omniture

Anker Innovation perkenal produk generasi akan datang dikuasakan oleh AI termaju, robotik dan inovasi unggul

Anker Innovations
2025-09-18 18:06 8

BERLIN, 18 September 2025 /PRNewswire/ -- Anker Innovations, peneraju bertaraf global bagi teknologi pengguna memperkenalkan hala tuju jenamanya yang diperbaharui dan portfolio produk generasi akan datang di IFA 2025. Mengambil pentas di Berlin, Ketua Pegawai Eksekutif Steven Yang berkongsi visinya tentang bagaimana Anker akan terus menangani cabaran pengguna yang sebenar dan menetapkan hala tuju baharu demi masa depan perkakasan pintar. Pada masa yang sama, Anker, Eufy dan soundcore mengumumkan inovasi produk yang dikuasakan oleh AI termaju dan robotik.

Jenama dan Visi 

Disatukan di bawah tiga jenamanya — Anker, Eufy dan soundcore — syarikat ini menetapkan hala tuju baharu sebagai peneraju bagi perkakasan-pintar global. Seperti yang diterangkan oleh Steven Yang di atas pentas, jenama-jenama ini akan memfokuskan untuk "mencetuskan kemungkinan baharu melalui inovasi unggul," mencipta produk penentu-kategori dalam aspek pengecasan, tenaga rumah, peralatan pintar, keselamatan rumah, alatan kreatif dan juga audio-video.

Nilai dalam Tindakan

Transformasi ini didorong bukan sahaja oleh produk, tetapi juga oleh kerangka nilai Anker Innovations — tiga prinsip yang mengubah visi menjadi tindakan:

  • Prinsip Pertama — Merungkaikan masalah kepada aspek asas bagi membongkar laluan baharu yang terlepas pandang oleh pihak-pihak lain.
  • Mencari Keunggulan — Berusaha melangkaui kemenangan mudah bagi memberikan standard yang lebih tahan lama dan lebih tinggi.
  • Berkembang Seiringan — Berkongsi kejayaan dengan orang ramai, rakan kongsi dan pengguna; mencipta nilai secara adil dan mampan.

"Menerusi kerangka nilai kami dan visi jenama tertumpu, kami memperjuangkan semangat Maker (Pembuat) di Anker — mewujudkan arena teroka yang melaluinya pasukan kami boleh menerobos sempadan dan mentakrifkan generasi teknologi pengguna pintar yang akan datang," kata Steven Yang, Ketua Pegawai Eksekutif Anker Innovations. "Ini bukan mengenai teknologi semata-mata — ia berkenaan dengan usaha mengatasi cabaran sebenar buat pengguna dan mencetuskan kemungkinan yang menjadikan hidup lebih mudah."

Sorotan Produk Anker Innovations daripada IFA 2025

Daripada pentas IFA di Berlin, Anker Innovations memperkenalkan barisan inovasi yang menerapkan visi jenamanya yang diperbaharui — lantas menunjukkan bagaimana AI dan robotik membentuk semula pengalaman pengguna merentas portfolionya.

eufyMake memperkenalkan alatan reka bentuk dikuasakan AI untuk menginspirasikan kreativiti dalam pembuat harian.

UV Printer E1 diraikan sebagai pencetak UV tekstur-3D peribadi pertama di dunia dan kempen Kickstarter yang paling banyak dibiayai dalam sejarah yang mengumpul sebanyak $46 juta daripada 17,000 penyokong. Digandingkan dengan alatan AI Make It Real yang dinaik taraf — termasuk input berbilang mod, penukaran tekstur 2D-kepada-3D satu klik dan pengecaman objek pintar — E1 membolehkan sesiapa sahaja menukar lakaran, foto atau teks kepada reka bentuk bertekstur pada kayu, kulit dan logam. Penghantaran penyokong sudahpun bermula, dengan ketersediaan runcit penuh pada Disember 2025.

Eufy memanfaatkan AI dan robotik panjat tangga termaju untuk merevolusikan penjagaan lantai — dengan tiada bahagian lantai yang tertinggal.

Robot Vacuum Omni S2 diperkenalkan sebagai vakum robot pertama di dunia dengan HydroJet™ dan sistem Pembersihan Mendalam AeroTurbo™ 30kPa yang tahan lama. Pada permaidani, AeroTurbo™ 2.0 memberikan sedutan yang kuat tanpa tersumbat yang menghilangkan kotoran serta bulu haiwan peliharaan jauh di dalam gentian. Casis adaptifnya terangkat sehingga 5 cm, lalu membolehkan S2 melintasi permaidani tebal, tikar berlapis dan juga permaidani berjumbai-jumbai yang menghalang robot lain daripada sejuk — dan membersihkannya dengan berkesan. Pada lantai keras, HydroJet™ 2.0 menyental dengan tekanan ke bawah yang berterusan dan swacuci pad masa nyata, menghilangkan kotoran dan bukannya menyebarkannya. Ia akan boleh didapati lewat tahun ini di Eropah dan akan dilancarkan di seluruh dunia pada bulan Januari.

Eufy turut memperkenalkan Marswalker, pengangkut panjat tangga pertama di dunia untuk vakum robot yang membawa S2 secara automatik antara tingkat. Kedua-duanya beriringan menjadikan pembersihan seluruh rumah benar-benar automatik buat kali pertama. Marswalker dijadualkan akan diperkenalkan pada separuh pertama tahun 2026.

