LAS VEGAS, 11 September 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di RE+ 2025 yang diadakan mulai 8 hingga 11 September, Desay Battery, penyedia bertaraf global bagi penyelesaian storan tenaga yang komprehensif memperkenalkan portfolio inovasi lengkap dan dalam masa yang sama mengumumkan satu kolaborasi strategik bersama Shenzhen Hello Tech Energy dalam bidang pembangunan tenaga.
Menjadi tumpuan di pameran ini ialah teknologi sel dan sistem keselamatan-aktif proprietari daripada Desay Battery yang direka untuk menangani salah satu cabaran yang terbesar dalam industri ini — keselamatan bateri. Dibina berasaskan data uji kaji dan analisis korelasi yang ekstensif, sistem ini mengintegrasikan penderiaan tekanan-suhu yang canggih ke dalam seni bina sel didayakan AI, lalu mengupayakan pemantauan pada masa nyata dalam seluruh kitaran hayat produk. Ia boleh menunjukkan risiko seperti lampau cas, litar pintas atau penyaduran litium pada peringkat awal, menghantar isyarat tidak normal serta-merta untuk mencetuskan perlindungan lebih awal.
Penderia tahan kakisan yang baru dibangunkan memastikan selanjutnya pengumpulan data yang tepat dalam persekitaran yang sukar, menawan voltan, suhu dalaman dan tekanan — "segi tiga data" yang membekalkan kuasa kepada BMS Desay Battery generasi akan datang. Berintegrasi dengan EMS dan AI berasaskan awan, penyelesaian ini mengoptimumkan penyejukan, memperhalusi pengecasan dan memanjangkan jangka hayat sistem sekali gus meningkatkan kecekapan.
Bagi melengkapkan platform dikuasakan AI, Desay Battery turut memperkenalkan barisan bateri, modul dan pek litium dan natrium yang pelbagai, termasuk sel litium 100Ah, 280Ah dan 314Ah, sel natrium 60Ah, sistem bateri modular dan beraneka jenis kabinet storan bersepadu bermula daripada 215kWh hingga 344kWh. Sistem berskala lebih besar, seperti penyelesaian kontena sejuk cecair 5MWh dan penawaran infrastruktur yang kritikal, termasuk kabinet UPS dan sistem storan isi rumah, menonjolkan selanjutnya keluasan syarikat ini.
Pameran ini turut mempamerkan portfolio boleh suai Desay Battery yang merangkum kegunaan kediaman hinggalah kegunaan industri. Tumpuan utama ialah memenuhi tuntutan tenaga pusat data dengan mengintegrasikan penjanaan fotovolta dan storan lanjutan, mengurangkan kos teraras kepada 0.25 RMB/kWh dan mencapai penjimatan sehingga 79% pada tahap puncak.
Syarikat ini turut menonjolkan keupayaannya dalam memberikan penyelesaian storan tenaga tersuai dan hujung-ke-hujung, keupayaan yang melayakkannya mendapat pengiktirafan berulang dalam senarai Tahap 1 Storan Tenaga Bloomberg dan juga sokongan padu daripada rakan kongsi industri. Perkongsian yang baru diumumkan bersama Shenzhen Hello Tech Energy, peneraju bertaraf global bagi storan tenaga mudah alih dan perintis bagi kategori storan isi rumah mudah alih, menggambarkan pendekatan yang kolaboratif ini. Kedua-dua syarikat ini bersama-sama merancang untuk memanfaatkan kekuatan pelengkap dalam aspek teknologi, rantaian bekalan dan saluran pasaran bagi memacu peluang pertumbuhan yang baharu dan menyampaikan penyelesaian kompetitif kepada pasaran global.
Dengan portfolio yang menjangkau kemajuan peringkat sel hinggalah sistem bersepadu sepenuhnya, Desay Battery terus merancang hala tuju menuju penyelesaian tenaga yang lebih selamat, lebih pintar dan lebih lestari.