omniture

ADGM kini merupakan Pusat Kewangan Antarabangsa terbesar di rantau MENA dengan 11,128 Lesen Aktif pada akhir separuh pertama 2025

ADGM
2025-09-09 19:28 48

ABU DHABI, UAE, 9 September 2025 /PRNewswire/ -- ADGM, pusat kewangan antarabangsa (IFC) Abu Dhabi, mengukuhkan kedudukannya sebagai hab kewangan terbesar dan paling pesat berkembang di rantau ini sepanjang separuh pertama 2025, dengan lebih 11,000 lesen aktif dan peningkatan 42% dalam aset di bawah pengurusan.

ADGM turut muncul sebagai IFC terbesar di rantau ini berdasarkan permodalan pasaran entiti berdaftarnya yang disenaraikan di bursa saham, menekankan usaha pusat kewangan itu dalam mengukuhkan sumbangan sektor kewangan kepada ekonomi bukan minyak Abu Dhabi, yang meningkat kepada 9.1% pada suku pertama 2025.

Separuh pertama 2025 juga ditandai dengan perjanjian dan kerjasama transformatif antara beberapa institusi paling berpengaruh di Abu Dhabi dan entiti berpusat di ADGM, menonjolkan peranan pusat kewangan ini dalam memudahkan perniagaan global untuk melabur serta membina kerjasama strategik di peringkat tempatan dan serantau.

Bercakap tentanf prestasi kukuh pusat kewangan ini yang berterusan, Y.B. Ahmed Jasim Al Zaabi, Pengerusi ADGM, berkata, "Menjelang hampir sedekad operasi, komitmen berterusan ADGM terhadap kecemerlangan terserlah bukan sahaja melalui angka pertumbuhannya, tetapi juga melalui keyakinan global yang meningkat terhadap peranan Abu Dhabi sebagai kuasa kewangan dan "Capital of Capital". Rekod tertinggi hanya boleh dicapai melalui kedalaman kerjasama strategik global, serantau dan tempatan kami serta kejelasan visi kami."

Jumlah keseluruhan entiti beroperasi di ADGM, yang merangkumi firma kewangan dan bukan kewangan, meningkat kepada 2,972 sepanjang separuh pertama 2025, mencatat pertumbuhan 42% dari tahun ke tahun. Ini termasuk 308 firma kewangan dan 2,664 firma bukan kewangan.

ADGM mendaftarkan 1,869 lesen baharu, jumlah tertinggi yang pernah dikeluarkan dalam tempoh enam bulan sejak penubuhan ADGM. Ini mencerminkan pertumbuhan 47% bagi lesen baharu berbanding tahun sebelumnya dan menjadikan jumlah lesen aktif di ADGM sebanyak 11,128.

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Perkhidmatan Kewangan mengeluarkan sebanyak 52 Kelulusan Prinsip (IPA) untuk firma perkhidmatan kewangan, meningkat 27% berbanding tahun sebelumnya, manakala 45 Kebenaran Perkhidmatan Kewangan (FSP) baharu turut diberikan, mencatat peningkatan 45%.

Kehadiran global dan serantau yang kukuh oleh firma-firma terkemuka termasuk Kimmeridge, Fortress, Circle, Oryx Global Partners, GMB Limited, Partners Group, Carta, Bitcoin Suisse, Tradition, Bitgrit, Harrison Street, Stacks Asia DLT Foundation, Hidden Roads, Polen Capital, Arcapita, Seviora, Aquila Group, Skadden, PATRIZIA, NewVest, Investindustrial dan Digital Climate Middle East (DCME).

Menjelang akhir Jun 2025, bilangan pengurus dana dan aset berdaftar yang berpusat di ADGM mencapai 154, manakala jumlah dana meningkat kepada 209.

Fortress Investment Group membuka pejabat di ADGM dan menjalin kerjasama pelaburan bersama global bernilai USD 1 bilion dalam kredit dan hartanah bersama Mubadala.

