KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 September 2025 /PRNewswire -- Teleport, pakar logistik e-Dagang bersepadu Asia Tenggara telah mengumumkan kerjasama syarikat itu dengan Shipsy, penyedia sistem pengurusan pengangkutan natif AI yang diiktiraf oleh Gartner, untuk menyepadukan sistem pengurusan pengangkutan peringkat akhir ke dalam Rangkaian Teleport. Penyepaduan ini membuka keterlihatan penghantaran peringkat akhir pada masa nyata yang lebih besar untuk pelanggan Teleport di seluruh Asia Tenggara.
Ini akan menangani masalah utama bagi pengguna di Asia Tenggara, iaitu kekurangan penjejakan masa nyata yang andal, selepas berlaku kelewatan dalam penghantaran (sumber). Laporan itu juga menyatakan bahawa penjejakan lanjutan menambah baik masa penghantaran sehingga 20%, faktor kritikal dalam persekitaran e-Dagang yang bergerak pantas pada hari ini, apabila masa penghantaran dan penjejakan lokasi yang tepat telah menjadi jangkaan standard pelanggan.
Pelancaran penyepaduan sistem pengurusan pengangkutan Shipsy oleh Teleport telah meningkatkan ketepatan operasi peringkat akhir syarikat itu dengan kecekapan dan ketepatan yang lebih tinggi melalui ciri-ciri, termasuk pengisihan dan penghalaan, peruntukan flit dan penjejakan bungkusan masa nyata pintar untuk penghantaran yang tepat pada masanya, jitu dan menjimatkan kos. Ciri-ciri ini telah menyebabkan penugasan pemandu dengan lebih cepat dan ralat penghalaan yang kecil, menghasilkan pengalaman penghantaran yang lebih andal untuk pelanggan.
Impak sistem ini terbukti dalam kejayaan ujian rintisan di Singapura, apabila automasi tugasan manual yang rumit menjimatkan masa pasukan operasi Teleport kira-kira lima jam seminggu. Berikutan dengan pencapaian ini, sistem berkenaan telah dilaksanakan di seluruh operasi peringkat akhir Teleport di Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.
"Sebagai pengendali rangkaian udara aset fizikal yang minimum terbesar di Asia Tenggara, misi kami ialah untuk sentiasa menjadi lebih cepat, lebih murah dan lebih baik. Ini memerlukan tindanan teknologi lebih cekap yang membolehkan kami menjadi berdaya tahan, menyesuaikan diri dengan perubahan jumlah masa nyata dan berkembang tanpa perlu meningkatkan usaha manual," kata Milan Dhingra, Ketua Pegawai Produk dan Teknologi di Teleport. "Kepakaran Shipsy telah menjadi kunci untuk menambah baik daya tahan dan ketepatan operasi peringkat akhir kami. Fasa seterusnya ialah melancarkan operasi peringkat pertama kami untuk semua pasaran kecuali China, bertujuan mereplikasi tahap ketepatan yang sama secara menyeluruh."
"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Teleport. Bersama kehadiran dan kepakaran besar Teleport di Asia Tenggara (SEA) dan operasi yang berkembang pesat di APAC, tumpuan syarikat kepada peningkatan pengalaman pelanggan yang dipacu teknologi dan keupayaan AI terkini Shipsy, bersama-sama kami akan menetapkan penanda aras baharu dalam standard rantaian bekalan autonomi," kata Soham Chokshi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Shipsy.
Maklumat Tentang Shipsy
Platform rantaian bekalan dikuasakan AI Shipsy membantu pengangkut muatan dan syarikat logistik menjimatkan kos, mengurangkan modal kerja, meningkatkan daya tahan dan menambah baik pengalaman pelanggan. Sistem modular syarikat yang intuitif menggunakan kecerdasan ramalan untuk mengoptimumkan operasi pengangkutan, pergudangan dan inventori, menjadikan penghantaran lebih cepat, lebih hijau dan lebih menguntungkan. Bersama 350+ pasukan di seluruh India, Dubai, Australia, UK dan Belanda, Shipsy memberikan perkhidmatan kepada 270+ pelanggan global. Syarikat tersebut menjejaki 180,000+ kontena, memperoleh $350 Juta+ dalam pengangkutan muatan dan memperkasa 250 Juta+ penghantaran setiap bulan. Shipsy bersepadu dengan 64+ laluan perkapalan, 190+ 3PL, 300+ penghantar muatan, 50+ agen kastam dan 20,000+ pengangkut muatan global. Ketahui lebih lanjut di www.shipsy.ai.
Maklumat Tentang Teleport
Teleport ialah pakar logistik e-Dagang bersepadu yang mengendalikan rangkaian udara terbesar, namun memiliki bilangan aset fizikal yang minimum di Asia Tenggara. Kami dalam misi untuk memindahkan barangan atau muatan di seluruh rantau ini dengan lebih cepat, lebih murah dan lebih baik berbanding syarikat lain - dengan memberikan akses kepada penghantaran rentas sempadan yang berpatutan dan andal untuk semua perniagaan besar mahupun kecil, secepat keesokan harinya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi teleport.it atau media sosial kami di LinkedIn, Instagram dan Facebook.
BUTIRAN HUBUNGAN: Ishan Bhattacharya, Ishan.bhattacharya@shipsy.io
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2770341/Shipsy_Teleport.jpg?p=medium600