BANGKOK, 11 September 2025 /PRNewswire/ -- SynbioTech Inc. yang diberi kedudukan antara 20 pembekal probiotik yang terkemuka di dunia merupakan peneraju bagi probiotik fungsian untuk kesihatan otot dan sendi, sukan, kesejahteraan wanita dan sokongan imun. Probiotik andalannya yang dipatenkan, Lactiplantibacillus plantarum TWK10®, memperoleh pelbagai anugerah di Eropah, AS dan Jepun, dengan ujian klinikal menunjukkan peningkatan jisim otot dan pengurangan lemak tubuh. Pada tahun 2024, TWK10® diluluskan oleh kerajaan Thailand sebagai strain boleh makan yang seterusnya menjadikannya tumpuan utama di pasaran Thailand. SynbioTech akan mempamerkan probiotik ini dan juga probiotik andalan lain di Vitafoods Asia 2025 di Bangkok (17-19 September, Reruai B27) bagi menonjolkan manfaat kesihatan jitu yang berbilang fungsi.
Yang, Chuan-Hsien, Pengurus Besar SynbioTech Inc., mengetengahkan anugerah-anugerah berprestij TWK10® termasuk hadiah utama Vitafoods Europe Innovation Awards 2025 bagi 'Pemakanan Sukan dan Kehidupan Sihat', pensijilan US GRAS (Umumnya Diiktiraf Selamat) dan Pingat Emas di Ekspo Reka Cipta Tokyo 2025. Sean menyebut bahawa, "Dengan memperlihatkan kepimpinan saintifik dan keserbabolehan aplikasi kami di Vitafoods Asia di Bangkok, kami berharap dapat mencipta secara bersama gelombang inovasi yang seterusnya dalam pemakanan sukan, penuaan yang sihat serta kesegaran harian."
Menurut Mordor Intelligence, saiz pasaran makanan tambahan Probiotik ASEAN dijangka mencecah USD198.05 bilion menjelang tahun 2030 pada CAGR 11.43% (2025-2030). "Kesedaran terhadap penuaan yang sihat menghasilkan pertumbuhan pesat bagi makanan tambahan Probiotik ASEAN. SynbioTech yang disokong oleh pengalaman komprehensif selama 25 tahun, menunjukkan jejak globalnya yang mantap, keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan pembuatan kontrak bersepadu (CDMO;Organisasi Pembangunan dan Pembuatan Kontrak). Kami akan memberi tumpuan yang aktif terhadap pengembangan di pasaran Asia Tenggara, terutamanya di Thailand," tegas Pengurus Besar Sean Yang.
Pada tahun 2024, TWK10® diluluskan secara rasmi dalam senarai strain mikrob boleh makan Thailand yang menyaksikan pencapaian yang amat penting dalam strategi ASEAN oleh SynbioTech dan membuka peluang baharu bersama rakan kongsi tempatan. Disahkan oleh lapan ujian klinikal, TWK10® terbukti meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan daya ketahanan serta menambah baik pergerakan orang dewasa yang lebih berusia.
SynbioTech diberi kuasa untuk menghasilkan produk-produk kesihatan jitu dengan pusat R&D termaju dan kemudahan pembuatan berstandard tinggi. Apa yang penting, teknologi penapaian SYNTEK® yang dipatenkan dan format produk serba guna mengupayakan platform CDMO sehenti yang menawarkan pembangunan strain, pengesahan klinikal, formulasi tersuai dan penyelesaian pembungkusan pintar. Pendekatan berteknologi tinggi yang eksklusif ini menyokong SynbioTech untuk mencapai pertumbuhan di pasaran-pasaran antarabangsa yang kian berkembang pesat.
Memandang ke hadapan, SynbioTech yang beribu pejabat di Taiwan komited untuk memajukan portfolio aplikasi yang lebih luas dan membawa probiotik serta pascabiotik ke dalam penyelesaian kesejahteraan harian.
(https://www.synbiotech.com/EN/)