SHENZHEN, China, 11 September 2025 /PRNewswire/ -- itel, iaitu jenama Pemerkasaan Teknologi (Tech Empowerment) bertaraf global yang disenaraikan sebagai Jenama Telefon Pintar No.1 dalam segmen harga 75USD melancarkan model baharunya Super 26 Ultra yang direka demi gaya, kekuatan dan kecerdasan. Ia memberikan paparan AMOLED lengkung 144Hz premium, ketahanan berkualiti tinggi dan interaksi AI pintar, kesemuanya pada titik harga yang menjadikan ciri-ciri yang kuat ini boleh diakses oleh jutaan orang.
Jenama Pemerkasaan Teknologi, itel Sentiasa Mengutamakan Pengguna
Dengan memanfaatkan rantaian bekalan global bersepadu dan operasi padu yang berjalan selama lebih 15 tahun, itel terus menyampaikan produk kehidupan pintar dengan nilai yang luar biasa, seterusnya mengurangkan halangan teknologi pintar untuk pengguna di pasaran-pasaran baru muncul. Pelancaran Super 26 Ultra menyaksikan suatu pencapaian dalam penaiktarafan jenama itel pada tahun ini dengan membawa pengalaman AI ke tangan orang ramai dan memastikan pengguna Tahap T3-5 boleh mengakses pengalaman mudah alih yang pintar dengan kemudahan dan keseronokan yang sama seperti yang terdapat di pasaran-pasaran maju.
Kenali itel Super 26 Ultra — Paparan Lengkung Tahan Lasak dengan Prestasi Tiada Tandingan
itel Super 26 Ultra memberikan pengalaman visual yang hebat dan imersif dengan membawakan paparan AMOLED Lengkung 3D 6.78" yang menakjubkan dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz yang amat lancar, digabungkan untuk ditakrifkan sebagai kombinasi yang jarang ditemui dalam segmen harga ini.
Dibangunkan agar mampu bertahan mengharungi cabaran harian, telefon ini menggabungkan perlindungan Corning® Gorilla® Glass 7i, badan telefon TitanShield Architecture yang teguh dan skrin sentuh kalis hujan dikuasakan AI yang menghalang sentuhan palsu dalam keadaan basah. Dengan rintangan percikan IP65, di samping perlindungan jatuh dan calar yang dipertingkat, itel Super 26 Ultra direka untuk kegunaan harian yang sangat tahan lasak dan tanpa bimbang.
Dikuasakan oleh pemproses Unisoc T7300 6nm, itel Super 26 Ultra mencapai skor penanda aras AnTuTu yang mengagumkan melebihi 510,000 lantas menjadikannya salah satu cipset berprestasi tertinggi dalam segmen 4G. Kuasa pemprosesan yang luar biasa ini memastikan prestasi yang andal dan konsisten, menyokong operasi stabil selama 6 tahun dan menawarkan pengguna dengan hiburan multimedia yang ditingkatkan sepenuhnya. Walaupun dilengkapi dengan bateri 6000mAh yang besar untuk kuasa sepanjang hari, ia mengekalkan profil rapi 6.8mm yang amat nipis. Selain itu, ia menyokong ciri-ciri kemudahan pintar seperti perkongsian satu sentuhan NFC, sambungan percuma 1.2 KM Ultra-link dan kawalan jauh inframerah bagi menjadikan pemindahan rangkaian mudah.
Satu lagi titik sorotan yang benar-benar meningkatkan standard itel Super 26U ialah integrasi AI pintarnya. Alatan pintar meningkatkan kreativiti dan produktiviti, bermula daripada editor imej berkuasa yang secara automatik mengatur galeri foto dan mencantikkan potret hinggalah menghasilkan vlog sinematik dalam beberapa saat. Lebih daripada itu, ciri AI Camera Eraser dapat membantu pengguna mengeluarkan objek yang tidak diingini serta-merta, manakala Circle to Search membolehkan pengguna menyerlahkan apa sahaja pada skrin bagi mendapatkan jawapan segera. Dengan pembantu AI itel Sola, anda memperoleh teman harian yang pintar bagi memperkemas hiburan anda.
Menerusi gabungan reka bentuk yang rapi, kualiti binaan tahan lasak yang luar biasa, prestasi yang stabil, di samping AI yang praktikal, itel Super 26 Ultra benar-benar memperhalusi nilai dalam telefon pintar dengan harga berpatutan yang bersedia untuk menjadi penanda aras baharu untuk sesuatu yang boleh diharapkan oleh pengguna daripada telefon pintar yang boleh dicapai yang dapat membawa pengalaman lancar kepada orang ramai dengan berkesan.
Latar Belakang itel
Ditubuhkan lebih 15 tahun, itel merupakan Jenama Pemerkasaan Teknologi untuk orang ramai. Mengamalkan "Nikmati kehidupan yang lebih baik" sebagai falsafah jenamanya, misi itel adalah untuk menyediakan produk elektronik pengguna dengan harga berpatutan kepada pengguna pasaran baru muncul. Pada tahun 2025, itel meluaskan kehadirannya di lebih 80 pasaran baru muncul di peringkat global, termasuk SSA, Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah dan Amerika Latin. itel mempunyai portfolio produk yang terdiri daripada telefon pintar, aksesori elektronik, peralatan rumah dan produk gaya hidup. Pada tahun 2024, ia disenaraikan sebagai jenama Telefon Pintar Global No.1 di bawah $75 dan juga jenama telefon asas No.1.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://www.itel-life.com/