Pengurus aset berpangkalan di AS, Kimmeridge, merasmikan pejabatnya di ADGM dan menandatangani MoU dengan Mubadala Energy untuk membangunkan bersama projek gas asli dan LNG, mewujudkan koridor tenaga transatlantik melalui ADGM.

IHC, BlackRock dan Lunate yang berpusat di ADGM melancarkan platform semula insurans berasaskan AI bernilai lebih USD 1 bilion daripada ADGM. Dengan aspirasi untuk mengurus lebih USD 10 bilion dalam liabiliti, usaha ini meletakkan ADGM sebagai pusat bagi penyelesaian kewangan global berasaskan AI.

Mubadala dan Alpha Dhabi mengembangkan usaha sama kredit swasta berpusat di ADGM kepada USD 2.5 bilion.

ADGM kini merupakan pusat kewangan antarabangsa terbesar di rantau ini berdasarkan permodalan pasaran entiti berdaftarnya. Jumlah nilai firma berpusat di ADGM yang disenaraikan di Bursa Saham Abu Dhabi (ADX) telah melepasi AED 500 bilion menjelang akhir separuh pertama 2025.

Wakil ADGM mengambil bahagian dalam persidangan CityWeek 2025 di London, mereka berinteraksi dengan pemimpin kewangan global mengenai kerjasama pengawalseliaan, kewangan lestari, inisiatif berterusan dalam AI, serta inovasi pasaran modal.

Selain itu, ADGM turut menyertai delegasi Abu Dhabi dalam siri jelajah promosi ke China dan Jepun untuk mengetengahkan kelebihan menubuhkan perniagaan di Abu Dhabi serta berinteraksi dengan institusi terkemuka dalam perbankan swasta, pengurusan kekayaan dan pejabat keluarga.

Peningkatan bilangan permit kerja yang dikeluarkan oleh ADGM menjadikan tenaga kerjanya di Pulau Al Maryah dan Pulau Al Reem berjumlah 35,964 profesional menjelang akhir separuh pertama 2025.

Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan menandatangani empat MoU baharu dengan rakan pengawalseliaan di Azerbaijan, Bhutan, Hong Kong dan Sweden, serta mengeluarkan panduan baharu mengenai pematuhan sekatan, pencegahan jenayah siber, dan keselamatan siber. Selain itu, penambahbaikan perundangan utama diperkenalkan pada separuh pertama 2025 untuk menyelaraskan rangka kerja ADGM dengan amalan terbaik antarabangsa dalam risiko siber, Prinsip Teras Basel, dan pelaporan rejim dana.

Pihak Berkuasa Pendaftaran (RA) ADGM memperkenalkan beberapa penambahbaikan utama, termasuk pelancaran AccessRP, alat digital yang direka untuk mempermudah pengesahan kepentingan hartanah, serta pengenalan Peraturan Permit Komersial, yang menawarkan fleksibiliti operasi lebih besar bagi perniagaan bukan kewangan. Sejajar dengan agenda kemudahan menjalankan perniagaan ADGM, RA turut melancarkan Peraturan Yuran yang dikemas kini dan dikurangkan, sekali gus mempermudah serta menurunkan kos untuk memasuki pasaran.

RA menandatangani MoU strategik dengan Pusat Kewangan Antarabangsa Astana (AIFC) untuk mempromosikan kerjasama dan pengiktirafan bersama Platform Digital Beroperasi (ODP).

Aktiviti penyeliaan meningkat dengan ketara, dengan RA menjalankan 223% lebih banyak penilaian penyeliaan berbanding separuh pertama 2024, menekankan komitmennya untuk mengekalkan standard tadbir urus yang tinggi.

Persatuan Bar Antarabangsa (IBA) mengumumkan bahawa Mahkamah ADGM akan menjadi tuan rumah Hari Timbang Tara utama IBA di Abu Dhabi pada Januari 2026, memilih ADGM sebagai lokasi untuk menghimpunkan pakar terkenal dalam bidang timbang tara, undang-undang, dan industri berkaitan dari seluruh dunia.  

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2550581/5010772/ADGM_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: ADGM
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Accounting news, issues Financial Technology