BEIJING, 15 September 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 11 September 2025, UnionPay International (UPI), melalui kolaborasi bersama rakan kongsinya mengumumkan pelancaran perintis bagi pautan pembayaran QR rentas sempadan antara China dan Indonesia di bawah bimbingan dua bank pusat.
Di majlis pelancaran yang berlangsung di Beijing, satu transaksi perintis didemonstrasikan menggunakan aplikasi pembayaran mudah alih Indonesia; manakala di Jakarta, pengguna yang disenarai putih berjaya membuat transaksi melalui UnionPay App dan aplikasi Alipay dengan mengimbas QRIS, iaitu QR bersatu di Indonesia. Semasa fasa sandbox ini, pengguna yang terpilih dari tanah besar China boleh membuat pembayaran QR dengan dua aplikasi pembayaran mudah alih Cina berkenaan di lebih 40 juta peniaga QRIS di Indonesia. Sementara itu, peniaga perintis dalam rangkaian UnionPay dan Alipay di tanah besar China juga boleh menerima bayaran QR daripada 22 aplikasi pembayaran mudah alih Indonesia arus perdana.
Penting untuk diperhatikan bahawa fasa sandbox ketika ini terhad kepada peserta dan peniaga yang disenarai putih. Pautan pembayaran QR rentas sempadan dijangka akan beroperasi sepenuhnya dalam tahun 2025 sebaik sahaja fasa sandbox selesai.
Pautan pembayaran QR rentas sempadan, iaitu sebuah projek utama yang dilaksanakan antara China dan Indonesia dalam model Kerajaan-ke-Kerajaan (G2G), semakin berkembang maju di bawah bimbingan kedua-dua bank pusat. Pada Januari 2025, UPI menandatangani memorandum kerjasama bersama Indonesian Payment System Association (ASPI), Ant International dan Bank of China (Hong Kong) Cawangan Jakarta. Kemudiannya, UPI menandatangani perjanjian kerjasama yang berasingan dengan empat rangkaian suis di Indonesia—Rintis, ALTO, Artajasa dan Jalin—serta Ant International dan Alipay yang seterusnya mempercepat pelaksanaan projek.
Selaras dengan perjanjian antara kedua-dua bank pusat, pembayaran QR rentas sempadan antara China dan Indonesia akan diselesaikan dalam mata wang tempatan masing-masing. Pengaturan ini bukan sahaja akan memudahkan pengalaman pembayaran mudah alih rentas sempadan bagi penduduk kedua-dua negara, bahkan turut mempertingkat peniaga dalam meluaskan kumpulan pelanggan mereka. Selain itu, projek ini berperanan sebagai langkah yang penting ke hadapan dalam usaha UnionPay untuk mencipta model empat pihak yang baharu melalui kolaborasi bersama pihak berkepentingan industri yang melaluinya UnionPay terus memainkan peranan penting tatkala ia meluaskan lagi kolaborasi dalam seluruh rantaian industri, menyumbang kepada kerjasama yang saling menguntungkan dalam industri ini sekali gus memacu pembangunannya sendiri.
Setakat ini, UnionPay telahpun mencapai atau sedang melaksanakan pautan pembayaran QR rentas sempadan dengan rangkaian pembayaran di 19 negara dan wilayah di luar tanah besar China. Melangkah ke hadapan, UnionPay akan terus meningkatkan ketersambungan pembayaran rentas sempadan.