omniture

TCL Raih Pelbagai Anugerah di IFA 2025 dengan Penyelesaian Kehidupan-Pintar Termaju

TCL
2025-09-11 14:45 45

BERLIN, 11 September 2025 /PRNewswire/ -- TCL, peneraju bertaraf global bagi barangan elektronik pengguna dan jenama TV Mini LED dan Ultra-besar[1]No. 1 dunia, baru-baru ini memenangi beberapa anugerah berprestij atas inovasinya yang terkini di IFA 2025. Anugerah-anugerah ini mengiktiraf penyelesaian gaya hidup pintar TCL dan menekankan komitmennya untuk mempelopori teknologi canggih yang dapat meningkatkan pengalaman hidup sehari-hari.

IFA 2025 menyaksikan kemunculan sulung IFA Innovation Awards bagi meraikan teknologi yang membentuk masa depan kehidupan pintar. TCL menonjol di acara ini menerusi tiga kemenangan dan dua penghormatan Penerima Anugerah (Honoree) bagi peranti pintar, bar bunyi dan monitor permainan. Telefon pintar TCL NXTPAPER 60 Ultra memperoleh anugerah pemenang "Terbaik bagi Teknologi untuk Kebaikan" dengan paparan penjagaan mata yang canggih dan turut disertai oleh tablet TCL NXTPAPER 11 Plus sebagai Penerima Anugerah. RayNeo X3 Pro merupakan pemenang Penerima Anugerah "Terbaik bagi Teknologi Baru Muncul" untuk ekosistem dikuasakan AI dan interaksi berbilang mod. Sementara itu, Wireless Free Sound Speaker Z100 TCL pula membawa pulang anugerah "Terbaik bagi Audio" untuk prestasi audio teater rumahnya yang imersif, manakala 32R84 QD-Mini LED Monitor memperoleh anugerah "Terbaik bagi Pengkomputeran & Permainan" untuk visualnya yang unggul dan pengalaman tatamain yang lancar.

Bertempat di IFA 2025, TCL juga menunjukkan kecemerlangan di Global Product Technology Innovation (GPTI) yang dihormati dengan tiga Anugerah Emas. Premium QD-Mini LED C8K TV TCL menerima "Anugerah Emas Reka Bentuk ZeroBorder" untuk Virtually ZeroBorder Design (Reka Bentuk Hampir Tiada Sempadan) revolusionernya yang memberikan pengalaman tontonan tepi-ke-tepi. Penyaman udara segar TCL FreshIN 3.0 memenangi "Anugerah Emas Teknologi Jimat Tenaga AI" dengan teknologi T-AI yang dinaik taraf yang mengupayakan kecekapan tenaga yang lebih tinggi iaitu sehingga 37%+ berbanding model-model penyongsang konvensional. Sementara itu, TCL SuperDrum Series Washer & Dryer Pair memperoleh "Anugerah Emas Inovasi Teknologi Super Dram" untuk enam Bionic Lifter dan dram bercorak gelombang bagi memberikan pembersihan yang mendalam namun lembut sambil menjimatkan air. 


Anugerah-anugerah ini mencakupi portfolio produk TCL yang luas dan mengesahkan sekali lagi kepimpinan global dan kehandalan teknologinya dalam sektor barangan elektronik pengguna. TCL akan terus membawakan penyelesaian kehidupan pintar dengan pengalaman yang lebih imersif dan terhubung kepada pengguna di serata dunia.

Latar Belakang TCL

TCL ialah jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan peneraju dalam industri televisyen global. TCL kini beroperasi di lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Syarikat mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio, peralatan rumah, peranti mudah alih, cermin mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

[1] Ultra-besar merujuk kepada TV berukuran 85 inci dan ke atas

 

Source: TCL
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Television Awards Trade show news