omniture

realme 15 Series Tawarkan Revolusi 3-dalam-1 Pengimejan Tahap Seterusnya; Pra-tempahan Bermula 18 September

realme
2025-09-17 10:21 48

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 September 2025 /PRNewswire/ -- Mengapa perlu berpuas hati dengan satu cara merakam detik hidup sedangkan anda boleh memiliki tiga? Digelar telefon pintar pengimejan terbaik dalam segmennya, realme 15 Series hadir dengan sistem kamera revolusioner berkonsepkan 3-dalam-1 yang menggabungkan fotografi setaraf profesional, rakaman video sinematik, dan foto langsung dinamik dalam satu peranti bergaya. Telefon pintar AI Party Phone ini akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 18 September, dengan pelanggan awal menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,346.

realme 15 Series Tawarkan Revolusi 3-dalam-1 Pengimejan Tahap Seterusnya; Pra-tempahan Bermula 18 September
realme 15 Series Tawarkan Revolusi 3-dalam-1 Pengimejan Tahap Seterusnya; Pra-tempahan Bermula 18 September

Dari 18 September hingga 27 September, pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan di realme Brand Stores terdekat dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM20. Hadiah percuma termasuk realme Buds T200 Lite, realme ice tumbler, rebat RM100, waranti tambahan 1 tahun dan waranti skrin retak selama 1 tahun.

Sedia Untuk Parti dengan Triple 50MP Camera

realme 15 Pro dilengkapi sistem tiga kamera 50MP ultra-jelas. Sensor utama Sony IMX896 memberikan butiran tajam dan warna yang hidup, kamera ultra-lebar 50MP merakam pemandangan luas, manakala kamera hadapan 50MP menaikkan mutu swafoto — menjadikan rakaman suasana malam hingga ke gambar jalanan spontan lebih mudah.

realme 15 Series memperkenalkan AI Party Mode. Ciri inovatif ini menggunakan algoritma dioptimumkan untuk menangkap potret terang dan jelas walaupun dalam keadaan cahaya mencabar. Digabungkan dengan kesan pencahayaan eksklusif dan tanda air kreatif, AI Party Mode memberi kuasa kepada pengguna muda untuk menghidupkan suasana parti dalam setiap rakaman.

Rakaman Video 4K60fps Terbaik dalam Segmen

Pencipta kandungan menikmati kualiti video tiada tandingan dengan rakaman 4K60fps pada realme 15 Pro, merentasi ketiga-tiga lensa – utama, ultra-lebar dan hadapan. Sama ada merakam vlog di konsert meriah, pengembaraan sinematik, atau aksi bergerak lancar, AI Party Phone ini memberikan rakaman setaraf profesional dari setiap sudut.

Buat pertama kali pada realme 15 Pro, ciri 2K Live Photo mengubah cara kita menyimpan kenangan. Dengan menggabungkan keintiman foto dengan emosi video, ia mengekalkan butiran ringkas—seperti tawa rakan atau hembusan angin—dalam kejelasan 2K, mencipta imej hidup yang terasa segar dan peribadi.

realme 15 Pro mendefinisikan semula kreativiti telefon pintar dengan sistem kamera 3-dalam-1: Triple 50MP untuk foto menakjubkan, rakaman 4K60fps pada ketiga-tiga lensa untuk video sinematik, dan 2K Live Photo yang menerajui industri bagi menukar gambar biasa kepada kenangan hidup.

Sertai siaran langsung pelancaran realme 15 Series pada 18 September 2025, dan ikuti realme di Facebook, TikTok, dan YouTube untuk maklumat lanjut.

Tentang realme

realme ialah sebuah syarikat teknologi pengguna global yang mengubah pasaran telefon pintar dengan menjadikan teknologi tercanggih lebih mudah diakses. Ia menyediakan rangkaian telefon pintar dan peranti gaya hidup dengan spesifikasi premium, kualiti tinggi, serta rekaan yang menetapkan trend untuk pengguna muda.

Ditubuhkan oleh Sky Li pada tahun 2018, realme telah menjadi salah satu daripada lima pemain telefon pintar teratas di 30 pasaran global hanya dalam masa tiga tahun. realme kini berada di pelbagai pasaran di seluruh dunia termasuk China, Asia Tenggara, Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin, dan Afrika, dengan pangkalan pengguna global melebihi 200 juta orang. Tahun 2024 menandakan tahun penjenamaan semula bagi realme dengan slogan baharu, "Make it real." Di bawah semangat jenama baharu ini, realme memberi lebih tumpuan kepada pengguna muda dan membawa manfaat nyata, jelas, serta bermakna dalam kehidupan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.realme.com/my/

 

Source: realme
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services