K2 Think menjanjikan prestasi yang setanding dengan model penaakulan paling canggih, dengan saiz yang jauh lebih kecil
ABU DHABI, UAE, 10 September 2025 /PRNewswire/ -- Institut Model Asas di Buatan Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI) dan G42 hari ini mengumumkan pelancaran K2 Think, sebuah sistem sumber terbuka terkemuka untuk penaakulan AI terkini.
K2 Think merangkumi pendekatan baharu untuk membina AI yang lebih pintar dan lebih cekap. Dengan hanya 32 bilion parameter, ia mengatasi model penaakulan utama yang 20X lebih besar. Pencapaian dalam kecekapan parameter ini menjadikan K2 Think satu alternatif yang ampuh untuk penaakulan canggih, seterusnya mentakrifkan semula segala kemungkinan melalui seni bina yang padat.
Dibangunkan berlandaskan enam tonggak inovasi, K2 Think mewakili model penaakulan kelas baharu. Ia menggunakan penalaan halus terselia berasaskan rantaian pemikiran panjang untuk mengukuhkan kedalaman penaakulan, kemudian diikuti pembelajaran pengukuhan dengan ganjaran yang boleh disahkan untuk meningkatkan ketepatan dalam menangani masalah yang sukar. Perancangan agentik membolehkan model menghuraikan cabaran yang kompleks sebelum melakukan penaakulan terhadapnya, manakala teknik penskalaan fasa inferens pula meningkatkan lagi keupayaan kebolehsuaian. Selain itu, K2 Think akan tersedia di platform pengkomputeran inferens yang dioptimumkan berskala wafer milik Cerebras, membolehkan penyelidik dan inovator di seluruh dunia meneroka had prestasi penaakulan pada kelajuan sepantas kilat. Dengan penyahkodan spekulatif yang dioptimumkan untuk perkakasan Cerebras, K2 Think akan mencapai kadar pemprosesan yang belum pernah dicapai iaitu 2000 token sesaat, menjadikannya salah satu sistem penaakulan terpantas dan paling cekap yang wujud.
K2 Think tersenarai antara sistem penaakulan terkemuka dalam industri, mendahului semua model sumber terbuka daripada segi prestasi matematik merentasi AIME '24/'25, HMMT '25, dan OMNI-Math-HARD
Lebih daripada pencapaian teknikal, K2 Think adalah saat yang menentukan bagi AI di UAE. Ia mencerminkan bagaimana inovasi terbuka dan kerjasama erat awam–swasta dapat mempersiapkan Abu Dhabi untuk menjadi peneraju global dalam AI, seterusnya menunjukkan bahawa masa depan penaakulan akan dibentuk bukan sahaja oleh saiz, tetapi juga oleh daya cipta dan kerjasama
Yang Mulia Khaldoon Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MBZUAI merangkap Ahli Majlis Kecerdasan Buatan dan Teknologi Maju (AIATC), berkata: "Penanda aras global baharu yang ditetapkan oleh K2 Think menekankan kecemerlangan perintis inisiatif Institut Model Asas MBZUAI, satu laluan yang dipercepatkan untuk kerjasama global dan penyelidikan berteknologi tinggi Ia juga merupakan contoh komitmen UAE untuk membina sistem canggih yang dibangunkan oleh institusi kami dan dikongsi dengan dunia - yang akhirnya berkembang maju daripada segi teknikal, praktikal, dan inovasi boleh skala dengan impak global yang transformatif."
Peng Xiao, Ahli Lembaga Pengarah MBZUAI, Ahli Majlis AI dan Majlis Teknologi Maju Abu Dhabi, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan G42, menambah: "K2 Think telah mengubah paradigma pemikiran AI daripada 'lebih besar lebih baik' kepada 'lebih bijak lebih baik'. MBZUAI, dengan sokongan ekosistem UAE, sedang meneroka segala kemungkinan berasaskan AI melalui teknologi yang terbuka, cekap dan berkeupayaan tinggi." Dengan membuktikan bahawa model yang lebih kecil dan lebih pintar mampu menyaingi sistem penaakulan terbesar, pencapaian ini menandakan permulaan gelombang seterusnya dalam inovasi AI.
Tidak seperti kebanyakan model AI 'terbuka' yang hanya setakat menerbitkan wajaran parameter, K2 Think bersumber terbuka sepenuhnya — daripada data latihan dan berat parameter hingga kod perisian untuk pelaksanaan serta pengoptimuman fasa inferens. Tahap ketelusan baharu ini memastikan setiap langkah bagaimana model belajar untuk membuat penaakulan dapat dikaji, diulang, dan dikembangkan oleh komuniti penyelidikan global.
Profesor Eric Xing, Presiden MBZUAI dan Profesor Universiti, berkata: "K2 Think, yang dibangunkan oleh Institut Model Asas MBZUAI, merupakan kemajuan yang penting bagi komuniti penyelidikan AIdan pembangunan AI global. Dengan pencapaian kemajuan ini dalam rangka kerja yang telus sepenuhnya, kami sedang membuka era baharu AI yang menjimatkan kos, boleh diulang serta berakauntabiliti. Bagi sebuah institusi yang baru berusia lima tahun, kami amat berbangga dengan usaha para penyelidik, jurutera dan pasukan global kami yang memajukan sains dan teknologi dengan daya cipta serta semangat perintis."
K2 Think dibangunkan berasaskan rangkaian model sumber terbuka yang semakin berkembang dan dibangunkan oleh UAE, termasuk Jais (LLM Arab paling maju di dunia), NANDA (Hindi), dan SHERKALA (Kazakh), serta meneruskan legasi perintis K2-65B, model asas sumber terbuka pertama di dunia yang boleh diulang sepenuhnya, yang diterbitkan pada 2024.
K2 Think boleh didapati hari ini di https://www.k2think.ai/ dan di Hugging Face.
Maklumat tentang Universiti Kecerdasan Buatan Mohamed bin Zayed (MBZUAI)
MBZUAI ialah sebuah universiti yang memberi tumpuan kepada penyelidikan di Abu Dhabi, dan merupakan universiti pertama yang sepenuhnya didedikasikan untuk kemajuan sains melalui AI. Universiti ini memperkasakan generasi akan datang pemimpin AI dengan memacu inovasi dan aplikasi AI yang berimpak tinggi melalui pendidikan bertaraf dunia dan penyelidikan antara disiplin. Pada tahun 2025, MBZUAI melancarkan program sarjana pertama universiti tersebut, Ijazah Sarjana Muda Sains dalam AI, dengan dua aliran yang berbeza: Perniagaan dan Kejuruteraan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mbzuai.ac.ae.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2768900/MBZUAI_G42_K2THINK.jpg?p=medium600