Eufy Security membawakan AI model besar ke dalam rumah untuk menghapuskan titik buta, menamatkan makluman palsu dan menjadikan perlindungan sebagai proaktif.

Eufy Security memperkenalkan AI Core, ejen AI model besar yang pertama di dunia untuk rumah. Dilatih untuk mengesan dan meramalkan lebih daripada 100 senario berbeza — bermula daripada penghantaran bungkusan hinggalah orang tidak dikenali yang menghampiri pintu anda — AI Core menyampaikan respons pada peranti dalam masa kurang daripada tiga saat dan dalam masa yang sama menyimpan semua data secara setempat demi privasi lengkap. Pemberitahuan yang diberikan pendek, tepat dan boleh diambil tindakan — maka, daripada menerima makluman yang tidak berkesudahan, anda mendapat arahan jelas yang boleh anda percayai.

Eufy Security turut melancarkan eufyCam S4, iaitu kamera hibrid DIY pertama yang menggabungkan kanta tetap 4K dengan dwikanta zum-condong-putar 2K, memberikan liputan panoramik dan perincian wajah dari jarak sehingga 15 meter jauh.

Soundcore menggunakan AI untuk menambah baik tidur, menyimpan idea dan mencipta semula teater rumah.

Sleep A30 — fon telinga tidur ANC pintar pertama di dunia — dilancarkan awal tahun ini di A.S. dan hari ini di Eropah serta UK. Fon telinga ini dapat menangani dengkuran dan gangguan lain menerusi ANC adaptif dan audio gelombang otak janaan AI. Sleep A30 kini boleh didapati di AS dan akan tersedia di peringkat global pada bulan Oktober.

AI Voice Recorder, peranti boleh pakai bersaiz syiling yang diperkenalkan di IFA, menjepit pada pakaian dan menukar perbualan dengan mudah menjadi transkrip dengan ringkasan, memberikan ketepatan 97% dalam lebih 100 bahasa. Ia akan tersedia lewat tahun ini.

Soundcore mengumumkan bahawa barisan projektor Nebula menyertai rangkaian Soundcore dan memperkenalkan Soundcore Nebula X1 Pro baharu — stesen teater mudah alih yang pertama di dunia. Membawakan enjin optik laser ganda tiga 4K untuk bunyi ruangan berbilang saluran Dolby Vision® dan Dolby Atmos®, X1 Pro menggabungkan video gred teater dengan pembesar suara tanpa wayar boleh tanggal dan subwufer berkuasa, X1 Pro memberikan visual Dolby Vision(®) yang menakjubkan dan bunyi berbilang dimensi Dolby Atmos(®) demi pengalaman hiburan yang benar-benar imersif. X1 Pro dilancarkan di Kickstarter pada 23 September.

Anker Prime membawakan paparan pintar kepada pengecasan berbilang peranti

Anker melancarkan Prime Series generasi akan datang — rangkaian pengecasan berbilang peranti yang paling canggih setakat ini. Setiap peranti Prime kini merangkumkan AnkerSense View — paparan pintar yang menunjukkan kelajuan pengecasan dan suhu pada masa nyata sekali pandang.

Prime 160W ialah pengecas berbilang port 160W yang paling kompak di dunia. Prime 300W Power Bank memberikan kuasa yang mencukupi untuk dua komputer riba dan satu telefon sekali gus dan mengecas semula sehingga 50% dalam masa 15 minit sahaja. Prime Wireless Charging Station ialah pengecas tanpa wayar Qi2 25W pertama di dunia dengan penyejukan aktif dan paparan terbina dalam. Prime Docking Station pula ialah dok pengecas paparan ganda tiga yang pertama di dunia dengan output 8K yang stabil.

Anker SOLIX Solarbank Multisystem mentakrifkan semula tenaga rumah. 

Sudahpun menjadi penyelesaian balkoni solar #1 di dunia, Anker SOLIX mengumumkan Solarbank Multisystem serba baharu. Sistem modular ini menghubungkan sehingga empat unit Solarbank dengan Power Dock, menskalakan sehingga 14 kW input solar dan 4.8 kW output kuasa. Ia membolehkan penjimatan bil dicapai sehingga 80% dan bayaran balik empat tahun. Pendekatan pemasangan separa-DIY Multisystem ini mengurangkan kos pemasangan sebanyak 85% dan rumah kalis masa depan dengan dua port pengecasan EV. Bagi melengkapkannya, V1 Smart EV Charger yang nipis — pengecas IntelliGesture™ pertama di dunia — menggabungkan lebihan solar dengan tarif masa nyata demi penjimatan maksimum.

Latar Belakang Anker Innovations

Anker Innovations ialah syarikat teknologi perkakasan pintar global yang mengkhusus untuk mencetuskan kemungkinan melalui inovasi unggul. Pada masa ini, syarikat ini memanfaatkan AI dan robotik untuk menyampaikan produk-produk penentu-kategori dalam aspek pengecasan, storan tenaga, peralatan pintar, keselamatan rumah, alatan kreatif dan juga audio-video. Untuk maklumat lanjut, kunjungi anker-in.com.

Source: Anker Innovations
Related Stocks:
Shenzhen:300866
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Trade show news Artificial Intelligence