omniture

OSOME ATASI PESAING TRADISI DALAM KEPERCAYAAN PELANGGAN

Osome
2025-09-17 11:00 44

Tinjauan Baharu Mendapati Pengalaman Pelanggan Dipertingkat
Dalam Kalangan Pengasas dan PKS dalam Perjalanan Pendigitalan Mereka

HONG KONG dan SINGAPURA, 17 September 2025 /PRNewswire/ -- Osome, penyedia bagi penyelesaian perniagaan digital, baru-baru ini menugaskan tinjauan di Singapura dan Hong Kong yang menunjukkan bahawa pengasas dan PKS yang menggunakan perkhidmatan mereka melaporkan kepuasan dan sokongan yang lebih tinggi berbanding mereka yang mendapatkan perkhidmatan firma-firma perakaunan tradisional. Hal ini sejajar dengan arah aliran pendigitalan dengan Singapura menyaksikan 94.6% PKS mengguna pakai sekurang-kurangnya satu penyelesaian digital dan Hong Kong memacu lebih 1,300 projek smartification dalam 50 industri di Kawasan Teluk Lebih Besar.

Osome research shows founders prefer modern support over traditional firms.
Osome research shows founders prefer modern support over traditional firms.

"Dalam landskap digital pada hari ini, inovasi dan penyelesaian berpusatkan pelanggan merupakan sesuatu yang penting demi mencapai kejayaan. Pengasas menginginkan alatan digital pintar dan kepakaran manusia untuk membimbing perjalanan perniagaan mereka," kata Helena Flores, Ketua Pegawai Operasi Osome.

"Pelanggan kami menyatakan kepuasan dan kesediaan untuk mengesyorkan kami dan memperhatikan terdapat peningkatan terhadap alatan digital kami untuk menyokong perjalanan transformasi perniagaan mereka. Kesemua ini memperlihatkan kepercayaan dan keyakinan dari segi hubungan kami tatkala kami melangkah ke hadapan beriringan."

"Mengendalikan sebuah syarikat pemula bererti setiap minit amat berharga. Osome mengembalikan masa yang berharga kepada kami dan lebih penting lagi, ketenangan fikiran untuk memfokuskan pada inisiatif berimpak tinggi yang memacu pertumbuhan Zugo. Saya benar-benar mengesyorkannya," kata Yeo Eng Heng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Zugo.

Osome menugaskan tinjauan ke atas lebih 1,800 responden di Singapura dan Hong Kong yang dijalankan oleh agensi penyelidikan bebas ADNA Research menggunakan metodologi yang ketat.

Cerapan daripada tinjauan ini termasuk:

  • Pengalaman yang menggalakkan dalam model digital. Seramai 76% dan 81% pengguna Osome di Singapura dan Hong Kong masing-masing melaporkan kepuasan dengan pengalaman keseluruhan mereka, berbanding pelanggan daripada firma-firma tradisional yang disoal selidik. Pengguna mengetengahkan hal kemudahan penggunaan, sokongan responsif dan kemampuan sebagai kelebihan utama, di samping suai tugas yang pantas, komunikasi yang jelas dan kemudahan platform mudah alih Osome.
  • Kesetiaan pelanggan yang diukur melalui skor promoter bersih (NPS) turut mengutamakan Osome. Di Singapura, Osome memperoleh 12 mata lebih tinggi berbanding firma-firma tradisional dan 10 mata melebihi purata kategori. Di Hong Kong, Osome memperoleh 16 mata melebihi pesaing-pesaing tradisional dan 14 mata melebihi purata.
  • Persepsi dalam kalangan pengguna bertambah baik sepanjang tahun lalu, dengan lebih 40% pengguna Osome di Singapura dan Hong Kong menyatakan bahawa platform ini kini memenuhi keperluan perniagaan mereka dengan lebih baik.
  • Akhir sekali, ramai responden menyatakan keinginan untuk mendapatkan perkhidmatan nasihat yang lebih proaktif dan meningkatkan integrasi dengan alatan perniagaan sedia ada.

"Kami akan berusaha untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan digital untuk membantu pengasas mengurangkan tugas pentadbiran yang membebankan melalui perkongsian," tambah Helena.

Butiran lanjut mengenai penemuan ini boleh didapati di blog Osome di osome.com/sg/blog/osome-customer-satisfaction-survey/

Latar Belakang Osome

Osome memperkasakan para usahawan dengan mengurangkan beban pentadbiran dengan penyelesaian digital yang didayakan AI dan bimbingan pakar dalam pemerbadanan, sokongan kesetiausahaan, perakaunan, senarai gaji dan pematuhan cukai. Ia membantu lebih 30,000 syarikat memproses lebih 1 juta transaksi yang bernilai lebih AS$5.6 bilion. Ketahui lebih lanjut mengenai Osome di www.osome.com/

Source: Osome
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Survey, Polls & Research