omniture

SUS ENVIRONMENT Jadi Tumpuan Utama di WMAM 2025 dengan WtE dan AI-Kembar Digital Canggih di Malaysia

Shanghai SUS Environment Co., Ltd.
2025-09-12 22:03 34

SHANGHAI, 12 September 2025 /PRNewswire/ -- SUS ENVIRONMENT, penginovasi bagi teknologi alam sekitar global yang terkemuka mencetuskan impak yang hebat di Persidangan Tahunan Ulang Tahun Ke-20 Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM) yang diadakan di Royale Chulan Kuala Lumpur.


Acara ini yang bertemakan "Pengurusan Sisa Pintar: Memanfaatkan Teknologi untuk Masa Depan Lebih Hijau" merupakan salah satu platform terbesar dan paling penting di Malaysia yang menghimpunkan pemimpin kerajaan, pengawal selia, penggiat industri dan "jaguh" dalam pengurusan sisa dari seluruh negara dan wilayah. Tetamu-tetamu kehormat yang menghadiri persidangan ini termasuk:

  • YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  • Dato' Azhar bin Yahya, Ketua Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)
  • YB Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
  • YB Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp

Di samping itu, En. James Law, Presiden Persatuan Sisa Pepejal Antarabangsa (ISWA), En. Xu Moqiang, Naib Presiden Persatuan Sanitasi Alam Sekitar Bandar China (CAUES) dan wakil-wakil lain daripada organisasi-organisasi sisa pepejal antarabangsa turut menghadiri persidangan ini.

Di forum persidangan, En. Eric Zhan, Ketua Pegawai Eksekutif SUS International menyampaikan pembentangan yang menjadi tumpuan utama. Beliau menggariskan arah aliran pembangunan global dalam sisa-kepada-tenaga, menekankan bahawa China telahpun mencapai kemajuan terbesar dalam dekad yang lalu, manakala Asia Tenggara pula kini menjadi rantau yang berkembang paling pesat. Beliau turut berkongsi amalan terbaik oleh China yang disesuaikan dengan profil sisa Malaysia, meliputi bidang-bidang seperti penjanaan kuasa berkecekapan tinggi, penggunaan abu dasar, rawatan abu terbang sifar tapak kambus tanah, aplikasi AI dan kembar digital serta pemantauan emisi karbon.

Di reruai pameran SUS ENVIRONMENT, model 3D bagi projek sisa-kepada-tenaga dan teknologi AI-Kembar Digital yang terkini daripada syarikat ini dipamerkan. Model 3D WtE, digabungkan dengan paparan proses penunuan yang lengkap, membolehkan para peserta memperoleh pemahaman langsung dan intuitif mengenai proses sisa-kepada-tenaga keseluruhan. Sementara itu, sistem AI-Kembar Digital mencipta semula prestasi operasi masa nyata bagi projek Xi'an SUS WtE dalam bentuk model digital 3D penuh dan direalisasikan dengan jelas di lokasi yang bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Menteri Perumahan Malaysia, YB Nga Kor Ming, seiring bersama Pengerusi WMAM En. Ho De Leong, menyampaikan cenderahati kepada SUS ENVIRONMENT di tempat acara. Bagi pihak syarikat, Dr. Long Jisheng, Pengerusi SUS ENVIRONMENT, membalas dengan "China's Best Available Techniques (CBAT)" yang mana beliau berkhidmat sebagai ketua editor.

Majlis Makan Malam Gala diserikan dengan kehadiran datuk bandar, wakil majlis perbandaran dari seluruh Malaysia, serta pemimpin kanan daripada JPSPN and SWCorp. Pada malam berkenaan, kepimpinan SUS diiktiraf selanjutnya menerusi Anugerah Kecemerlangan bagi Inisiatif Pengurusan Sisa yang mengiktiraf sumbangan cemerlang oleh syarikat dalam memajukan penyelesaian lestari di Malaysia. Anugerah ini disampaikan oleh En. James Law, Presiden ISWA bersama-sama En. Ho De Leong, Presiden WMAM.

Melalui inovasi yang berterusan dan amalan setempat, SUS komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi merentas sektor-sektor untuk memacu transformasi hijau dan pembangunan mampan, seterusnya menyumbang kepada Malaysia yang lebih bersih dan lebih pintar.

Source: Shanghai SUS Environment Co., Ltd.
Keywords: Environmental Products & Services Conservation/Recycling Trade show news