![]() |
LAS VEGAS, 15 September 2025 /PRNewswire/ -- BCI, pengilang bagi sel solar Indonesia mencapai kejayaan yang luar biasa di Ekspo RE+ 2025 yang diadakan di Las Vegas mulai 8-11 September. Sebagai platform tenaga bersih yang terbesar di Amerika Utara, RE+ menghimpunkan pemimpin industri global yang melaluinya BCI (PT.BINTAN CELLULAR INDONESIA) BCI memperlihatkan kehandalan teknologinya dalam sel solar dan turut menjalin perkongsian berharga.
Reruai BCI sentiasa penuh sesak dengan pengunjung. BCI mempamerkan barisan produknya secara komprehensif yang meliputi sel berkecekapan tinggi dan teknologi berkecekapan-ultra-tinggi generasi akan datang. Rangkaian penuh sel fotovoltanya mendapat pujian yang meluas daripada khalayak profesional menerusi kecekapan penukaran ultra-tinggi, reka bentuk penggunaan tenaga ultra-rendah dan prestasi pekali suhu yang sangat baik. Wajar dinyatakan bahawa produk-produk teras telahpun lulus beberapa ujian autoritatif antarabangsa dan mematuhi garis panduan pematuhan pasaran Amerika Utara, lalu memberikan pelanggan tempatan dengan pilihan yang andal untuk pendaratan yang pantas.
Acara ini mencetuskan minat industri yang amat tinggi terhadap BCI. Ramai pelanggan berpotensi terlibat dalam perbincangan mendalam dan menyatakan hasrat jalinan kerjasama yang kuat. Sambutan yang bersemangat ini mengesahkan kekuatan teknologi dan daya saing pasaran BCI dalam sektor tenaga boleh baharu global.
BCI tetap komited untuk memacu peralihan tenaga bersih melalui inovasi yang berterusan. Dengan memanfaatkan pangkalan pembuatan kami di Indonesia, kami giat mengukuhkan hubungan antara kapasiti pengeluaran Asia Tenggara dan pasaran Amerika Utara. Melangkah ke hadapan, BCI akan berkolaborasi bersama rakan kongsi fotovolta global bagi menyumbang kepada masa depan tenaga yang lestari di seluruh dunia.