![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 16 September 2025 /PRNewswire/ -- Medit (www.medit.com), peneraju bertaraf global bagi pergigian digital, mengumumkan pada hari ini dua detik penting untuk industri ini. Syarikat ini secara rasminya melancarkan Medit Link Express, aplikasi natif-iPad pertamanya untuk pengimbasan intraoral, kini tersedia di Apple App Store dan dalam masa yang sama mula menghantar Medit i900 Mobility yang sebelum ini tersedia untuk prapesanan sejak 1 Ogos.
Dengan Medit i900 Mobility yang kini dihantar di kawasan-kawasan terpilih, pakar pergigian boleh mengalami tahap mobiliti yang baharu dalam aspek pengimbasan. Direka untuk persekitaran klinikal pada masa ini, i900 Mobility berfungsi seiring dengan Medit Link Express bagi memberikan pengalaman pengimbasan digital yang kompak, intuitif dan mudah dipelajari yang terasa semula jadi bermula daripada penggunaan pertama.
Satu Bentuk Kesederhanaan Baharu dengan Medit Link Express
Medit Link Express ialah aplikasi pertama daripada Medit yang dibina sepenuhnya untuk iPad. Ia mentransformasikan pengimbasan intraoral kepada pengalaman yang lebih ringan, lebih pantas dan lebih intuitif, direka agar dapat disesuaikan secara semula jadi ke dalam kehidupan klinikal seharian. Pakar pergigian boleh mengimbas dan berkongsi terus daripada iPad tanpa memerlukan komputer meja, lantas dapat mengurangkan masa penyediaan dan membuka peluang kebebasan yang lebih luas.
Sorotan Medit Link Express:
Dengan adanya Medit Link Express dan Medit i900 Mobility bersama-sama, doktor gigi dan pasukan mereka kini boleh berkhidmat dengan tahap kebebasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, seterusnya mewujudkan pengalaman pesakit yang lebih kompak, intuitif dan menyeronokkan berbanding sebelum ini.
Pada masa yang sama, Medit terus menyampaikan inovasi yang menjadikan pergigian digital lebih lancar. Melalui kemas kini perisian dan perisian tegar yang berterusan, syarikat ini dapat terus meningkatkan kelajuan pengimbasan, kemudahan penggunaan dan keserasian merentas penyelesaiannya. Perisian Medit Link yang terkini mengupayakan integrasi penuh dengan pengimbas i900M baharu sekali gus turut meningkatkan kejelasan dalam pengimbasan logam, seterusnya memberikan doktor dengan keputusan yang lebih tepat dan pengalaman yang malah lebih lancar.
Kebolehsediaan produk, status kelulusan kawal selia dan garis masa keluaran mungkin berbeza-beza mengikut negara. Untuk maklumat yang tepat dan mutakhir, sila hubungi wakil jualan tempatan anda yang sah.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Medit Link Express dan Medit i900 Mobility, kunjungi www.medit.com.
Latar Belakang Medit
Medit ialah penyedia bertaraf global bagi pengimbas intraoral 3D dan penyelesaian pergigian digital berdasarkan teknologi proprietari. Syarikat ini mengupayakan penjagaan kolaboratif antara klinik pergigian dan makmal melalui perkakasan dan perisian yang inovatif. Beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan, sejak tahun 2000, Medit membina tapak kehadiran global yang kukuh melalui pejabat-pejabatnya di Amerika serta Eropah dan rangkaian pengedar yang mencakupi lebih 100 negara.