HONG KONG, 18 September 2025 /PRNewswire/ -- UnionPay International (UPI), peneraju bertaraf global bagi penyelesaian pembayaran, mengumumkan pelancaran programnya untuk pelajar antarabangsa melalui perkongsian bersama beberapa universiti, platform pembayaran tuisyen, pengendali perumahan pelajar dan juga bank tempatan. Program ini membawakan penyelesaian pembayaran rentas sempadan sehenti yang komprehensif untuk memudahkan pembayaran tuisyen, pembelian harian dan permohonan kad tempatan, lalu menjadikan pembayaran lebih mudah dan lebih selamat untuk pelajar antarabangsa di 183 negara dan wilayah.
Dengan musim cuti yang akan berakhir, pelajar antarabangsa dan keluarga mereka membuat persiapan untuk tahun persekolahan baharu. Memandangkan volum pembayaran tuisyen meningkat sebanyak 17% tahun ke tahun pada separuh pertama 2025, UnionPay mengintegrasikan sumber bagi memenuhi keperluan pembayaran rentas sempadan dan menawarkan perkhidmatan yang berkesan kos serta lancar. Penyelesaian pembayarannya kini menjadi lebih mudah diakses hasil daripada perkongsian bersama platform pembayaran antarabangsa, pemeroleh tempatan dan pengeluar Cina bagi memudahkan pembayaran tuisyen, perbelanjaan di kampus dan pembelian harian yang lain. Dengan produk UnionPay, pelajar antarabangsa boleh menikmati pelbagai diskaun ke atas peruncit, restoran, pengangkutan, syarikat penerbangan, tempahan hotel dan juga penghantaran makanan dalam talian.
Perkongsian UPI dengan platform pembayaran antarabangsa—termasuk Flywire, EasyTransfer, Convera (dahulunya Western Union) dan PayMyTuition—meliputi beribu-ribu institusi pendidikan global. Laman web rasmi universiti-universiti rakan kongsi boleh menerima kad UnionPay melalui platform ini, dengan diskaun berdasarkan kadar pertukaran mata wang pada masa nyata. Rakan-rakan kongsi seperti CIBC Kanada, BPAY dan iEduPay Australia, PayPlus New Zealand dan PayZoom Korea Selatan menjadikan UnionPay lebih diterima secara meluas.
UPI bekerjasama dengan bank-bank tempatan bagi mengeluarkan kad UnionPay di destinasi-destinasi utama untuk pelajar antarabangsa, seperti SAR Hong Kong, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Australia, Sepanyol dan Kanada yang membolehkan pelajar melengkapkan permohonan kad tempatan dengan cekap dan menggunakan kad mereka apabila tiba. Pembayaran UnionPay diterima oleh penyedia pangsapuri pelajar yang berpangkalan di UK, termasuk Unite Students dan Chapter-living. Selain itu, jenama-jenama perumahan pelajar tempatan yang terkenal di Australia, seperti Scape, Iglu dan UniLodge turut mendayakan perkhidmatan pembayaran dalam talian UnionPay. Di samping itu, pengendali pangsapuri antarabangsa seperti Greystar diintegrasikan ke dalam rangkaian peniaga UnionPay.
Penerimaan UnionPay meliputi 183 negara dan wilayah. Justeru itu, pelajar antarabangsa boleh menikmati pilihan pembayaran yang lancar dan terjamin merentas pelbagai negara yang membolehkan mereka berintegrasi dalam kehidupan tempatan dengan lebih mudah. Di SAR Hong Kong dan Macau, hampir kesemua ATM dan peniaga menerima UnionPay, termasuk pembayaran tanpa sentuh MTR, tambah nilai Octopus dengan Apple Pay dan tempat tumpuan menjamu selera popular seperti Lan Kwai Fong. Kad UnionPay boleh digunakan di kafe, pasar raya dan restoran di sekitar universiti-universiti seperti HKUST dan HKU. Universiti-universiti dan sekolah-sekolah swasta Singapura, seperti NUS, JCU dan NAFA menerima UnionPay untuk pembayaran tuisyen dalam talian dan hampir semua ATM dan 80% peniaga di negara berkenaan menyokong kad ini untuk menjamu selera, membeli-belah dan juga perjalanan.
Di Eropah dan UK, UnionPay diterima oleh kebanyakan ATM, kedai serbaneka, kafe, restoran dan tempat tarikan pelancong. University of Portsmouth, University of Edinburgh, University of Sussex dan Imperial College London menerima UnionPay untuk pembayaran tuisyen di laman web mereka sendiri serta melalui Flywire dan Convera. Di Kanada, lebih 500,000 peniaga, termasuk T&T Supermarket, IKEA, Dollarama, Tim Hortons dan Starbucks menyokong UnionPay. Di Australia, universiti-universiti termasuk University of Melbourne, University of Sydney, Monash dan University of Queensland menerima UnionPay untuk pembayaran dalam talian dan juga POS. Di New Zealand pula, institusi-institusi seperti University of Auckland dan Victoria University, serta sekolah-sekolah swasta dan program-program bahasa menyokong UnionPay di kedai, perpustakaan dan juga kafe di kampus.
Memandangkan bilangan pelajar yang belajar di luar negara terus bertambah, UnionPay memanfaatkan rangkaian pembayaran globalnya untuk menjadikan pembayaran rentas sempadan lebih terjamin dan lebih mudah dengan kos yang lebih rendah. Dengan berbuat demikian, ia menyediakan sumber pelanggan pelajar yang stabil untuk bank-bank dan para peniaga antarabangsa, seterusnya menggalakkan pertumbuhan pasaran pengguna tempatan. Seperti biasa, UPI mengalu-alukan rakan kongsi baharu bagi mewujudkan ekosistem pembayaran yang lebih selamat dan lebih mudah untuk pelajar antarabangsa.