," kata Akanksha Jagwani, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama SixSense. "Perkongsian kami menunjukkan apa yang boleh dicapai apabila fab dan penginovasi AI saling bekerjasama: penyelesaian AI sedia dipasang atur yang memberikan impak segera, tanpa menunggu pembangunan dalaman selama bertahun-tahun."

Ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Akanksha Jagwani (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Avni Agrawal (Ketua Pegawai Teknologi), SixSense bekerjasama dengan faundri terkemuka dan OSAT di peringkat global, memberikan peningkatan yang boleh diukur dari segi hasil, produktiviti dan daya saing. Dengan Raytek sebagai pelanggan, SixSense memperdalam keterlibatannya di Taiwan — pusat semikonduktor global — seterusnya memperkukuh visinya untuk mengupayakan pembuatan pintar tanpa penglibatan manusia dalam seluruh industri ini.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi sixsense.ai

P.S. SixSense akan mengambil bahagian dalam acara Semicon Taiwan 2025 (10-12 September), nombor reruai I3216, Dewan 1, Tingkat 1. Ketua Pegawai Eksekutif Akanksha Jagwani juga akan menyampaikan ucapan yang bertajuk "Mengapa Fab dan OSAT 2030 Akan Mengutamakan AI (Why the Fabs and OSATs of 2030 Will Be AI-First)" di TechXPOT Stage 3F, TaiNEX2 (Reruai: X0047) mulai jam 1:00 PM hingga 1:20 PM pada 10 September.

Source: SixSense Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Licensing/marketing agreements Artificial Intelligence