omniture

Beberapa Model Cemerlang Terajui Hala Tuju, AVATR Menyerlah dengan "Mewah Baharu" di Pameran Auto Munich (IAA) 2025

Avatr Technology (Chongqing) Co., Ltd
2025-09-11 21:14 38

MUNICH, 11 September 2025 /PRNewswire/ -- AVATR membuat penampilan berprofil tinggi di Pameran Auto Munich (IAA) 2025 bagi mempamerkan beberapa model cemerlang dan dalam masa yang sama membuat penampilan sulung di mercu tanda Munich, Königsplatz. Dengan mencipta pengalaman imersif dwisenario "dalaman + luar" yang inovatif, jenama ini menawarkan cara yang lebih beraneka dan lebih menarik kepada khalayak global untuk berhubung menerusi visinya iaitu "Mewah Baharu."

Multiple Star Models Lead the Way, AVATR Shines with "New Luxury" at 2025 Munich Auto Show (IAA)
Multiple Star Models Lead the Way, AVATR Shines with "New Luxury" at 2025 Munich Auto Show (IAA)

Semasa berlangsungnya acara ini, kereta visi Pintar Emotif (EI) yang pertama di dunia, AVATR VISION XPECTRA yang direka oleh Ketua Pegawai Reka Bentuk Nader Faghihzadeh, menawan hati pelawat Eropah menerusi penampilan sulungnya. Di samping itu, AVATR 012 edisi terhad ciptaan bersama Kim Jones, AVATR 11 Royal Edition tersuai eksklusif, SUV Mewah Bandar AVATR 07 dan Sedan Sport Mewah AVATR 06 turut menjadi tumpuan utama bagi memperlihatkan secara sistematik penjelajahan AVATR yang terkini dalam reka bentuk asli serta teknologi pintar.

Multiple Star Models Lead the Way, AVATR Shines with "New Luxury" at 2025 Munich Auto Show (IAA)
Multiple Star Models Lead the Way, AVATR Shines with "New Luxury" at 2025 Munich Auto Show (IAA)

AVATR 07, mendapat tempat sebagai SUV Mewah Bandar, menggabungkan dengan lancar keselesaan yang luas dengan kehangatan emosi. Ia diberi penghormatan menerusi German iF Design Award 2025 serta U.S. IDA International Design Gold Award, lantas menarik minat begitu ramai pengunjung. AVATR 06, sebagai Sedan Sport Mewah, menarik hati khalayak dengan profil rendah dan kontur terukir yang menjadi sorotan penting di acara ini. AVATR 11 Royal Edition tersuai eksklusif memaparkan watak mewahnya melalui gabungan yang halus antara Obsidian Black dan Noble Gray, menampilkan kemasan penuh dan berkilat yang diilhamkan oleh kemegahan Royal Opera House, lantas menjadikannya sebagai satu lagi titik tumpuan pameran ini. Sementara itu, AVATR 012 edisi terhad, ciptaan bersama antara Kim Jones dan Nader Faghihzadeh, menggamit perhatian dengan siluet terukir cecair-perak dan ruang dalamnya diilhamkan oleh estetika seni bina.

Disokong oleh barisan produk Mewah Baharu ini, AVATR sudahpun mendapat kepercayaan daripada hampir 190,000 pemilik dan menerima maklum balas positif di pasaran-pasaran seperti Thailand, UAE dan Singapura. Pada tahun 2025, syarikat ini merancang untuk menembusi lebih 50 negara dan wilayah di serata dunia, seterusnya mewujudkan rangkaian dengan lebih 160 saluran. Sebagai wakil kepada kenderaan elektrik mewah baharu yang asli dan pintar, AVATR mencapai kemajuan dengan set minda Born Global (Tercipta Berciri Global) ke arah mencapai visinya untuk menjadi nama antarabangsa yang terkemuka dalam bidang kenderaan elektrik pintar mewah yang baharu.

 

 

Source: Avatr Technology (Chongqing) Co., Ltd
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Awards New products/services Trade show news