SHANGHAI, 16 September 2025 /PRNewswire/ -- Dengan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kali ke-8 yang semakin menghampiri, persiapan berjalan semakin pantas pada semua peringkat. Sebagai ekspo peringkat kebangsaan bertemakan import yang pertama di dunia, CIIE tekal menyediakan pentas untuk kerajaan, perniagaan dan organisasi antarabangsa memperluas jalinan kerjasama dan membuka peluang baharu dalam pasaran China yang dinamik.
CIIE Mendapat Pujian Global
Bertempat di Seminar Inisiatif Pembangunan Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, CIIE disahkan sebagai pintu masuk yang menghubungkan China dan ekonomi global. Pegawai-pegawai PBB menyatakan bahawa Ekspo ini menjadi platform ulung untuk memperkenalkan produk global buat julung kalinya, mendedahkan teknologi termaju dan memajukan perkhidmatan inovatif, sekali gus menunjukkan komitmen China terhadap keterbukaan, pertumbuhan mampan serta pembangunan yang inklusif.
Persediaan Berjalan Rancak
Acara pada tahun ini direalisasikan dengan penyertaan antarabangsa yang meluas. Setakat ini, lebih 50 negara dan organisasi antarabangsa mengesahkan penyertaan mereka di Pavilion Negara, lantas menunjukkan pengiktirafan global terhadap nilai Ekspo ini. Syarikat-syarikat luar negara menunjukkan semangat yang bersungguh-sungguh: tempahan pameran sudahpun melebihi 330,000 meter persegi. Khususnya, 170 perusahaan luar negara dan 27 institusi akan muncul sebagai peserta pameran kehadiran penuh sebanyak lapan kali bagi meneruskan keterlibatan mereka sejak sekian lama dengan CIIE.
Pavilion Korporat Komprehensif
Pavilion Korporat sekali lagi akan mempamerkan enam sektor utama.
Bermula daripada teknologi perbatasan dan penyelesaian mampan yang dipaparkan di CIIE-TECH, hinggalah produk makanan dan keluaran pertanian global yang dipamerkan di CIIE-FOOD, Ekspo ini menekankan aspek inovasi dan juga keperluan pengguna harian.
Industri-industri baru muncul akan menjadi tumpuan utama di CIIE-NOVA, manakala CIIE-MOVE memperkenalkan penyelesaian mobiliti berorientasikan masa depan. Sementara itu, CIIE-LIFESTYLE menonjolkan barangan pengguna premium di bawah visi "Kualiti Lebih Baik, Kehidupan Lebih Baik".
Bidang-bidang ini turut sama menawarkan peserta dengan spektrum peluang yang luas untuk berhubung dengan China dan mengukuhkan kerjasama global.
Tatkala kira detik diteruskan, CIIE ke-8 mengundang dengan penuh mesra peserta pameran dan juga pelawat profesional di seluruh dunia untuk menyertai acara penting ini di Shanghai pada November ini.
Peserta pameran boleh mendaftar di sini: https://www.ciie.org/exhibition/f/book/new/register?locale=en®isterFrom=no. Pelawat profesional boleh menempah lebih awal di sini: https://www.ciie.org/ciie/f/visitor/pre-book?locale=en.
CIIE ke-8 bersedia untuk memainkan peranan penting dalam menggiatkan semula kerjasama pelbagai hala dan memajukan ekonomi global yang lebih terbuka.