SHANGHAI, 15 September 2025 /PRNewswire/ -- EverBridge Group mengumumkan Perkongsian Pengkomersialan Eksklusif bersama Cosmotec Inc. (Subsidiari Milik Penuh M3, Inc.; TSE: 2413) untuk pasaran Jepun.
Kolaborasi yang strategik ini menekankan tahap kepimpinan EverBridge Group dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) proprietari, pematuhan kawal selia yang ketat serta kolaborasi ekosistem dipacu nilai yang menyaksikan pencapaian penting dalam strategi pengembangan globalnya yang menguatkan lagi pengaruh antarabangsanya.
Pada masa yang sama, perkongsian ini menonjolkan platform pengkomersialan digital terbaik-dalam-kelas daripada Cosmotec yang mempercepat capaian pasaran untuk peranti perubatan antarabangsa serta mengupayakan keterlibatan bersasar dengan pengguna akhir klinikal.
"Portfolio EverBridge Group menunjukkan kecekapan klinikal yang luar biasa dan reka bentuk mesra pengguna yang benar-benar sejajar dengan usaha pakar perubatan Jepun dalam mencari penyelesaian terapeutik termaju," ujar Suguru Ominato, Ketua Pegawai Eksekutif Cosmotec. "Dengan mengintegrasikan platform akademik M3 dengan kepakaran pengkomersialan setempat kami, kami akan mempercepat penerimagunaan peranti ini di seluruh pasaran Jepun."
"Model pengkomersialan digital Cosmotec memberikan kecekapan dan juga kebolehcapaian yang benar-benar sejajar dengan visi kami terhadap inovasi penjagaan kesihatan yang saksama," kata Jay Wang, Ketua Pegawai Eksekutif EverBridge Group. "Dengan mengemudi landskap teknikal dan kawal selia Jepun yang ketat, perkongsian ini bukan sahaja memberikan penyelesaian transformatif kepada pesakit tetapi turut meningkatkan sinergi R&D global kami. Mengurangkan halangan kepada penjagaan termaju melalui inovasi dan kolaborasi ekosistem tetap menjadi tumpuan utama dalam perjalanan globalisasi kami."
Latar Belakang EverBridge Group
EverBridge Group ialah kumpulan teknologi perubatan yang terkemuka di Asia, komited untuk menyediakan pelanggan global dengan teknologi perubatan termaju, berkualiti tinggi dan mampu milik. Portfolio produk kami yang berkembang pesat meliputi tiga bidang terapeutik utama: vaskular periferi, neurosains dan onkologi. Disokong oleh Enam pusat R&D khusus dan pusat pengeluaran padu, kami menawarkan perkhidmatan OEM/ODM tahap tertinggi dalam bidang-bidang termasuk belon, kateter, sten, kejuruteraan permukaan dan peranti perubatan aktif.
Kami berkolaborasi secara ekstensif dengan perusahaan-perusahaan yang cemerlang di seluruh dunia, membina jambatan untuk inovasi teknologi perubatan antara Asia dan seluruh pelosok dunia. Matlamat kami adalah untuk menawarkan pilihan rawatan yang lebih baik kepada golongan profesional penjagaan kesihatan dan pesakit di peringkat global melalui penyelesaian termaju dan boleh dicapai.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi: www.everbridgemed.com
Hubungi: Ann Chen, communications@everbridgemed.com