BARCELONA, Sepanyol, 10 September 2025 /PRNewswire/ -- Midea, jenama peralatan rumah pintar No.1 di dunia telahpun menandatangani perjanjian lima musim bersejarah yang dilaporkan bernilai €60 juta bagi menjadi Rakan Kongsi Utama FC Barcelona bermula daripada musim 2026/2027. Kolaborasi ini menyaksikan langkah yang penting dalam strategi pengembangan global Midea yang berterusan, bagi membawakan inovasi dan teknologinya lebih dekat dengan peminat di serata dunia.

Midea has signed a historic five-season agreement, valued at €60 million, to become a Main Partner of FC Barcelona
Midea dan FC Barcelona berkongsi penyekutuan yang kukuh dari segi nilai-nilai teras mereka. Kedua-dua organisasi didorong oleh komitmen terhadap inovasi dan kecemerlangan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Midea semakin meluaskan kehadiran globalnya. Dalam separuh pertama tahun 2025, hasil luar negaranya mencecah RMB 107.2 bilion, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 17.7%. Perniagaan penyamanan udara Midea muncul sebagai peneraju pasaran di negara-negara termasuk Thailand dan Indonesia, disokong oleh rangkaian pengeluaran dan pengedaran yang mantap. Sebagai jenama AC penyongsang kediaman No. 1 di dunia dengan kepakaran selama 27 tahun, Midea membina kumpulan pengguna yang luas di seluruh ASEAN.
Midea tekal melabur dalam pembinaan jenama global dan serantaunya, bukan sahaja melalui perkongsian dengan pelbagai kelab dan acara sukan, tetapi juga dengan berkembang secara aktif ke dalam lebih banyak aktiviti penjenamaan bersama dan juga aktiviti usaha diri. Sebagai penaja rasmi AFC, Midea mengukuhkan hubungan bersama pengguna tempatan dengan mengintegrasikan inisiatif sukan dan gaya hidup, seterusnya mewujudkan resonans jenama yang berkekalan di seluruh ASEAN. Selain bola sepak, Midea aktif meneroka kolaborasi rentas industri. Di Indonesia, Midea bekerjasama dengan Haidilao dalam kempen tempatan, menarik pengguna dengan pengalaman interaktif yang memberangsangkan. Sementara itu, Flash Installation Tournament (MCFIT) Midea, juga yang terbesar di ASEAN, menjadi semakin hangat di seluruh rantau ini yang memperlihatkan inovasi dan sokongan Midea kepada golongan profesional tempatan. Gabungan antara penajaan sukan, perkongsian jenama rentas industri dan acara setempat ini menunjukkan kepimpinan Midea dalam bidang sukan, gaya hidup dan pemasaran setempat di seluruh ASEAN, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai jenama AC penyongsang kediaman No.1 di seluruh dunia.
Bagi melengkapkan inisiatif pengguna ini, Midea membina keupayaan pembuatan yang mantap di Asia Tenggara, dengan kemudahan pengeluaran yang utama di Thailand dan Indonesia. Dengan mengikuti model "pembuatan tempatan, jangkauan global", kilang-kilang ini menggabungkan kecekapan operasi dengan perkhidmatan tersuai bagi memenuhi pelbagai keperluan serantau. Selain pembuatan, Midea turut melabur dalam bakat tempatan, latihan dan program kemasyarakatan, menerapkan kepakaran global ke dalam pembangunan rantau serta memperkukuh komitmen jangka panjangnya kepada pasaran ASEAN.
Memandang ke hadapan, kolaborasi bersama FC Barcelona ini menyaksikan pencapaian yang penting dalam pertumbuhan antarabangsa Midea. Dengan mengintegrasikan teknologi, kreativiti dan keghairahan, Midea terus membawakan pengalaman yang bermakna kepada pengguna sekali gus memajukan visi berpandangan jauh dalam bidang sukan dan juga perniagaan antarabangsa.
Ikuti Midea