Memperingati Sedekad Kerjasama dengan SICW Di Tengah-tengah Masa Depan Digital yang Pesat Berubah dan Berkembang
SINGAPURA, 9 September 2025 /PRNewswire/ -- Persidangan dan Pameran GovWare 2025, acara keselamatan siber terulung di Asia, akan kembali dari 21 hingga 23 Oktober 2025 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands Singapura, menghimpunkan lebih 13,000 penggubal dasar, pemimpin siber dan korporat, penggiat dan akademia di seluruh dunia untuk meneroka cara keselamatan siber perlu berkembang sebagai tindak balas kepada inovasi hebat, kelemahan dan kerentanan yang muncul, dan perubahan sempadan digital. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 perkongsian GovWare dengan Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW), anjuran Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA), menegaskan lagi peranannya sebagai platform penting untuk kerjasama keselamatan siber global, dialog dan inovasi.
Tatkala pendigitalan pantas dan kemajuan teknologi membentuk semula sistem global, tahun 2025 mengetengahkan detik kritikal bagi ekosistem keselamatan siber. Walaupun inovasi seperti AI membuka kemungkinan baharu, ia juga menimbulkan ancaman merentas setiap lapisan perusahaan dan masyarakat. Organisasi dan perniagaan hari ini berdepan dengan lonjakan risiko siber, termasuk penyalahgunaan AI generatif, kerentanan dalam infrastruktur penting, taktik maklumat palsu yang canggih, serangan rantaian bekalan dan manipulasi masa nyata data dan perkhidmatan. Ancaman ini diburukkan lagi dengan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, yang sudah semakin melarat ke alam siber. Insiden baru-baru ini, seperti kempen berkaitan negara UNC3886 telah mendedahkan bagaimana pelaku yang gigih dan mempunyai sumber yang baik menyasarkan kedua-dua sistem awam dan swasta dengan ketepatan yang semakin meningkat, menekankan keperluan mendesak untuk respons terlaras merentas sektor di seluruh rantau ini.
Dalam landskap ini, keselamatan siber telah berkembang daripada kebimbangan teknikal kepada keutamaan lembaga pengarah. Risiko kini melangkaui IT untuk merangkumi pendedahan peraturan, kemusnahan reputasi, gangguan operasi dan penghakisan kepercayaan awam. Keselamatan siber mesti dianggap sebagai kepentingan strategik yang menuntut kepimpinan eksekutif, pandangan jauh tadbir urus dan pelaburan yang berterusan. Apabila landskap digital menjadi lebih kompleks, kolaborasi, ketelusan dan kerjasama merentas sektor adalah penting untuk membina daya tahan jangka panjang.
GovWare 2025 akan menghimpunkan pemimpin global dan serantau untuk mengemudi anjakan ini, menumpukan pada cara organisasi boleh beralih daripada pematuhan reaktif kepada daya tahan proaktif. Acara ini terus berfungsi sebagai pemangkin untuk dialog dunia sebenar, penjajaran dasar dan inovasi di pertembungan antara teknologi, tadbir urus dan kepimpinan.
Tema tahun ini, "Cyberspace: Of Starbursts, Black Hole, and Last Frontiers," (Ruang Siber: Antara Ledakan, Lubang Hitam dan Sempadan Terakhir) mendapat inspirasi daripada angkasa lepas untuk mencerminkan skala, kelajuan dan ketidaktentuan perbatasan digital hari ini:
"GovWare 2025 menandakan satu kejayaan penting, dengan perkongsian sepuluh tahun bersama SICW, dan lebih tiga dekad menghimpunkan pemimpin keselamatan siber dari seluruh sektor dan geografi," kata Encik Ian Monteiro, Pengarah Eksekutif Image Engine dan penganjur GovWare. "Tahun ini, kami menyasarkan untuk memperdalam dialog dan mempertajam tumpuan pada amanah, akauntabiliti dan pandangan jauh strategik. Dalam iklim berkepentingan tinggi hari ini, GovWare ialah tempat yang mentakrif semula perbualan kritikal mengenai kepimpinan keselamatan siber, peraturan dan tadbir urus AI."
Disokong dengan bangganya oleh CSA, GovWare 2025 mewakili komponen perusahaan SICW.
Encik Yock Hau Dan, Penolong Ketua Eksekutif (Ketahanan Siber Kebangsaan) CSA berkata, "Landskap ancaman siber yang semakin berkembang yang diburukkan lagi oleh AI dan ketegangan geopolitik memerlukan kerjasama antarabangsa yang lebih kukuh dan kerjasama awam-swasta yang lebih mendalam untuk menangani cabaran dengan lebih berkesan. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 SICW, dan kami berbesar hati untuk meneruskan perkongsian dengan GovWare. Kami bergandingan dalam menawarkan platform inklusif untuk membawakan mereka yang berfikiran sealiran ke Singapura untuk menyumbang kepada usaha demi menjamin ruang siber kita."
Sebagai Rakan Kongsi Acara yang telah sekian lama bersama, kerjasama Image Engine dengan CSA mencerminkan komitmen berterusan Singapura terhadap daya tahan siber serantau melalui perkongsian awam-swasta yang kukuh dan penglibatan teknikal yang berterusan.
Pendaftaran untuk GovWare 2025 kini dibuka. Untuk maklumat terkini dan untuk menjamin tempat anda, lawati www.govware.sg.
+++
Latar Belakang Persidangan dan Pameran GovWare
Neksus yang dipercayai selama lebih tiga dekad, GovWare menyatukan penggubal dasar, penginovasi teknologi dan pengguna akhir di seluruh Asia dan rantau yang lebih luas lagi, memacu dialog yang penting tentang trend terkini dan aliran maklumat kritikal. Kami memperkasakan pertumbuhan dan inovasi melalui pandangan mendalam, perkongsian dan hubungan kolektif. Kejayaan kami berakar umbi dengan kepercayaan dan sokongan daripada komuniti keselamatan siber yang kami berikan perkhidmatan selama ini, serta rakan kongsi organisasi kami yang berkongsi nilai dan misi yang sama untuk memperkaya ekosistem keselamatan siber.