omniture

Cathay United Bank Anjur Seminar Cukai dan Pelaburan Vietnam mengenai Kesan Tarif dan Peralihan Rantaian Bekalan

Cathay United Bank
2025-09-12 13:06 16

HANOI, Vietnam, 12 September 2025 /PRNewswire/ -- Sebagai respons kepada keadaan geopolitik dan ekonomi yang berubah dengan pantas, baru-baru ini Cathay United Bank-Ho Chi Minh City Branch (CUBHCM) menganjurkan "Seminar Cukai dan Pelaburan 2025: Peluang dan Cabaran kepada Syarikat Korporat di Vietnam" bertempat di Hanoi. Acara ini memberi tumpuan kepada bagaimana perniagaan boleh menangani cabaran cukai dan pelaburan Vietnam sekali gus merebut peluang pertumbuhan yang timbul daripada penstrukturan semula rantaian bekalan global.

"Sepanjang beberapa bulan lalu, ketegangan perdagangan global dan dasar tarif yang semakin meningkat bukan sahaja membentuk semula hala tuju strategik ekonomi utama tetapi turut memberi kesan yang mendalam ke atas rantaian bekalan global, aliran modal serta perancangan cukai," kata Benny Miao, Naib Presiden Eksekutif di Cathay United Bank. "Vietnam memainkan peranan penting dalam transformasi ini—sebagai hab pembuatan baru muncul dan penghubung utama dalam rantaian nilai global, ia semakin menjadi tumpuan dasar perdagangan antarabangsa serta strategi korporat."

Seminar ini turut membawakan pandangan daripada Chi-Chao Lin, Ketua Ahli Ekonomi Cathay United Bank yang menjelaskan bagaimana kejutan tarif mempercepat penstrukturan semula rantaian bekalan di seluruh Asia dan juga di peringkat global. Lin berkata Vietnam berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada konfigurasi semula rantaian bekalan global. "Kami menjangkakan akan melihat pengembangan yang ketara dalam pembuatan serta pemasangan domestik bagi meningkatkan nilai tambah tempatan," katanya. "Vietnam akan turut menggiatkan usaha untuk mempelbagaikan pasaran eksportnya dengan memberi tumpuan kepada EU, negara-negara jiran ASEAN dan wilayah-wilayah lain. Pada masa yang sama, kerajaan memperkukuh pematuhan dan tadbir urusnya, memantapkan penguatkuasaan pensijilan asal dan mengetatkan pengawasan terhadap proses pelabelan dan juga eksport.

VJ Lu, Pengurus Besar CUBHCM menekankan kepentingan kolaborasi silang sektor dalam mengemudi persekitaran yang kompleks pada hari ini. "Seminar ini menyediakan platform yang tepat pada masanya untuk mengadakan dialog antara pakar serta perusahaan. Kami berbesar hati untuk menghimpunkan KPMG dan pakar-pakar lain daripada pelbagai bidang untuk meneroka pembangunan masa depan dan tindak balas strategik Vietnam. Melalui kolaborasi dan kepakaran bersama, kami bermatlamat untuk membantu perniagaan berkembang secara mampan dan merebut peluang baharu di Vietnam."

Seminar ini menunjukkan keupayaan bank ini dalam menggabungkan kepakaran kewangan dan rangkaian rentas industri, dengan CUB menyediakan pandangan pelaburan yang strategik dan KPMG berkongsi perkembangan terkini mengenai pembaharuan cukai Vietnam dan kesan dasar tarif A.S. ke atas perniagaan tempatan dan juga pelabur asing.

Cathay United Bank mula menubuhkan cawangan di Chu Lai, Wilayah Quang Nam pada tahun 2005, sebelum berpindah ke Bandar Raya Ho Chi Minh pada tahun 2022. Hari ini, bank ini mengendalikan tiga pejabat di Vietnam—Cawangan Bandar Raya Ho Chi Minh, Pejabat Perwakilan Hanoi dan Pejabat Perwakilan Quang Nam.

Sebagai subsidiari teras Cathay Financial Holdings, Cathay United Bank memanfaatkan kekuatan kumpulan dan visi global demi memajukan pembangunan setempat di pasaran-pasaran luar negara, dengan Vietnam kini dianggap sebagai pasaran tempatan kedua selepas Taiwan. Cathay Financial Holdings turut menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di Taiwan selama lebih 60 tahun dan berkembang secara aktif di seluruh Asia menerusi 969 cawangan, 53,000 pekerja, lebih 15.3 juta pelanggan dan aset bawah pengurusan bernilai lebih USD 400 bilion.

Memandang ke hadapan, CUB Cawangan Bandar Raya Ho Chi Minh akan terus memanfaatkan sinergi kumpulan ini bagi merebut peluang daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat dan transformasi industri di Vietnam. Dengan memperkukuh perkhidmatan tempatan dan memantapkan hubungan kewangan rentas sempadan, Cathay United Bank menyasarkan untuk menjadi rakan kongsi strategik pilihan untuk perusahaan-perusahaan yang berkembang di Vietnam dan selanjutnya, selaras dengan visinya untuk menjadi bank serantau yang terkemuka di Asia.

Cathay United Bank hosted the “2025 Tax and Investment Seminar” in Hanoi, Vietnam, providing corporate clients with insights into investment trends in the Vietnamese market. VJ Lu (second from right), General Manager of CUBHCM, stated that the seminar served as a valuable platform for dialogue between businesses and experts. Benny Miao, Executive Vice President (third from right) and Chi-Chao Lin, Chief Economist of CUB (first from right), also participated as panelists.
Cathay United Bank hosted the “2025 Tax and Investment Seminar” in Hanoi, Vietnam, providing corporate clients with insights into investment trends in the Vietnamese market. VJ Lu (second from right), General Manager of CUBHCM, stated that the seminar served as a valuable platform for dialogue between businesses and experts. Benny Miao, Executive Vice President (third from right) and Chi-Chao Lin, Chief Economist of CUB (first from right), also participated as panelists.

 

Source: Cathay United Bank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Trade show news Supply Chain/Logistics