Penyelesaian TXOne Edge yang diperluas untuk perlindungan hujung-ke-hujung proses industri dan infrastruktur kritikal
bagi membolehkan organisasi-organisasi mengoptimumkan belanjawan yang terhad untuk keselamatan OT
TAIPEI, 10 September 2025 /PRNewswire/ -- TXOne Networks, peneraju bagi keselamatan Sistem Fizikal-Siber (CPS), memperkenalkan pada hari ini pengurusan kerentanan aset dan keupayaan lain yang diperluas untuk penyelesaian keselamatan rangkaian Edge. Keluaran baharu TXOne Edge ini mencipta penyelesaian hujung-ke-hujung bagi membantu menjamin keandalan, keselamatan serta kebolehsediaan proses industri dan infrastruktur, seterusnya mengupayakan organisasi-organisasi untuk memaksimumkan pulangan pelaburan mereka dalam keselamatan teknologi operasi (OT).
TXOne Networks akan mempamerkan penyelesaian keselamatan rangkaian Edge di Reruai Q5730 bertempat di SEMICON Taiwan 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 10-12 September di Taipei.
"Apabila kami menubuhkan TXOne, setiap produk direka untuk melindungi kitaran hayat penuh peralatan yang kritikal," kata Dr. Terence Liu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TXOne Networks. "Setelah mendapat pengesahan lapangan yang berskala besar selama lima tahun, kini TXOne Edge meraih satu pencapaian yang utama—menjangkau pencapaian terdahulu melibatkan pengenalpastian risiko dan menuju ke hadapan bagi pengesanan ancaman dan tindak balas demi menjadi penyelesaian sehenti yang sejati untuk keselamatan rangkaian OT perusahaan."
TXOne Edge ialah penyelesaian keselamatan natif-OT yang dibina khas untuk menyatukan kebolehlihatan, perlindungan, pengesanan dan tindak balas—memperkasakan organisasi-organisasi untuk mencapai kebingkasan operasi dalam tempoh jangka panjang. Perusahaan-perusahaan memperoleh perlindungan kitaran hayat kerentanan hujung-ke-hujung, memandangkan penyelesaian TXOne Networks menyampaikan ciri-cri yang utama dalam industri yang menggabungkan pencegahan proaktif dengan pengesanan pintar bagi melindungi operasi industri pada setiap peringkat:
Dengan seni bina menyatukan dan semua-dalam-satu daripada TXOne Networks, organisasi-organisasi dapat mengurangkan jumlah kos pemilikan dan mempermudah pasang atur, berbanding dengan membeli dan menyelenggara berbilang alatan tidak bersambung. Set peralatan keselamatan, tembok api dan konsol pengurusan bersepadu TXOne Edge terbukti dapat meningkatkan kebingkasan rangkaian dan kebolehsesuaian merentas pelbagai sektor industri. Ia direka khusus untuk hal yang rumit daripada rangkaian OT apabila penyelesaian keselamatan siber teknologi maklumat (IT) lazim tidak mencapai jangkaan. TXOne Edge memperkasakan organisasi-organisasi untuk melengkapkan seluruh perjalanan keselamatan OT mereka dalam satu langkah, dengan penyelesaian perangkaian natif-OT bersatu yang dibina bagi mencapai kebingkasan dan pertumbuhan.
Untuk maklumat lanjut mengenai TXOne Edge, sila kunjungi https://www.txone.com/products/network-defense/.
Ikuti TXOne Networks di Blog, Twitter dan LinkedIn.
Latar Belakang TXOne Networks
TXOne Networks menawarkan penyelesaian keselamatan siber yang memastikan keandalan dan keselamatan sistem kawalan industri serta persekitaran teknologi operasi. TXOne Networks bekerjasama dengan pengeluar yang terkemuka dan juga pengendali infrastruktur kritikal untuk membangunkan pendekatan praktikal yang mesra operasi terhadap pertahanan siber. TXOne Networks menawarkan kedua-dua produk berasaskan rangkaian dan berasaskan titik akhir demi menjamin rangkaian OT dan peranti misi kritikal menggunakan pendekatan pertahanan secara mendalam pada masa nyata. www.txone.com